SASTERAWAN NEGARA DI UNIVERSITI
SASTERAWAN DI UNIVERSITI.
Setelah terhantar pengumuman lantikan sebagai Profesor Adjung di Universiti Malaysia Perlis dan Karyawan Tamu Utama di UUM,Sintok, ramai yang bertanya-tanya. Sebenarnya status tu tidak sengaja terhantar .Mulanya aku cuma nak masukkan dlm list biodata di FB. Tiba2 jadi status dan tersiar secara besar-besaran begitu

Ada juga yg komen (atau aku yang terasa ada orang nak komen hehe) MENGAPA AKU YANG SUDAH TUA NAK MULA KERJA BARU?
Biar aku jelaskan: Setiap Universiti Awam telah diarah oleh Menteri Pendidikan untuk menempatkan seorang SN di universiti masing-masing. Oleh kerana bilangan SN tidak mencukupi untuk semua uni, maka seorang SN boleh ambil lebih dari satu uni. Beberapa uni telah hubungi aku tapi yang bersungguh2. sejak awal ialah UUM dan Unimap.
Sbg karyawan dan Prof Adjung aku cuma perlu berada di sana 6 kali setahun. Lantikan untuk 2 tahun. Aku setuju untuk terima uum dan unimap kerana 2 kampus adalah berdekatan, Takut pula dapat yang lebih jauh. Aku minta mereka atur program agar aku boleh pergi sekali jalan sahaja.
Kedudukan SN di Universiti setakat yang aku tahu:
A.Samad Said (Unisza/UPSI),
Baha Zain (UiTM),
Muhammad Haji Salleh (UM, UIA, USIM,)
Kemala (USM, UNIMAS),
Anwar Ridhwan (UKM).
Aku cuba usahakan setakat yang terdaya.
Berserah kepadaMu ya Allah.
Aku cuba usahakan setakat yang terdaya.
Berserah kepadaMu ya Allah.
Di bawah ialah gambar2 pada hari perlantikanku di UUM.#unimap #universiti utara malaysia
No comments:
Post a Comment