Kali ini aku ingin bercerita tentang Penyair dan Wang.
(Ha,ha,ha,mungkin ada orang yang komen, ah Zurinah Hassan tak habis-habis dengan kisah ini). Semoga kisah ini menjadi iktibar
Begitu lama aku tidak dapat menulis sebaris pun di dalam blog ini. Barangkali ramai orang yang berpaut telah melepaskan pautannya. Namun aku masih teringin menulis. Dan hari ini aku berjanji pada diri yang aku akan menambah catatan
interpretasi. Aku berharap mulai hari ini dapat kulakukan seminggu sekali. Bagi yang masih sudi menjenguk kuucapkan terima kasih Aku akan mencoretkan sesuatu yang kunamakan
Dari Fail Kisah Benar. Kerana aku akan menulis tentang hal-hal yang benar berlaku di dalam hidupku. Mungkin aku terpaksa menukar nama watak dan tempat tetapi percayalah segalanya benar dan berdasarkan kebenaran, biarpun kelak ada orang yang tidak percaya atau mengatakan ada yang tidak logik.. Itu perkara biasa kerana
tidak semua yang berlaku di hadapan mata dapat kita fahami dengan akal dan logika.
Kisahnya begini. Sekali peristiwa, aku dan beberapa penyair dijemput mendeklamasi puisi. Selepas majlis, datanglah pihak penganjur membawa sampul-sampul yang berisi wang tunai . Kami pun merasa amat lega kerana dibayar secara tunai pada malam itu juga. Hal ini tidak semestinya berlaku pada setiap majlis kerana ada yang akan membuat bayaran dengan chek entah beberapa bulan kemudian.
Seperti biasa sebelum sampul dihulur kami mesti menurunkan tandatangan di
surat akuan penerimaan. Jangan terkejut kerana kulihat kebanyakan penyair
cepat-cepat menyaian tanpa mengambil masa untuk membaca. Barangkali juga kerana sudah keletihan kerana maklumlah
sudah larut malam.
Ada yang datang dari jauh dan telah meredah hujan. telah meredah hujan. Gembiranya hati kerana mendapat sedikit habuan. Sampul diambil dan dimasukkan ke dalam saku tanpa membilang kepingan-kepingan yang ada di dalam
Aku pernah bertanya beberapa penyair, misalnya Ahmad Sarju, adakah mereka membuka sampul saguhati yang diberi. Katanya tidak dibuka di hadapan ramai kerana malu berbuat demikian. Hal inilah yang menghairankan.aku. Mengapa penyair malu membuka sampul yang berisi wang saguhati .
Aku juga begitu dahulu sehinggalah suatu peristiwa berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Selepas menjalankan tugas seni budaya, di Taiping, aku diberikan sampul dan surat akuan terima. Aku menandatangani akuan menerima rm empat ratus. Malangnya bila dibuka hampir empat minit kemudian, ternyata hanya rm dua ratus lima puluh sahaja yang ada. Lalu aku mencari orang yang memberi Si pemberi tidak mengaku bersalah. Dia tidak tahu bila wang berkurangan dari jumlah yang tercatat. Maka terjadilah tuduh menuduh sesama mereka. Aku juga takut kalau ada yang menuduh aku yang cuba menipu.
Soalnya sekarang, bukankah lebih mudah kalau aku telah membuka sampul yang diterima serta merta di hadapan petugas. Bukankah mudah kalau petugas itu sendiri meminta aku kira wang di hadapannya sebelum menurunkan tandatangan. Dengan ini kalau ada sesuatu yang tidak kena, kita akan dapat bersemuka. Mungkin si petugas sudah berhati-hati menjaga begnya tetapi sang penjenayah mempunyai pelbagai cara untuk menjalankan kerja-kerja jenayahnya. Kalau dibuka awal-awal pihak yang tidak bersalah akan terselamat dari tuduhan dan syak wasangka.
Hingga sekarang aku masih bertanya. Penyair ini adalah golongan yang sangat pemalu. Dia mesti malu bercakap tentang wang ringgit. Bila dijemput membaca dia tidak pernah bertanya tentang bayaran yang akan diberi sedangkan di dalam setiap bidang yang lain, kerja hanya dimulakan setelah pelanggan dan pemberi khidmat bersetuju dengan terma dan syarat bayaran. Sehinggakan setelah selesai kerja pun penyair harus malu untuk membuka sampul upahan yang diterima. Kenapa ini dianggap kurang sopan? Sedangkan di dalam business lain setiap transaksi wang ringgit akan dikira dan dikira dan dikira berulang-ulang kali.
Kak Zurinah: Ingat peristiwa di USM?
ReplyDeleteSalam Puan Zurinah,
ReplyDeleteEntahlah...mungkinkah atau benarkah? penyair itu begitu bersopan sehinggakan hendak membuka mulut menyatakan bayaran untuk satu deklamasi pun segan.
Saya sering dijemput oleh pelbagai pihak. Ada yang memberi dengan wang saguhati dan ada juga sekadar memberi apa yang ada..
Saya tetap juga begini .... menerima seadanya... SEDANGKAN DALAM HATI NAK JUGAK WANG TU SEBENARNYA...sebagai pendapatan sampingan...
Aswb. Hai, Bonda, 'nak dikatakan apa ya! Sejak pulangnya anakanda ke tanah air, anakanda banyak melaburkan masa untuk anak-anak didik anakanda, bersyair mana-mana yang anakanda tahu dan mengerti. Mana-mana pihak yang mahu membuat permintaan, anakanda kaji selidik dahulu, sama ada acara rasmi negara atau hanya bersantai-santai. Yang berkenaan langsung anakanda serahkan mereka pergi membuat berurusan melalui ketua jabatan anakanda. Soal saguhati tak timbul. Sumbangan dibuat menerusi pihak sekolah. Sejauh ini, apa-apa pun tidak menghampakan anakanda. Wasalam.
ReplyDelete