SIRIH
BERTEPUK PINANG MENARI
Menonton Sirih Bertepuk Pinang Menari di Majlis Perbandaran Ampang Jaya Januari 2019
Noordin Hassan menerima
Anugerah Sastera pada tahun 1993 dan merupakan penerima yang ke 7. Beliau
adalah satu-satunya Sasterawan Negara yang menulis drama atau mendapat anugerah
tersebut atas ketokohan kepentingannya dalam bidang penulisan dan pementasan drama.Sebelum
itu beliau menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara pada tahun 1987
.
Antara drama Noordin
Hassan yang terkenal ialah Bukan Lalang Ditiup Angin,.
Peran, Jangan Bunuh Rama-rama,
Cindai, Sirih Bertepuk Pinang Menari dan Demi Zaiton. Beliau
menerbitkan beberapa buku seperti Bukan Lalang Dituip Angin (DBP,1972)
,Saya Dari Hujung Kota (DBP 2008), Anak Tanjung (DBP 1999),Kumpulan
Drama Terbaik Noordin Hassan, (DBP 2018). Buku yang mengandungi esei
tentang Noordin Hassan ialah Noordin Hassan Dalam Esei Dan Kritik, (penyusun),
Halilah Haji Khalid, (DBP 2007).
Noordin Hassan merupakan pelopor
trend drama baru dalam perkembangan drama Melayu. Perkembangan drama tanah air
boleh diringkas seperti berikut:
1-
Drama terawal berunsur pendukunan, main puteri,
ulit mayang dsbnya
2-
Mak Yong,
3-
bangsawan,
4-
sandiwara (contoh tokoh: Shahrom Hussein),
5-
drama2 realisma (contoh: atap genting atap
rumbia oleh Kala Dewata).
Pada tahun 70an muncullah
drama-drama aliran baru yang meninggalkan aliran realisme yang disebut oleh Mana Sikana sebagai drama pasca
modernism, yang dikaitkan pula dengan pengaruh teater absurd dari Barat.
Penghasilan drama tanpa plot,
tanpa struktur penceritaan yang tersusun menyebabkan Noordin Hassan juga digolong kedalam Angkatan drama absurd.Hal
ini disangkal oleh Noordin Hassan kerana absurd memaparkan manusia dalam
lingkaran tak kemana dan putus asa akibat dari ketidak harmonian perkara-perkara
disekeliling mereka. Drama Noordin Hassan tidak memaparkan watak-watak tidak
berdaya seperti manusia yang berhadapan dengan malapetaka dalam Angin Kering (Johan
Jaafar), Bukan Bunuh Diri (Dinsman) dan marah-marah pada ketatapan seperti Protes
(Dinsman).
Bila meneliti drama-drama Noordin
Hassan saya bersetuju bahawa drama-drama
beliau bukan absurd tetapi jawapan kepada absurdisme. Noordin Hassan dalam
dramanya cuba mencari jalan penenang melalui zikir, lontaran falsafah, juga melalui
muzik dan nyanyian. NH imenggunakan media tradisi iaitu Pantun syair, seloka
dan zikir, NH memasukkan elemen
bangsawan dan cerita2 lama untuk
iktibar.
Unsur alam sangat dominan
seperti yang dilihat dalam penggunaan rama-rama, lalang sebagai simbol yang membawa banyak pengertian. Semua ini
merupakan media untuk mengemukakan kepada
penonton isu-isu yang relevan dengan zaman mereka.
Apakah ISU atau kritikan yang dapat
dikutip dari Noordin Hassan?
1-
Pemimpin muda yang berbuat angkara setelah
dilantik oleh pemimpin tua untuk memerintah
2-
Pemimpin tua melihat kemungkaran, penyelewengan
yang dilakukan oleh pemimpin muda lalu kembali untuk mengajar dia
3-
Pemimpin yang berkuasa dengan mudah menyingkir
orang dalam kerajaan yang ditakuti menentangnya.
4-
Penggunaan , retorik, kemahiran berbahasa untuk memutar
belit fakta dan menipu rakyat. Ramai oang besar yang menipu rakyat.
5-
Unsur pembaziran dan menunjuk-nunjuk yang
dilakukan oleh pemimpin yang menyebabkan rakyat susah dan terbeban.
6-
Persoalan siapa sebenarnya berkuasa. Kuasa dilihat
dipegang oleh pemimpin lelaki yang
sebenarnya dibawah kuasa perempuan.
Kritik
ini dilihat dalam drama terutama SIRIH
BERTEPUK PINANG MENARI. Di samping BUKAN LALANG DITIUP ANGIN dan juga TIANG
SERI TEGAK BERLIMA
Dalam SBPM
intrique politik sangat jelas. Terdapat
konflik Pemimpin tua vs pemimpin muda.dan kritik terhadap pemegang kuasa yang
menyalahguna kuasa.
Sirih
Bertepuk Pinang Menari Sultan Idris Bistari mengambil keputusan untuk turun
takhta dan menyerahkan kepada anaknya Zaharuddin Shah. ZS bila berkuasa dengan mudah menyingkir orang dalam
kerajaan yang ditakuti menentang dia. Wazir disuruh pulang berehat dan tak
datang2 lagi. Wazir sangat penting seperti orang kedua dlm kerajaan..
Setelah menaiki takhta, Pemimpin muda ini telah
melakukan beberapa salah laku.
1) Bina
istana yang lebih besar
2) Gemar
menunjuk-nunjuk bahawa mereka memiliki wang yang banyak walaupun dengan menggunakan
emas rakyat.
3) Dia mengumpul
harta dengan cara membeli harta rakyat dengan harga yang murah. Rakyat terpaksa
menjual kerana disogok, dipujukrayu, malah digertak . ZS mengarah orang-orang
yang pandai bercakap untuk memutar belit fakta tentang pengorbanan kepada
negara. Justeru drama ini memperlihatkan putar belit dan penipuan pemimpin ke
atas rakyat.
Akhirnya Sultan Idris Bistari pulang ke istana.
Baginda menurunkan anakanda dari takhta dan memerintah kembali dengan adil dan
saksama.
No comments:
Post a Comment