INTEGRITI DALAM PUISI: ANTARA KONFLIK DAN DILEMA
Ucaptama
Hari Puisi Naasional, Bintulu Sarawak.
Oleh
Sasterawan Negara Zurinah Hassan
Integriti adalah perkataan yang membawa
maksud memiliki prinsip moral yang kuat. Integriti dikaitkan dengan memiliki
kejujuran, bermaruah dan hal ini telah terbukti
dalam setiap perlakuan. Kamus Dwibahasa DBP, 1985, memberi definisi integriti sebagai kejujuran,
ketulusan; kesempurnaan dan keutuhan.
Oleh yang demikian, seorang yang berintegriti sentiasa
sedar akan tanggungjawab dan akan berusaha menjalankan tanggungjawab atau tugas
yang diamanahkan dengan sesempurna mungkin tanpa melanggar peraturan yang telah
ditetapkan.
Ensaiklopedia Wikipedia bebas mencatatkan bahawa “Integriti berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari
semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus ke arah perwatakan
seseorang. Dari maksud yang didapati
dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang
merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang
kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang
cakapnya, dan lain lain.
Hampir
tidak ada puisi Melayu yang menggunakan perkataan integrity apatah Tela lagi
dalam puisi tradisiona. Bagi pihak saya sendiri, kalau ada pun perkataan
integriti yang telah saya gunakan ialah dalam versi terjemahan sajak “Bunga di Kolam”
( yang dimuatkan dalam buku terbaru A Journey
Through Prose and Poetry terbitan bersama IIUM Press dan Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2018), berbunyi:
THE
WATER FLOWERS
We should learn a lesson
From the
water garden,
from the flowers that never sink
We should
learn
from the lotus
how the muddy stems
hold the flower above
Brilliant and lustrous,
We should all learn
From the water lily
in the water so muddy
keeping white petals
in purity
Our path may be gloomy,
As the river
is sometimes dirty
Let us learn from the water plants
To
uphold our integrity
A Journey Through Prose and Poetry (IIUM Press and
Dewan Bahasa dan Pustaka 2018: 139)
Integriti dan kejujuran dalam puisi dan
penciptaan puisi Melayu
Integriti adalah
persoalan moral atau akhlak. Sehubungan
dengan itu Integriti dalam penciptaan karya sastera melibatkan niat dan cara dalam berkarya serta
penilaian pembaca terhadap nilai moral yang dikemukakan. Pantun Melayu
turut menyentuh integrity bila menyindir
seseorang yang tidak jujur atau bercakap “di belakang lain di hadapan lain”:
Dari Bentan ke Tanjung Kandis
Belayar ditimbang angin utara
Lagi berdepan mulutnya manis
Balik belakang lain bicara.
Persoalan Integriti telah
menjadi komponen penting dalam teori teori sastera tempatan yang mengutamakan
nilai kejujuran dan kebaikan kepada masyarakat. khasnya dalam perkembangan
sastera Islam. Penciptaan puisi Melayu turut berlandaskan nilai-nilai Islam yang mengajar
kejujuran, mencipta dengan niat yang baik semata-mata untuk mendapat keredhaan
Allah SWT dan memperbaiki keadaan manusia,
Penciptaan seni termasuk puisi dianggap sebagai
pengabdian kepada Allah Azzawajalla.
Hal ini boleh dilihat dalam konsep Sastera Islam yang dikemukakan oleh
Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Shahnon merumuskan pegangannya sebagai
“Sastera kerana Allah”. Tersimpul dalam ungkapan ‘kerana Allah’, ialah
soal-soal kebenaran, kebaikan dan keindahan. Konsep ini juga mengutamakan sastera
yang berhikmah kepada manusia. Perkembangan kesusasteraan Melayu sejak 1986
menyaksikan pembinaan teori sastera taabudiyah diikuti oleh takmilah,
Pengkaedah Melayu dan beberapa lagi teori tempatan yang menitikberatkan
penciptaan sastera dengan niat untuk membawa kebajikan.
Dalam Teori
Pengkaedahan Melayu misalnya, Penciptaan sastera berhubungkait dengan pemaparan
nilai-nilai murni dan sifat-sifat terpuji. Karya yang baik diukur daripada
keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada agama,
masyarakat, dan negara. Setiap karya yang dihasilkan oleh penulis atau
pengarang mempunyai kaitan dengan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam
persekitaran. Justeru, karya sastera harus difahami sebagai satu keseluruhan
yang bermakna, kerana unsur-unsur yang membentuk sesebuah teks itu mengandungi
erti yang memberi gambaran lengkap tentang kemanusiaan dan kemasyarakatan.
Pada pendapat Hashim Awang ”Sastera Melayu terbentuk dan berkembang mekar dengan ciri
serta fungsi yang tersendiri dan teristimewa, khusus dan jelas dalam lingkungan
alam, nilai, dan tradisi bangsanya. Ia adalah kesusasteraan yang lahir dari
hati nurani dan daya kreativiti bangsa Melayu yang beragama, yang berbudaya,
yang beridentiti, dan yang bermaruah” . (Hashim Awang: 2002:10)
Di dalam perkembangan persajakan Melayu terdapat sejumlah yang besar puisi-puisi Melayu moden yang sarat dengan
peringatan supaya bangun sebagai bangsa yang beridentity dan berintegrity. Sajak “Jiwa
Hamba” karya Sasterawan Negara Usman Awang adalah seruan agar bersikap berani
untuk berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain. Janganlah membiarkan diri
dibelenggu oleh rasa rendah diri. Usman Awang menjadikan puisi dan seluruh karya
sastera sebagai alat untuk mempertahankan identiti dan integriti.
Sastera Melayu mementingkan ciri-ciri didaktik yang amat mengutamakan
penggarapan persoalan-persoalan tentang kepentingan melakukan kerja-kerja baik
dan makruf, di samping turut menyelitkan penyuaraan-penyuaraan tegas berbentuk
larangan supaya meninggalkan perbuatan-perbuatan yang batil atau kejahatan,
demi kebajikan dan kebaikan manusia, khususnya bagi umat Melayu dan Islam.
Selari dengan itu, karya-karya kesusasteraan Melayu juga dengan berani dan
jujur mendedahkan permasalahan-permasalahan kemungkaran, ketidakadilan,
kepura-puraan atau kemunafikan. Ia menentang rasuah dan kezaliman yang menjadi
yang dianggap menjadi punca kepada
berlakunya segala keresahan sosial dan kepincangan hidup masyarakat serta
kegoyahan iman umat Islam. Dengan berpegang kepada teras prinsip integriti,
sasterawan-sasterawan Melayu memberikan gambaran dan pelukisan yang hidup,
jelas dan berkesan untuk membantu ke arah pembangunan ummah. Karya-karya yang
dicipta mampu membentuk peribadi dan akhlak yang tinggi.
INTEGRITI adalah soal hati, panggilan untuk pulang kepada hati banyak terdapat dalam sajak-sajak
Melayu. Sebagai contoh saya ingin menyebut sajak Aminah Mokhtar berjudul Siasah
dalam buku Berikan Aku Cantiknya Hati,
Dbp 2018.
Usah miliki fikiran kerdil
Wahai minda
Nanti risalah kalifahmu
Hilang ke mana
Usah hanya menghafal slogan
Wahai akal
Nanti timbunan retorikmu
Berbunyi tidak henti
Kesatuan prinsip
Wahai hati nanti kukuhlah nilaimu
Membina kerajaan diri
(hlmn 15).
ANTARA KONFLIK DAN DILEMA
Berdasarkan
pengalaman kreatif sendiri, persoalan kejujuran dan integriti telah
menjadi asas pembinaan beberapa buah puisi. Ada beberapa aspek integriti yang
telah merangsang pemikiran dan menjadi sumber puisi.
·
Perlunya menjaga
integriti (Bunga di Kolam, )
·
Sejauh mana
kejujuran dan integriti perlu diamalkan.(Jujur Seorang Hamba),
·
akibat-akibat
yang timbul dari tidak mengutamakan integriti. (Pesan Lebai Malang )
·
Persoalan
Integriti yang membawa dilema (Dilema Seorang Melayu).
·
Berintegriti dalam semua perlakuan samada secara terang terangan
atau tersembunyi (Semut)
Keperluan berintegriti dan cabaran dalam memelihara integriti telah menginspirasikan puisi
Bunga Di Kolam (Cerita Dalam
Cerita, ITBM.2010) Bila memandang
bunga-bunga di permukaan sungai atau kolam maka terfikir bagaimana bunga-bunga
itu berkembang dalam warna cemerlang atau tetap putih dikelilingi
air yang tidak bersih. Demikianlah
di dalam kehidupan, banyak perkara yang mencabar namun bagi mereka yang suci
hati, akan berjaya memelihara integriti diri.
BUNGA
DI KOLAMKita sepatutnya belajar
Dari bunga-bunga di kolam
Yang tidak pernah tenggelam.
Kita sepatutnya belajar
Dari kembang teratai
Yang berlumpur di tangkai
Namun tetap terjulang
Dalam warna cemerlang
Kita sepatutnya belajar
Dari kuntum seroja
Yang tumbuh di kasar selut
Dengan kelopak putih lembut
Arus tak selalu tenteram
Sungai tak selalu jernih
Mari belajar dari bunga-bunga di kolam
Untuk mengapung dan bersih
Jujurnya Seorang
Hamba
Pada suatu malam
yang celaka
Raja Ong Maha
Perita Daria
mengecap
kelazatan semangkuk bayam
dengan nikmat
yang luar biasa.
Setelah mendengar
cerita sebenar
dia pun ketawa
bergegar
ketawanya
menggila
dan, bermulalah
huru-hara.
Pada suatu pagi
yang amat hiba
Wan Anum yang
sarat mengandung
merayu belas
kasihan datuk penghulu
meminta seulas
nangka
yang sedang
dibawa menghadap raja.
Setelah melihat
nangka yang tercedera
raja terlalu
murka
dengan marah tak
terkawal
raja kehilangan
akal.
Dikoyaknya perut
isteri laksamana
hanya kerana
seulas nangka
dipancungnya
rakyat sesedap rasa
hanya untuk
menjamu selera.
Segalanya mungkin
tidak berlaku
jika tukang masak
itu
tahu
menyembunyikan rahsia
dan tidak terlalu
jujur
tentang darah
yang tercampur
ke dalam mangkuk
sayur.
Datuk penghulu
itu juga
boleh mencipta
seribu helah
tentang nangka
yang terbelah.
Tapi apakan daya
kerana setia yang
tiada tara
mereka hanya tahu
berkata “ya”
kerana taat yang
tidak terhad
mereka mengangguk
dan menunduk
walau raja sedang
menjilat-jilat
semangkuk lazat
daripada darah rakyat.
Apa yang berlaku
telah berlaku
kerana datuk
penghulu
dan si tukang
masak itu
adalah antara
beribu-ribu
hamba Melayu.
(Nota
Waktu, 2000.
Citra publishing 38).
Sajak JUJUR
SEORANG HAMBA. mencangkok persoalan integriti yang khususnya sifat sifat
kejujuran dan kesetiaan, amanah iaitu berkata benar dan menjalankan tugas yang
dipikul. Dalam situasi ini seorang hamba raja iaitu seorang tukang masak telah
terhiris jarinya dan setitis darah menitis ke dalam sayur yang dimasak. Raja
merasa sayur itu lebih sedap daripada
biasa lalu bertanya apakah sebabnya. Si tukang masak yang terlalu jujur
memberitahu raja perkara sebenar. Ini
adalah kisah yang diketahui ramai dalam cerita Raja Bersiung. Raja menjadi ganas dan seterusnya dengan
kejam memakan darah rakyat.
Kisah kedua ialah
petikan daripada episode paling menyedihkan dalam Sejarah Melayu iaitu Sultan
Mahmud Mangkat di julang. Sultan
membelah perut Wan Anum hanya kerana perempuan memakan seulas nangka dari kebun
baginda. Tragedi ini boleh dikatakan berpunca dari kejujuran Tok Penghulu yang
menceritakan kepada raja kejadian
sebenar.
Persoalan yang
diketengahkan ialah sejauh mana seseorang dapat memelihara integrity dalam
sebuah masyarakat feudal yang mendidiknya menjadi takut kepada raja. Dan makna
ini boleh diperluaskan kepada ketaksuban rakyat terhadap pemimpin sehingga
sanggup melihat rakyat lain menderita.
Bukankah lebih selamat jika tidak terlalu setia dan jujur atau terlalu
memelihara integrity ?
Episod paling
terkenal dalam sastera Melayu dan Sastera Sejarah ialah pertikaman Hang Tuah
dan Hang Jebat. Pertikaman itu terjadi kerana kedua pahlawan mempertahankan
prinsip masing2. Hang Tuah dengan prinsip Pantang Melayu menderhaka manakala
Hang Jebat dengan prinsip “Raja adil raja disembah/raja zalim raja disanggah”.
Jebat telah lama memerhatikan salah laku Raja yang membawa penderitan rakyat.
Jebat adalah dari golongan yang mahu membawa pembaharuan, dengan impian memberi
harapan baru kepada rakyat khususnya rakyat Melayu. Hang Tuah pula berpegang
kepada kesetiaan terhadap Pemerintah sedia ada. Bagi Hang Tuah, sebarang usaha
untuk mengubah perlulah ditentang berhabis-habisan. Ini kerana Hang Tuah
bimbang sebarang pertukaran pemerintah akan menyebabkan orang-orang lain mengambil kesempatan, menjadi berani
sehingga mencabar Ketuanan Melayu.
Walaupun Hang Tuah sedar Tuan yang dipertahankan mempunyai banyak
kelemahan dan kerenahnya.
Integriti adalah perkataan yang membawa
maksud memiliki prinsip moral yang kuat. Integriti dikaitkan dengan memiliki
kejujuran, bermaruah dan hal ini telah terbukti
dalam setiap perlakuan. Kamus Dwibahasa DBP, 1985, memberi definisi integriti sebagai kejujuran,
ketulusan; kesempurnaan dan keutuhan.
Oleh yang demikian, seorang yang berintegriti sentiasa
sedar akan tanggungjawab dan akan berusaha menjalankan tanggungjawab atau tugas
yang diamanahkan dengan sesempurna mungkin tanpa melanggar peraturan yang telah
ditetapkan.
Integriti dan kejujuran dalam puisi dan
penciptaan puisi Melayu
Integriti adalah
persoalan moral atau akhlak. Sehubungan
dengan itu Integriti dalam penciptaan karya sastera melibatkan niat dan cara dalam berkarya serta
penilaian pembaca terhadap nilai moral yang dikemukakan. Pantun Melayu
turut menyentuh integrity bila menyindir
seseorang yang tidak jujur atau bercakap “di belakang lain di hadapan lain”:
Dari Bentan ke Tanjung Kandis
Belayar ditimbang angin utara
Lagi berdepan mulutnya manis
Balik belakang lain bicara.
Persoalan Integriti telah
menjadi komponen penting dalam teori teori sastera tempatan yang mengutamakan
nilai kejujuran dan kebaikan kepada masyarakat. khasnya dalam perkembangan
sastera Islam. Penciptaan puisi Melayu turut berlandaskan nilai-nilai Islam yang mengajar
kejujuran, mencipta dengan niat yang baik semata-mata untuk mendapat keredhaan
Allah SWT dan memperbaiki keadaan manusia,
Penciptaan seni termasuk puisi dianggap sebagai
pengabdian kepada Allah Azzawajalla.
Hal ini boleh dilihat dalam konsep Sastera Islam yang dikemukakan oleh
Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Shahnon merumuskan pegangannya sebagai
“Sastera kerana Allah”. Tersimpul dalam ungkapan ‘kerana Allah’, ialah
soal-soal kebenaran, kebaikan dan keindahan. Konsep ini juga mengutamakan sastera
yang berhikmah kepada manusia. Perkembangan kesusasteraan Melayu sejak 1986
menyaksikan pembinaan teori sastera taabudiyah diikuti oleh takmilah,
Pengkaedah Melayu dan beberapa lagi teori tempatan yang menitikberatkan
penciptaan sastera dengan niat untuk membawa kebajikan.
Dalam Teori
Pengkaedahan Melayu misalnya, Penciptaan sastera berhubungkait dengan pemaparan
nilai-nilai murni dan sifat-sifat terpuji. Karya yang baik diukur daripada
keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada agama,
masyarakat, dan negara. Setiap karya yang dihasilkan oleh penulis atau
pengarang mempunyai kaitan dengan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam
persekitaran. Justeru, karya sastera harus difahami sebagai satu keseluruhan
yang bermakna, kerana unsur-unsur yang membentuk sesebuah teks itu mengandungi
erti yang memberi gambaran lengkap tentang kemanusiaan dan kemasyarakatan.
Pada pendapat Hashim Awang ”Sastera Melayu terbentuk dan berkembang mekar dengan ciri
serta fungsi yang tersendiri dan teristimewa, khusus dan jelas dalam lingkungan
alam, nilai, dan tradisi bangsanya. Ia adalah kesusasteraan yang lahir dari
hati nurani dan daya kreativiti bangsa Melayu yang beragama, yang berbudaya,
yang beridentiti, dan yang bermaruah” . (Hashim Awang: 2002:10)
Di dalam perkembangan persajakan Melayu terdapat sejumlah yang besar puisi-puisi Melayu moden yang sarat dengan
peringatan supaya bangun sebagai bangsa yang beridentity dan berintegrity. Sajak “Jiwa
Hamba” karya Sasterawan Negara Usman Awang adalah seruan agar bersikap berani
untuk berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain. Janganlah membiarkan diri
dibelenggu oleh rasa rendah diri. Usman Awang menjadikan puisi dan seluruh karya
sastera sebagai alat untuk mempertahankan identiti dan integriti.
Sastera Melayu mementingkan ciri-ciri didaktik yang amat mengutamakan penggarapan
persoalan-persoalan tentang kepentingan melakukan kerja-kerja baik dan makruf,
di samping turut menyelitkan penyuaraan-penyuaraan tegas berbentuk larangan
supaya meninggalkan perbuatan-perbuatan yang batil atau kejahatan, demi
kebajikan dan kebaikan manusia, khususnya bagi umat Melayu dan Islam. Selari
dengan itu, karya-karya kesusasteraan Melayu juga dengan berani dan jujur
mendedahkan permasalahan-permasalahan kemungkaran, ketidakadilan, kepura-puraan
atau kemunafikan. Ia menentang rasuah dan kezaliman yang menjadi yang dianggap menjadi punca kepada berlakunya
segala keresahan sosial dan kepincangan hidup masyarakat serta kegoyahan iman
umat Islam. Dengan berpegang kepada teras prinsip integriti, sasterawan-sasterawan
Melayu memberikan gambaran dan pelukisan yang hidup, jelas dan berkesan untuk
membantu ke arah pembangunan ummah. Karya-karya yang dicipta mampu membentuk
peribadi dan akhlak yang tinggi.
INTEGRITI adalah soal hati, panggilan untuk pulang kepada hati banyak terdapat dalam sajak-sajak
Melayu. Sebagai contoh saya ingin menyebut sajak Aminah Mokhtar berjudul Siasah
dalam buku Berikan Aku Cantiknya Hati,
Dbp 2018.
Usah miliki fikiran kerdil
Wahai minda
Nanti risalah kalifahmu
Hilang ke mana
Usah hanya menghafal slogan
Wahai akal
Nanti timbunan retorikmu
Berbunyi tidak henti
Kesatuan prinsip
Wahai hati nanti kukuhlah nilaimu
Membina kerajaan diri
(hlmn 15).
ANTARA KONFLIK DAN DILEMA
Berdasarkan
pengalaman kreatif sendiri, persoalan kejujuran dan integriti telah
menjadi asas pembinaan beberapa buah puisi. Ada beberapa aspek integriti yang
telah merangsang pemikiran dan menjadi sumber puisi.
·
Perlunya menjaga
integriti (Bunga di Kolam, )
·
Sejauh mana
kejujuran dan integriti perlu diamalkan.(Jujur Seorang Hamba),
·
akibat-akibat
yang timbul dari tidak mengutamakan integriti. (Pesan Lebai Malang )
·
Persoalan
Integriti yang membawa dilema (Dilema Seorang Melayu).
·
Berintegriti dalam semua perlakuan samada secara terang terangan
atau tersembunyi (Semut)
Keperluan berintegriti dan cabaran dalam memelihara integriti telah menginspirasikan puisi
Bunga Di Kolam (Cerita Dalam
Cerita, ITBM.2010) Bila memandang
bunga-bunga di permukaan sungai atau kolam maka terfikir bagaimana bunga-bunga
itu berkembang dalam warna cemerlang atau tetap putih dikelilingi
air yang tidak bersih.
Demikianlah di dalam kehidupan, banyak perkara yang mencabar namun bagi
mereka yang suci hati, akan berjaya memelihara integriti diri.
BUNGA
DI KOLAMKita sepatutnya belajar
Dari bunga-bunga di kolam
Yang tidak pernah tenggelam.
Kita sepatutnya belajar
Dari kembang teratai
Yang berlumpur di tangkai
Namun tetap terjulang
Dalam warna cemerlang
Kita sepatutnya belajar
Dari kuntum seroja
Yang tumbuh di kasar selut
Dengan kelopak putih lembut
Arus tak selalu tenteram
Sungai tak selalu jernih
Mari belajar dari bunga-bunga di kolam
Untuk mengapung dan bersih
Jujurnya Seorang
Hamba
Pada suatu malam
yang celaka
Raja Ong Maha
Perita Daria
mengecap
kelazatan semangkuk bayam
dengan nikmat
yang luar biasa.
Setelah mendengar
cerita sebenar
dia pun ketawa
bergegar
ketawanya
menggila
dan, bermulalah
huru-hara.
Pada suatu pagi
yang amat hiba
Wan Anum yang
sarat mengandung
merayu belas
kasihan datuk penghulu
meminta seulas
nangka
yang sedang
dibawa menghadap raja.
Setelah melihat
nangka yang tercedera
raja terlalu
murka
dengan marah tak
terkawal
raja kehilangan
akal.
Dikoyaknya perut
isteri laksamana
hanya kerana
seulas nangka
dipancungnya
rakyat sesedap rasa
hanya untuk
menjamu selera.
Segalanya mungkin
tidak berlaku
jika tukang masak
itu
tahu
menyembunyikan rahsia
dan tidak terlalu
jujur
tentang darah
yang tercampur
ke dalam mangkuk
sayur.
Datuk penghulu
itu juga
boleh mencipta
seribu helah
tentang nangka
yang terbelah.
Tapi apakan daya
kerana setia yang
tiada tara
mereka hanya tahu
berkata “ya”
kerana taat yang
tidak terhad
mereka mengangguk
dan menunduk
walau raja sedang
menjilat-jilat
semangkuk lazat
daripada darah rakyat.
Apa yang berlaku
telah berlaku
kerana datuk
penghulu
dan si tukang
masak itu
adalah antara
beribu-ribu
hamba Melayu.
(Nota
Waktu, 2000.
Citra publishing 38).
Sajak JUJUR
SEORANG HAMBA. mencangkok persoalan integriti yang khususnya sifat sifat
kejujuran dan kesetiaan, amanah iaitu berkata benar dan menjalankan tugas yang
dipikul. Dalam situasi ini seorang hamba raja iaitu seorang tukang masak telah
terhiris jarinya dan setitis darah menitis ke dalam sayur yang dimasak. Raja
merasa sayur itu lebih sedap daripada
biasa lalu bertanya apakah sebabnya. Si tukang masak yang terlalu jujur
memberitahu raja perkara sebenar. Ini
adalah kisah yang diketahui ramai dalam cerita Raja Bersiung. Raja menjadi ganas dan seterusnya dengan
kejam memakan darah rakyat.
Kisah kedua ialah
petikan daripada episode paling menyedihkan dalam Sejarah Melayu iaitu Sultan
Mahmud Mangkat di julang. Sultan
membelah perut Wan Anum hanya kerana perempuan memakan seulas nangka dari kebun
baginda. Tragedi ini boleh dikatakan berpunca dari kejujuran Tok Penghulu yang
menceritakan kepada raja kejadian
sebenar.
Persoalan yang
diketengahkan ialah sejauh mana seseorang dapat memelihara integrity dalam
sebuah masyarakat feudal yang mendidiknya menjadi takut kepada raja. Dan makna
ini boleh diperluaskan kepada ketaksuban rakyat terhadap pemimpin sehingga
sanggup melihat rakyat lain menderita.
Bukankah lebih selamat jika tidak terlalu setia dan jujur atau terlalu
memelihara integrity ?
Episod paling
terkenal dalam sastera Melayu dan Sastera Sejarah ialah pertikaman Hang Tuah
dan Hang Jebat. Pertikaman itu terjadi kerana kedua pahlawan mempertahankan
prinsip masing2. Hang Tuah dengan prinsip Pantang Melayu menderhaka manakala
Hang Jebat dengan prinsip “Raja adil raja disembah/raja zalim raja disanggah”.
Jebat telah lama memerhatikan salah laku Raja yang membawa penderitan rakyat.
Jebat adalah dari golongan yang mahu membawa pembaharuan, dengan impian memberi
harapan baru kepada rakyat khususnya rakyat Melayu. Hang Tuah pula berpegang
kepada kesetiaan terhadap Pemerintah sedia ada. Bagi Hang Tuah, sebarang usaha
untuk mengubah perlulah ditentang berhabis-habisan. Ini kerana Hang Tuah
bimbang sebarang pertukaran pemerintah akan menyebabkan orang-orang lain mengambil kesempatan, menjadi berani
sehingga mencabar Ketuanan Melayu.
Walaupun Hang Tuah sedar Tuan yang dipertahankan mempunyai banyak
kelemahan dan kerenahnya.
Alangkah sukarnya membuat keputusan
untuk setia kepada raja yang zalim,
dan menzalimi kawan yang setia.
di antara membantah seorang tuan,
dan pentingnya mempertahankan ketuanan
melawan kerenah seorang raja
dan memelihara sebuah kerajaan.
untuk setia kepada raja yang zalim,
dan menzalimi kawan yang setia.
di antara membantah seorang tuan,
dan pentingnya mempertahankan ketuanan
melawan kerenah seorang raja
dan memelihara sebuah kerajaan.
Maka Hang Tuah terpaksa mengambil keputusan untuk melawan
Jebat. Membunuh Jebat bererti mengekalkan status quo. Kerana kata Hang
Tuah:
Yang aku pentingkan bukan seorang raja untuk hari ini
tetapi apa yang lebih aku bimbangkan
ialah bangsaku pada hari esok.
tetapi apa yang lebih aku bimbangkan
ialah bangsaku pada hari esok.
Sajak sepenuhnya
Maka bangkitlah seorang
Hang Jebat
suaranya menongkah angin
melantun ke anjung istana Melaka
“ Raja adil raja disembah,
raja zalim raja disanggah.”
Terkejut Hang Tuah mendengar berita penderhakaan
gementar tubuhnya menyambut titah sultan
sambil tunduk memikirkan
Hingga air matanya mengalir
tidak tertahan-tahan
dadanya bagai akan pecah
dihempas gelombang serba salah.
Alangkah sukarnya membuat keputusan
untuk setia kepada raja yang zalim,
dan menzalimi kawan yang setia.
Bukan mudah untuk membuat pertimbangan
di antara membantah seorang tuan,
dan pentingnya mempertahankan ketuanan
melawan kerenah seorang raja
dan memelihara sebuah kerajaan.
Barangkali
apa yang aku pentingkan bukan seorang raja untuk hari ini

(Pujangga Tidak Bernama,
dbp 1994)
Soal integrity dan tidak berintigriti telah melahirkan sajak “Pesan Lebai
Malang”. Sifat tidak berintegriti telah menggagalkan hidup Lebai Malang. Watak
Lebai Malang dilihat tidak mengutamakan integriti berdasarkan:
·
Sifat
pura-pura: Lebai Malang berpura-pura warak tetapi sebenarnya tamak
·
Mungkir
janji dengan membatalkan temujanji yang telah dibuat terlebih dahulu.
·
Sentiasa mencongak peluang untuk kepentingan peribadi.
·
Teragak2,
tiada keyakinan diri, tidak mempunyai prinsip yang kuat..
·
Memihak
kepada pihak yang difikirkan lebih memberi keuntungan peribadi.
Begitulah
situasi yang berlaku dalam kisah Lebai Malang. Dia adalah seorang atau
sekumpulan yang menjalankan peranan di dalam aktiviti masyarakat terutama dalam
soal2 keagamaan. Lebai Malang ternyata mengejar kedudukan atau kuasa di dalam
masyarakat “bahagia rasanya orang menyanjung” dilayani dengan hormat dianggap
berkuasa untuk memberi keberkatan. Dia nampaknya menyenangi kedudukannya: (didudukkan di tengah/ disalami para
Jemaah).
Dia mahu terus mendapat
kepercayaan dan sokongan dari semua sehingga datanglah waktu atau hari di mana
dia terpaksa membuat pilihan. Seorang ahli masyarakat datang menyampai berita
kematian. Sebagai pemimpin agama tentulah dia diharapkan untuk bersama pada
acara perkebumian. Lebai Malang tidak keberatan untuk pergi kerana memang
sifatnya suka menjadi orang harapan, didudukkan di tengah jemaah dan doanya
dianggap berkat. Tetapi Allah
menduganya. Sejurus selepas itu tibalah ahli masyarakat yang di sebelah hulu
menjemputnya ke kenduri kesyukuran,
Maka fikiran Lebai
Malang mula berkecamuk. Dia menghabiskan masa untuk berfikir. Dia telah lebih
awal berjanji untuk ke perkebumian jenazah. Dia sedar bahawa sebagai pemimpin
agama, ahli masyarakat sudah tentu menanti kedatangannya.
Tetapi dia tertarik
dengan jemputan yang selepas hulu. iaitu kenduri kesyukuran. Dalam bayangan
Lebai Malang, kenduri tentulah lebih menarik, makanannya tentu lebih enak. Maka
terjadilan konflik dalam diri Lebai Malang. Kemana sepatutnya dia pergi untuk
memberi khidmat. Maka dia memilih ke kenduri.
Situasi Lebai
Malang ini samalah dengan situasi golongan agama yang teragak-agak untuk
memberi sokongan dan akhirnya memilih pihak yang dijangka akan mendatangkan
keuntungan material
PESAN LEBAI MALANG
(Salasilah:
DBP, 2017. 87-89)
Jangan jadi seperti aku
banyak berangan-angan
tetapi salah pertimbangan.
Aku ini hidup di kampung
bahagia rasanya orang menyanjung
dilihat rajin beribadat
dilayani dengan hormat
dikira alim diminta berkat
dijernput ke rumah
didudukkan di tengah
disalami para jemaah.
Suatu hari datanglah undangan
di hilir berlaku kematian
di hulu ada kenduri kesyukuran
aku yang dilihat tenang
diam-diam mencongak peluang
tak siapa menyangka
dalam diam membayangkan
hidangan
kenduri lebih enak
lauknya banyak
tetapi kematian di hulu mengharap
kedatanganku
mereka
yang mengundang terlebih dulu
dan aku telah setuju
kemudian tiba jemputan kenduri
menolak bererti rugi.
lama juga berkira-kira
lauk sedap terbuka selera
banyak bererti laba
tak sedar hari meninggi
mengayuh
ke hulu mengejar kenduri
pantang
menolak rezeki
waktu sudah dekat
aku hampir terlambat
hari panas arus pun deras
aku perlu bekerja keras
jika tidak mahu terlepas
namun, apabila aku sampai
semuanya sudah selesai
dengan penuh kecewa aku ke
hilir pula
berkayuh
sekuat tenaga
namun, kelajuan perahu
terhalang
oleh air yang sedang pasang
aku sampai hampir petang
jenazah sudah sempurna dikebumi
khidmatku tak perlu lagi.
Begitulah dikata orang
malangnya Si Lebai Malang
mudik
menongkah arus
hilir
menongkah pasang
di sana
tak dapat nasi
di sini
tak dapat makan
ke hulu
terlepas habuan
ke hilir terlepas peluang.
Aku yang dilihat warak
sebenarnya tamak
sana mahu ditangkap
sini mahu dikepung
sana mahu dikejar
sini mahu dikendong
ke sana
mengejar peluang
ke sini mengira untung.
Wahai anak cucu
jangan jadi sepertiku
lebih nafsu kurang ilmu
banyak
bermimpi kurang strategi.
Soal integrity juga berkait rapat dengan penilaian
masyarakat terhadap golongan yang terbabit. Dalam Pesan Lebai Malang terdapat
masyarakat yang keliru dan hanya menilai secara luaran. Hal yang sama
dilanjutkan dalam sajak Jangan Risau Pak
Pandir (Salasilah, dbp. 2005)
Jangan
risau Pak Pandir
kebodohan
bukan hanya milikmu
ia
sebenarnya sering berlaku.
Seperti
pada hari itu
Mak
Andeh menyuruhmu
menjemput
Pak Lebai
mencari
alim yang pandai
untuk
berdoa mintakan berkat
pada
kenduri doa selamat
kau yang
dungu
membawa
pulang seekor kambing
kerana
ia berjanggut di dagu
seperti
gambaran isterimu.
Ah, Pak
Pandir jangan tak tahu
kesilapan
seperti itu
memang
mudah berlaku
umpamanya
kami tak arif membezakan
yang
tulen dengan yang palsu
yang
warak dengan yang tamak
kerana
ramai yang pandai menyamar
di
sebalik pakaian dan ucapan
mentafsir
ayat suci
mengikut
agenda peribadi.
Kami
pun mudah terpedaya
dalam
seni retorik
kreativiti
pengiklan
dan
putar belit media
yang
membingungkan dunia.
Kau tidak
keseorangan
sesiapa
pun mudah menjadi keliru
sepertimu.
Sebuah
negara dan sebuah tamadun tidak dapat dibina tanpa integrity. Setiap orang
perlu jujur dan memikul tanggungjawab dalam membina masyarakat tidak kira kita
hanya orang kecil seperti semut yang dilihat tidak ada banyak tenaga malah tidak memiliki suara dan
kepakaran berbahasa. Apa yang penting
seseorang tidak perlu bersuara dengan berapi-api untuk menunjuk-nunjuk
kepada ramai bila berbuat kebaikan. Hal ini dinyatakan dalam sajak Semut (Menghadap
ke Pelabuhan/Facing the Harbour, ITBM 2010. Seekor semut yang menemui setitis
manisan akan segera mengumpul
kawan-kawannya walaupun tanpa suara. Ini juga satu keajaiban alam ciiptaan Allah yang
membolehkan makhluk yang bergelar haiwan itu berkomunikasi sesama sendiri walaupun tidak dianugerahi suara dan
bahasa. Sebaliknya manusia yang
dianugerahi suara dan bahasa belum tentu akan memanggil kawan2 yang lain bila
menemui (misalnya) harta kekayaan.
Amalan semut itu ialah simbol integriti kerana memegang amanah untuk
membawa kebaikan kepada alam dan manusia walaupun hal yang dilakukannya tidak
diheboh-hebohkan kepada orang lain. Ini dibuat dengan keyakinan bahawa kekayaan negara mesti
dikongsi dengan adil. Apalah gunanya hanya sebahagian kecil anggota masyarakat
menjadi kaya raya sedangkan penyamun dan peragut yang mengancam ketenteraman si
kaya.
EMUT
Sedikit
manisan tertumpah di lantai
Seekor
semut pun sampai
Beberapa
detik lagi
Bertambah
ramai menghampiri
Lema
kelamaan
Beratur
berderetan
Berduyun
berbarisan.
Aku
melihat dan merasa hairan
Tanpa
suara dan tanpa kata
Semut
memanggil kawan-kawan
Bila
tercium makanan
Memang
telah kupelajari
Haiwan
juga berkomunikasi.
Sedang
aku leka terdengar semut berkata
“janganlah
lupa semuat hanya haiwan
Sekadar tahu menyampai berita.
Yang
benar sahaja
Tidak
secanggih manusia
Kerana
manusia adalah makhluk Tuhan
Yang
memiliki kepandaian
Untuk
mereka- reka cerita
Dan
menyebar dusta
(Cerita dalam Cerita, ITBM 2010).
Kesimpulan:
Integriti dalam Puisi diukur daripada
isi dan penyampaiannya. Isi yang baik adalah isi yang membawa nilai yang baik
dan positif yang dapat memberi teladan kepada orang Islam secara khusus dan
juga kepada bukan Islam. Penyampaian unsur positif di dalam sesebuah karya ini
tidak semestinya bersifat langsung, ia dapat disampaikan secara halus, tetapi
berkesan. Karya-karya ini mestilah selaras ciri-ciri dengan seni sastera yang
dituntut oleh agama Islam yang menjadi teras budaya Melayu. memperlihatkan
pertemuan yang sempurna antara kebenaran, kebaikan dan keindahan bahasa.
No comments:
Post a Comment