LAGU HAIWAN DALAM DIKIR BARAT.
Dikir Barat sememangnya sudah terkenal dalam kalangan masyarakat, bukan sahaja
masyarakat di Pantai Timur Semananjung, malah di seluruh negara.Di
samping menjadi sumber hiburan, dikir barat juga adalah lagu rakyat yang menjadi saluran menyampaikan kritik sosial
dan mengecam salah laku anggota masyarakat. Kritik ini tidak disampaikan dengan
terus terang tetapi melalui lirik yang berupa sindiran. Satu elemen menarik
ialah penggunaan unsur haiwan untuk melambangkan pelbagai sikap dan perangai manusia.
Penggunaan haiwan dalam lirik
dikir barat antaranya boleh dilihat di dalam lirik ciptaan dan nyanyian Cikgu
Naim seorang pendikir yang terkenal. Antara haiwan yang muncul dalam dikir
barat ialah cicak, itik, buaya, burung, tikus, lembu, nyamuk, lintah dan penyu.
CICAK
Yang sering diperkatakan tentang cicak ialah
kebolehannya
memasuki semua bangunan, memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin, dan amalan bertelur merata-rata. Hal
ini dijadikan perbandingan kepada sifat manusia yang licik dan meninggalkan
kesan kekotoran di merata tempat. Cicak yang berada di pelbagai bangunan
seperti rumah, sekolah dan masjid dijadikan sindiran kepada kelicikan manusia
memasuki pelbagai lapangan.
Dale
pioh dale songkok
Celah
buku celah kitab
Nak
telor dan nak berak
Dia
tak pilih tempat
Cicok
nampak baik
Takdok
budi bahasa
Naik
atas masjid
Puak
cicak berak rata
Cicok nampak
baik
Takdok
budi bahasa
Naik
atas masjid
Puak
cicak berak rata
Tok
imam tak cekak kutip
Hari
ni sapu esok ada
Ore
smaye ore ngatik
Pun
cicok berok atah palo
Gambaran yang disampaikan agak
lucu. Pendengar mungkin ketawa membayangkan keadaan surau dan kopiah yang
dicemari oleh tahi cicak. Di sebalik itu ia
adalah analogi yang tepat bagi menggambarkan golongan remaja atau anak
muda yang mengganggu ketenteraman masyarakat. Mereka mencemarkan persekitaran
dan tidak memberi faedah kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Generasi muda membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah,
tidak mempunyai akhlak dan disiplin. Kritik ini disampaikan melalui rangkap di
bawah:
Cicak zaman moden
Suka bergaul bebas
Jalan hulu hilir
Dok main sepak kertas
Perangai pulak degil
Jalan nampak agah
Sekolah dia ponteng
Cikgu tak cekak pitah
Ayah takleh tegur
Ibu takleh lare
Perut nya wat lesung
Telinga badak perut payang
Dia tak pikir lasung
Jatuh bangun masa depan
Tokse cede payung
Sebelum turun hujan
Selain itu, lagu ini menyentuh
masalah disiplin yang dihadapi di sekolah
seperti ponteng, buli, tidak membuat kerja sekolah, datang lewat dan
lain-lain. Dalam lagu ini turut
diselitkan peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Hal ini bermaksud,
generasi muda haruslah mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan,
kemahiran, dan kesungguhan untuk memajukan diri mereka agar tidak ketinggalan
zaman dan menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.
ITIK
Cikgu Naim turut menggunakan
itik sebagai sindiran.dalam lagu-lagunya:
Itik kaki jelepek
Mulut sudu belakang pulak
lentik
Jale napok bergolek
Tok ime tengok pun jadi ralit
Kalu perhati tengok
Itik jauh beza dengan ayam
Itik tino tubuh botok
Itik jantan tubuh nak panjang
Palo itik licin minyok
Buleh kerat buat perhiasan
Cuma perangai jah takdok gamok
Berehi bena main bawah jemoran
Loni dengan dulu ala tuan
Itik beza perangai
Itik dulu malu ala tuan
Zaman loni rok raak
Itik berehi bertelor
Tapi perangai malas mengeram
Lepas telor tinggal rata
Celah
rumput dalam rok lalang
Ado jugak manusia dengan itik
Perangai lebih kurang
Lepas beranak tohok rata
Tepi parit kot birai longkang
Gejala buang anak ala tuan
Banyak benar terjadi
Manusia tergamok ala tuan
Bunuh anak sediri
Kelemahan itik kampung
apabila masuk ke bandar
Kade-kade nyo cucuk hidung
Rambut hite dio kala hija
Nyo tok pakai doh kain sarung
Setakat mana dia kenal seluar
Kade-kade di kuala lumpur
Tok lebai tengok sampai
tercabut semutar
Bakpo gak gini terjadi ala
tuan
Kito ore Melayu
Budaya mana mari ala tuan
Bangsa kita tiru
Tabiat puak itik
Dia suka ko bergaul bebas
Tune ore pun dio kilik
Bini ore pun dio kebas
Sabit ramai kena penyakit
Akibat kerana mengambil dadah
Dea kena penyakit AIDS
Ibu bapa nyawa tak puah
Manusia hari ini ala tuan
Lupa dosa pahala
Kito ore mukmin ala tuan
Ingat syurga neraka (Cikgu
Naim:Youtube, 2008)
Terdapat beberapa aspek yang
ditekankan. Yang pertama ialah perilaku itik yang tidak suka mengeram telur.
Itik meninggalkan telur merata-rata dan hal ini disamakan dengan sifat manusia
yang mengabaikan anak-anak mereka. Paling mengerikan ialah perbuatan membuang
bayi akibat dari gejala pergaulan bebas
dan perbuatan sumbang . Melalui lagu ini pendikir turut mengkritik remaja yang tidak
lagi mementingkan kesopanan lantaran terpengaruh dengan unsur budaya luar yang
sedang menular terutama di bandar-bandar. Pergaulan bebas telah memberi kesan
negatif terhadap kehidupan masyarakat. Antara kesan yang dapat dilihat ialah
menularnya penyakit AIDS.
Pada rangkap akhir lagu, pendikir
membuat kesimpulan bahawa masyarakat sudah tidak tahu membezakan antara baik
dengan buruk, dosa dengan pahala. Ekoran
daripada itu, beliau mengajak khalayak
agar bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai Allah.
Kritik masyarakat
juga disampaikan melalui lagu yang menggunakan perlambangan lintah dan buaya. Lintah yang tinggal di kawasan sawah padi dan paya.
merupakan sejenis haiwan penghisap darah. Oleh hal demikian, masyarakat Melayu
telah mencipta satu peribahasa iaitu lintah darat yang bermaksud
seseorang yang mengenakan bunga yang terlalu tinggi atas pinjaman yang
diberikan. Lintah darat adalah juga panggilan kepada orang tengah yang
mengambil untung lebih daripada sepatutnya. Misalnya orang tengah yang membeli
ikan daripada nelayan-nelayan dengan harga yang rendah dan kemudian menjualnya
kepada penjual ikan dengan kadar yang tinggi.
Lintah
Kejadian
lintah ni meme pelik sengoti
Dijadikan
oleh Allah
Kure
dale serba serbi
Tubuh
lembik mace getah
Takdok
tangan takdok kaki
Ado
mulut takdok lidah
Ado
palo tapi takdok dahi
Kejadian
lintah
Hai
malangnya nasib lintah
Manusia
pakat benci
Lintah
hidup hisap darah
Lintah
tokleh nok make roti
Bekas
lintah kekoh
Darah
tubik payoh nok breti
Tinggal
parut merah-merah
Kade
sebulan pun tak hilang lagi
Sakat
dunia moden
Lintah
ni kure banyak
Demo
igat muat jabir
Kelik
dumoh pakat tanak minyak
Ubat
budak kencing kain
Ore
tino baru lepas beranok
Ore
jate hok nyakit buasir
Rajin
comor buasir jadi kelok
Tapi
sedihnya jadi lintah
Takdok
sapo hok ingat budi
Kerana
lintah dulu tok skoloh
Takdok
waris jadi menteri
Tok
ngulu tok ambik kisah
Tok
gawa tok jengok mari
Sakit
demam susah payah
Kena
tanggung la diri sendiri
Pikir
masalah lintah
Rasa
insaf dalam diri
(Cikgu Naim: Youtube, 2007)
. Lintah
yang hidup dengan menghisap darah manusia , diumpamakan seperti golongan yang mencari
keuntungan dengan menyusahkan masyarakat. Lagu ini juga menyatakan bahawa harta
dan kedudukan sering dipandang dan menjadi ukuran utama dalam kalangan
masyarakat. Manakala nilai budi pula sering dilupakan.
Pendikir juga mengkritik dan menyindir
pemimpin yang tidak amanah dan pentadbir
yang tidak menjalankan tugas. Di samping itu beliau memberi nasihat kepada remaja agar rajin
belajar supaya dengan ilmu di dada dapatlah
mereka membela nasib keluarga.
Buaya
cik
siti anok tino mudo
keno
hati-hati sekare banyok boyo
duduk
kacip gigi ngibas bate eko
napok
dok gi mari sibuk dok cari mangsa
boyo
xdok muco nok ajok kito jale
gendo
denga muto wak gi kat takdok ore
ulit
suruh tido nyo japi jare-jare
suruh
duduk blunjo nk tengok kakah dale
boyo
zame moden nak make daging metoh
kering
dio toksei dok nok make daging basoh
bulih
daging musim daging jenih urat meroh
walau
bele tungge dio make sapa sudoh
bekah
kekoh boyo tu daging jadi glebek
bodi
jadi kendo supo muto punoh spoket
kulit
jadi malo pah isi jadi lembik
sbelom
jatuh rego tulun denga ore ngepek
kalu
boyo mudo tu make ganah lagi
soyok
daging poho mamoh lumat rapat sendi
pranga
boyo tuo walau dio takdok gosi
lagi
dio tok sdawo dio make toksei breti
banyok
crito bari kisoh-kisoh priha boyo
make
dio lari lepah seko gomo seko
patut
bunuh mati jange bui ningga bako
krano
banyok jadi tohok anok rato-rato (Cikgu Naim: Youtube, 2007)
Terdapat beberapa aspek
tentang buaya yang ditonjol dalam lirik
lagu ini. Ia adalah haiwan ganas yang suka memakan daging. Aspek-aspek ini telah
digunakan untuk mengkritik manusia khasnya lelaki yang pandai memujuk perempuan
dengan ayat-ayat manis supaya mengikutnya. Selaras dengan itu lagu ini menasihati
remaja perempuan agar jangan mudah terpengaruh dan jangan percaya kepada lelaki
yang baru dikenali.
KESIMPULAN
Dikir
Barat adalah sebahagian daripada Lagu rakyat yang memainkan peranan penting
dalam membentuk pemikiran masyarakat. Lirik Cikgu Naim menyampaikan kritik
sosial. Kritikan ini disampaikan melalui
sindiran yang kebanyakannya menggunakan imej haiwan. Lagu-lagu ini banyak
memberi pengajaran kepada ibu bapa untuk menjaga anak-anak. Tugas ibu bapa bukan
sekadar menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan, malah memberi pendidikan
agama yang secukupnya agar mereka mampu berdikari dan sentiasa
menggunakan akal fikiran.
Ia mengingatkan masyarakat
khasnya generasi muda supaya menjaga nilai-nilai adat yang diwarisi. Masyarakat
setempat perlu prihatin dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam menangani segala bentuk maksiat di
tempat mereka.
Suka sangat dengan kesenian tradisi ni, dalam pahit ada manisnya. Dalam sindiran ada nasihatnya kan? Harapnya peninggalan nenek moyang kita tak di telan zaman :)
ReplyDelete