ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Saturday, April 13, 2019

POTENSI PUISI DALAM DIDIK HIBUR




APPLIKASI DAN POTENSI PUISI DALAM 
DIDIK HIBUR.

Sejak dahulu Puisi Melayu tradisional ialah wadah Pendidikan dan Hiburan. dilagukan semasa mendodoikan anak dan dinyanyikan  oleh anak2 semasa bermain. Irama lagu digunakan untuk tujuan PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN contohnya untuk memudahkan hafalan seperti menghafal nama-nama Allah (AsmulHusna) dan nama nabi-nabi

Syair juga digunakan untuk menyampai pengajaran.  

Syair ini dengarkan olehmu,
Sekalian orang mencari ilmu;
Di dalam kitab banyak yang jemu,
Dikarangkan syair baharu bertemu

PENGLIPUR LARA menguasai  teknik2 seni persembahan, lakonan dan gerak badan, seni bunyi, ritma, lagu dan alat muzik untuk bercerita. Contoh: Tok Selampit, dalang wayang kulit dan Awang Belanga. Contoh cerita penglipur lara ialah Hikayat Malim Deman, Malim Dewa, Awang Sulung Merah Muda, Terung Pipit. Begitu juga cerita binatang, cerita-cerita jenaka seperti Lebai Malang.

 EVOLUSI PENYEBARAN DAN PERSEMBAHAN PUISI
ALAF BARU
Persembahan puisi telah berkembang dengan pelbagai cara dan gaya mementaskan puisi. Cara2 ini perlulah diketahui supaya guru-guru dapat mengaplikasinya di bilik darjah.
      Pentomen
·        Deklamasi (termasuk Sayembara)
·        Deklamasi Artistik 
·        Deklamasi dan Lakonan
·        Deklamasi dan Gerak Tari.
·        Lagu Puisi

PENTOMEN: Pentomen merupakan cara persembahan puisi yang terawal. Puisi yang kerap dipentaskan secara Pentomen ialah Ke Makam Bonda karya Usman Awang. Dalam Pentomen, sajak akan dibaca oleh seseorang, mungkin di belakang tabir sambil itu beberapa orang lain akan melakunkan aksi yang disuarakan dalam sajak.
DEKLAMASI PERSEMBAHAN DAN PERTANDINGAN . Puisi juga berkembang melalui deklamasi terutama pertandingan membaca sajak. Sebagai contoh ialah Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan yang telah diadakan di seluruh negara secara sistematis sejak 1982. Sayembara ini mewajibkan peserta membaca puisi yang bertemakan  kecintaan terhadap negara.Sehubungan dengan itu bengkel juga diadakan bagi meningkat. Pembacaan puisi. .
LAKON PUISI. Pertandingan persembahan puisi  atau dikenali dengan Manifestasi Puisi menjadi acara tahunan di beberapa IPT. Di dalam pertandingan ini peserta melakonkan puisi dengan cara masing-masing. Peserta biasanya menggunakan elemen lakon, tarian dan muzik bagi mengangkat maksud yang tersurat dan tersirat  dalam puisi yang dipilih untuk pertandingan.

 PERSEMBAHAN PUISI ARTISTIK.
Antara perkembangan yang penting dan menarik pada masa ini ialah Persembahan Peklamasi Artistik yang diterokai oleh Rahman Shaari. Persembahan Puisi Artistik (PPA) ialah  persembahan yang teaterikal. 
Sebagai mini Teater ia melibatkan:
·        Pemilihan Bahan: mengikut tema ,  boleh menjadi cerita
·        Pemilihan Deklamator/ Pelakon
·        Persediaan Pentas / Prop.
·        Tatacahaya
·        Kesan bunyi
·        Tatarias dan busana

Pemilihan bahan atau sajak-sajak hendaklah sajak-sajak deklamatori, iaitu yang mudah dideklamasikan dan mudah  difahami.    Jika sesebuah sajak itu membawa tema yang sesuai dengan maksud persembahan, tetapi penonton sukar memahaminya, maka persembahan akan gagal.
            Tema bermaksud persoalan utama.  Jika kita bersandarkan hari atau bulan tertentu yang disambutkan di Malaysia, kita boleh menyebutkan beberapa tema, iaitu:
a.      Tema kasih sayang  ibu untuk Hari ibu
b.     Tema  semangat patriotik untuk Hari Kemerdekaan
c.      Tema bakti pekerja untuk Hari Pekerja
d.     Tema sambutan hari raya untuk Hari Raya
e.      Tema ibadat puasa untuk Bulan Ramadzan
f.       Tema  martabat bahasa untuk Bulan Bahasa Kebangsaan
Selain itu, muncul pelbagai peristiwa yang menyebabkan satu-satu tema menjadi relevan. Apabila berlaku tragedi tsunami, misalnya, tema penderitaan mangsa tsunami sesuai dikemukakan. Demikian juga dengan peperangan dan penindasan yang berlaku di  sana sini. 
Tema juga boleh dibina tanpa kaitan dengan hari tertentu. Tema boleh dicetuskan atau dicadangkan untuk difikirkan dalam kumpulan.  Misalnya, setelah memikirkan pelbagai perkara, mungkin tema tertentu terpilih, misalnya tema kejujuran, keimanan, keberanian, kepahlawanan, alam sekitar, dan sebagainya. 
      Pemilihan Bahan:
Dalam usaha untuk melaksanakan persembahan sastera artistik,  dapatkan sejumlah karya yang membawa tema yang sama, dan berpotensi untuk disusun. Misalnya tema Hari Ibu. Sajak-sajak yang sesuai untuk tema  kasih sayang ibu ialah  “Kuali Hitam” karya Zurinah Hassan, “Sajak kepada Ibu Tunggal” karya Abdulhadi Muhamad, “Terima Kasih, Ibu” karya Mahaya Muhammad Yassin, “Ibuku Si Penoreh Getah” karya Hashim Yaacob dan banyak lagi.  Sajak-sajak itu  perlu disusun dengan rapi agar muncul pada tempat yang sesuai.  Penyusunannya hendaklah berupaya menjadi satu cerita.
Puisi Melayu klasik, iaitu pantun, syair, gurindam dan seloka,  yang bertema kasih sayang ibu, boleh disertakan.
Selain sajak, cerpen, skrip drama, dan puisi tradisional, lirik lagu juga akan dapat membantu memperteguh tema.  Lagu “Ibu” nyanyian P. Ramlee mungkin sesuai untuk dijadikan penutup persembahan.
Tatarias dan Busana
                        Tujuan utama tatarias dalam persembahan ialah ke arah kesesuaian  watak dengan tema.
   Sebagai contoh, dalam persembahan yang ada watak mitos atau lagenda yang tidak pasti wajahnya, tatarias tidak meniru wajah sesiapa, tetapi sekadar memikirkan kemungkinan bentuk wajah yang ada dalam mitos atau lagenda itu. Watak Badang atau Puteri Gunung Ledang boleh diimaginasikan dan dijelmakan dalam pelaksanaan tatarias.
   Dalam persembahan sastera, tatarias amat berguna untuk memastikan apresiasi dan pemahaman penonton tiba ke tahap yang tinggi.  Penonton akan mengingati persembahan kerana tatarias yang berkesan.
Busana selalu dibicarakan bersekali  dengan tatarias.  Seseorang deklamator perlu mengambil berat tentang pakaiannya.  Mendeklamasi sajak tentang penderitaan dan kemiskinan diri tentu tidak sesuai berbusana songket dengan barang kemas berkilauan.

No comments:

Post a Comment