CATATAN PEMILIHAN SASTERAWAN NEGARA PERINGKAT AWAL
Saya, Muhammad Haji Salleh dan Encik Sakri (Pengerus Besar ITBM)
Saya teringat Festival
Persuratan Melayu yg berlangsung di Shah Alam akhir tahun 2017 anjuran Pusaka
dan Kerajaan Negeri Selangor. Saya menjadi panel diskusi. Ahli panel yang lain
ialah Prof Khoo Lay Kim, Dr Syed Hussin Ali dan M. Aan Mansyur. Skop perbualan
mencakupi gerakan persatuan penulis
terutama di peringkat awal. Sudah tentu Asas 50 menjadi tumpuan. Hal Anugerah
Sastera Negara juga diperkatakan. Sekadar berkongsi sebahagian apa yang telah
saya luahkan. Saya membuat kaitan antara Asas 50 dan Anugerah Sastera Negara.
Tokoh2 ASAS sangat terkenal di dalam masyarakat. Zaman Asas adalah zaman
perjuangan kemerdekaan, perjuangan
bangsa dan bahasa . Tokoh-tokoh Asas yang dapat menyimpulkan suara rakyat dilihat
sebagai hero. Mereka disanjungai malah disayangi. menjadi sanjungan , pejuang,
dan public figure. Hal seperti ini dipersetujui oleh Allahyarham Ismail
Hussein. nyebut mereka sebagai Public Figure malah mereka boleh dianggap
celebrity sastera Dengan yang demikian. Bila ASN diwujudkan pada tahun 1981,
kita sudah ada tokoh-tokoh yang tersedia untuk menerima Anugerah. Keris Mas,
Usman Awang dan A.Samad Said seperti
sudah natural akan menjadi SN. Hanya Shahnon tidak berada dalam jalur tersebut,
tetapi Shahnon juga terkenal kerana bukunya Ranjau Sepanjang Jalan jadi teks
sekolah.
Bila kehabisan tokoh ASAS (dan
kerana masyarakat tidak lagi membaca) Kita tiada lagi tokoh yang dikenali oleh
massa. maka macam2 hal timbul. Time Arenawati ada orang tanya saya, Arenawati
tu perempuan ka? Saya di pejabat pada pagi nama Muhammad Haji Salleh terpampang
di akhbar sebagai penerima ASN. Seorang pegawai tanya siapa Muhammad Haji
Salleh tak pernah dengar pun nama dia? Yang bertanya itu seorang pegawai lulusan
Universiti.