ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Saturday, February 23, 2019

SASTERAWAN NEGARA: PEMILIHAN SN YANG AWAL

CATATAN PEMILIHAN SASTERAWAN NEGARA PERINGKAT AWAL




Saya, Muhammad Haji Salleh dan Encik Sakri (Pengerus Besar ITBM)

Saya teringat Festival Persuratan Melayu yg berlangsung di Shah Alam akhir tahun 2017 anjuran Pusaka dan Kerajaan Negeri Selangor. Saya menjadi panel diskusi. Ahli panel yang lain ialah Prof Khoo Lay Kim, Dr Syed Hussin Ali dan M. Aan Mansyur. Skop perbualan mencakupi  gerakan persatuan penulis terutama di peringkat awal. Sudah tentu Asas 50 menjadi tumpuan. Hal Anugerah Sastera Negara juga diperkatakan. Sekadar berkongsi sebahagian apa yang telah saya luahkan. Saya membuat kaitan antara Asas 50 dan Anugerah Sastera Negara. Tokoh2 ASAS sangat terkenal di dalam masyarakat. Zaman Asas adalah zaman perjuangan kemerdekaan,  perjuangan bangsa dan bahasa . Tokoh-tokoh Asas yang dapat menyimpulkan suara rakyat dilihat sebagai hero. Mereka disanjungai malah disayangi. menjadi sanjungan , pejuang, dan public figure. Hal seperti ini dipersetujui oleh Allahyarham Ismail Hussein. nyebut mereka sebagai Public Figure malah mereka boleh dianggap celebrity sastera Dengan yang demikian. Bila ASN diwujudkan pada tahun 1981, kita sudah ada tokoh-tokoh yang tersedia untuk menerima Anugerah. Keris Mas, Usman Awang dan A.Samad Said  seperti sudah natural akan menjadi SN. Hanya Shahnon tidak berada dalam jalur tersebut, tetapi Shahnon juga terkenal kerana bukunya Ranjau Sepanjang Jalan jadi teks sekolah.
Bila kehabisan tokoh ASAS (dan kerana masyarakat tidak lagi membaca) Kita tiada lagi tokoh yang dikenali oleh massa. maka macam2 hal timbul. Time Arenawati ada orang tanya saya, Arenawati tu perempuan ka? Saya di pejabat pada pagi nama Muhammad Haji Salleh terpampang di akhbar sebagai penerima ASN. Seorang pegawai tanya siapa Muhammad Haji Salleh tak pernah dengar pun nama dia? Yang bertanya itu seorang pegawai lulusan Universiti.

No comments:

Post a Comment