Pada 19 sept 2007, aku disahkan lulus oleh Lembaga Pemeriksa. Syukur Alhamdulillah. Pengerusi viva yang juga Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya memuji kegigihanku. Aku mendaftar Universiti Malaya pada bulan November 2003 dan berjaya menyerahkan tesis 3 tahun 3 bulan kemudian. Kata mereka ini masa yang dikira pendek.( Aku bertongkos lomos menyiapkan tesis secepat mungkin kerana yuran mahal. Lagi lama lagi banyak kena bayar).
Ramai yang menganggap tindakan untuk belajar pada hari tua ini sesuatu yang ganjil. Tapi aku jawab, apa ganjilnya? Ini hobi saya, ada orang pergi belajar buat cake, belajar masak, belajar menjahit tak ada pula orang kata ganjil. Ada juga yang komen aku dah tua, sepatutnya tumpukan masa beribadat, belajar agama, baca Al-Quran, baca kitab. Tapi mereka tak tahu sejak aku buat Ph.D ni lah aku banyak mentelaah tafsir Al-Quran dan baca buku-buku agama. Sebabnya? Aku mengerjakan kajian terhadap unsur-unsur alam dan dakwah di dalam puisi-puisi Melayu moden. Beribadat? Mereka lupa bahawa menuntut ilmu juga adalah ajaran Islam dan dikira ibadat. Semua perbuatan baik dan memberi kebaikan adalah ibadat dalam Islam, walaupun memasak untuk keluarga atau mengemas rumah.
tahniah atas pencapaian yang sangat membanggakannya ini. memang banyak cabaran mengusahakan tesis PhD walau pada umur mana pun. syabas berjaya menghadapi rintangan tersebut walaupun sudah bercucu. nak buat apa dengan ijazah tu? itu soalan yang tak perlu dijawab sekarang... just enjoy the success. Komen dari Drirwan.
ReplyDeleteAs'kum, auntie Zurinah. Setinggi-tinggi tahniah kepada wanita yang membenarkan hidup dan pemikirannya melangkaui hambatan masa dan usia. Saya bangga betul! Syabas, semoga yang baik berkekalan.
ReplyDeleteApa nak buat dengan ijazah tu? Untuk jadikan hidup kita lebih bermakna daripada orang yang bertanya tu .... hihihi ...
Love you always.
Tahniah! Tahniah! Ini membakar semangat saya untuk meneruskan pengajian. Paling penting, bukan apa yang kita nak buat dengan Ph.D tu, tetapi saya percaya kepuasan untuk dapat Ph.D samalah dengan kepuasan menyudahkan satu-satu karya 'besar'.
ReplyDeleteBertambah seorang lagi sarjana muslimah!
Masya-Allah, saya benar benar terkejut dengan pencapaian puan dan ia menjadikan kepada saya satu motivasi untuk terus berjuang dalam menuntut ilmu.
ReplyDeleteTerima kasih.
Tahniah! Tahniah!
ReplyDeleteSaya pula kantoi Ph.D.
Tahniah! Saya pula baru beberapa bulan (1 semester) memulakan pengajian Phd secara sambilan. Namun, saya juga berharap dapat menyelesaikannya secepat mungkin kerana saya belajar dengan pembiayaan sendiri.
ReplyDeleteSaya juga pernah ditanya, "Tak penat-penat ke belajar?" Saya juga menganggap menuntut ilmu itu sebagai ibadah dan hobi.
Saya berbangga dengan pencapaian Puan.
Tahniah! Semoga pencapaian anda menjadi pendorong kepada yang lain.
ReplyDeletePuan Zurinah,
ReplyDeleteAlhamdullillah tahniah tahniah.
Saya berasa terharu ...
Saya akan sahut cabaran meneruskan pengajian! Tahap kedoktoran adalah tahap mengkaji dan sumbangan-sumbangan pengajian sangat diperlukan - lagi banyak, lagi baik!
Assalamualaikum
aminahjazilahabubakar
Tahniah!
ReplyDeleteLagi banyak kita belajar, lagi banyak kita tahu, yang banyak lagi benda kita tak tahu..
tahniah!! saya pun suka sangat dengar cerita orang sambung belajar. selepas 2 tahun saya selesaikan ijazah sarjana, masih ramai yang tak faham kenapa saya tidak memilih pensyarah sebagai kerjaya.
ReplyDeleteTAHNIAH! Semoga kejayaan ini membakar semangat kepada yang lain. Salam Aidilfitri, ampun maaf setulus hati.
ReplyDeleteSaya baru terjumpa blog anda. Tahniah dgn pengurniaan Ph.D. Dalam bidang apa? Apa tajuk disertasinya? Kegigihan anda memang hebat sekali!
ReplyDeleteTahniah. Kejayaan puan menjadi perangsang kepada orang lain, terutama yang sudah agak terlewat dan terbengkalai macam saya... Puan buktikan pencarian ilmu tidak kira usia.
ReplyDeleteSy pin masih berkira2 nak aambung phd... Terlalu lama bertangguh... Entah mampu atau tidak dalam usia 40an ini... Cerita puan sgt memberi inspirasi
ReplyDelete