Ucaptama Hari Puisi Naasional, Bintulu
Sarawak.
Oleh Sasterawan Negara ZURINAH HASSAN
INTEGRITI DALAM PUISI: ANTARA KONFLIK
DAN DILEMA
Integriti adalah perkataan
yang membawa maksud memiliki prinsip moral yang kuat. Integriti dikaitkan
dengan memiliki kejujuran, bermaruah dan hal ini telah terbukti dalam setiap perlakuan. Kamus
Dwibahasa DBP, 1985, memberi definisi integriti sebagai kejujuran,
ketulusan; kesempurnaan dan keutuhan.
Oleh yang demikian, seorang yang berintegriti sentiasa
sedar akan tanggungjawab dan akan berusaha menjalankan tanggungjawab atau tugas
yang diamanahkan dengan sesempurna mungkin tanpa melanggar peraturan yang telah
ditetapkan.
Ensaiklopedia Wikipedia bebas mencatatkan bahawa “Integriti berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari
semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus ke arah perwatakan
seseorang. Dari maksud yang didapati
dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang
merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang
kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang
cakapnya, dan lain lain.
Hampir tidak ada puisi Melayu yang
menggunakan perkataan integrity apatah Tela lagi dalam puisi tradisiona. Bagi
pihak saya sendiri, kalau ada pun perkataan integriti yang telah saya gunakan
ialah dalam versi terjemahan sajak “Bunga
di Kolam”
(
yang dimuatkan dalam buku terbaru A Journey Through Prose and Poetry terbitan
bersama IIUM Press dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2018), berbunyi:
THE
WATER FLOWERS
We should learn a lesson
From the
water garden,
from the flowers that never sink
We should
learn
from the lotus
how the muddy stems
hold the flower above
Brilliant and lustrous,
We should all learn
From the water lily
in the water so muddy
keeping white petals
in purity
Our path may be gloomy,
As the river
is sometimes dirty
Let us learn from the water plants
To
uphold our integrity
A Journey Through Prose and Poetry (IIUM Press and
Dewan Bahasa dan Pustaka 2018: 139)
Integriti dan kejujuran dalam puisi dan
penciptaan puisi Melayu
Integriti adalah
persoalan moral atau akhlak. Sehubungan
dengan itu Integriti dalam penciptaan karya sastera melibatkan niat dan cara dalam berkarya serta penilaian pembaca terhadap nilai moral yang
dikemukakan. Pantun Melayu turut menyentuh
integrity bila menyindir seseorang yang tidak jujur atau bercakap “di
belakang lain di hadapan lain”:
Dari Bentan ke Tanjung Kandis
Belayar ditimbang angin utara
Lagi berdepan mulutnya manis
Balik belakang lain bicara.
Persoalan
Integriti telah menjadi komponen penting dalam teori teori sastera tempatan
yang mengutamakan nilai kejujuran dan kebaikan kepada masyarakat. khasnya dalam
perkembangan sastera Islam. Penciptaan puisi Melayu turut berlandaskan nilai-nilai Islam yang mengajar
kejujuran, mencipta dengan niat yang baik semata-mata untuk mendapat keredhaan
Allah SWT dan memperbaiki keadaan manusia,
Penciptaan seni termasuk puisi dianggap sebagai
pengabdian kepada Allah Azzawajalla.
Hal ini boleh dilihat dalam konsep Sastera Islam yang dikemukakan oleh Sasterawan
Negara Shahnon Ahmad. Shahnon merumuskan pegangannya sebagai “Sastera kerana
Allah”. Tersimpul dalam ungkapan ‘kerana Allah’, ialah soal-soal kebenaran,
kebaikan dan keindahan. Konsep ini juga mengutamakan sastera yang berhikmah
kepada manusia. Perkembangan kesusasteraan Melayu sejak 1986 menyaksikan
pembinaan teori sastera taabudiyah diikuti oleh takmilah, Pengkaedah Melayu dan
beberapa lagi teori tempatan yang menitikberatkan penciptaan sastera dengan
niat untuk membawa kebajikan.
Dalam
Teori Pengkaedahan Melayu misalnya, Penciptaan sastera berhubungkait dengan pemaparan
nilai-nilai murni dan sifat-sifat terpuji. Karya yang baik diukur daripada keupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada agama, masyarakat,
dan negara. Setiap karya yang dihasilkan oleh penulis atau pengarang mempunyai
kaitan dengan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam persekitaran.
Justeru, karya sastera harus difahami sebagai satu keseluruhan yang bermakna,
kerana unsur-unsur yang membentuk sesebuah teks itu mengandungi erti yang
memberi gambaran lengkap tentang kemanusiaan dan kemasyarakatan.
Pada pendapat Hashim Awang ”Sastera Melayu
terbentuk dan berkembang mekar dengan
ciri serta fungsi yang tersendiri dan teristimewa, khusus dan jelas dalam
lingkungan alam, nilai, dan tradisi bangsanya. Ia adalah kesusasteraan yang
lahir dari hati nurani dan daya kreativiti bangsa Melayu yang beragama, yang
berbudaya, yang beridentiti, dan yang bermaruah” . (Hashim Awang: 2002:10)
Di dalam perkembangan persajakan Melayu terdapat sejumlah
yang besar puisi-puisi Melayu moden yang sarat dengan
peringatan supaya bangun sebagai bangsa yang beridentity dan berintegrity. Sajak “Jiwa
Hamba” karya Sasterawan Negara Usman Awang adalah seruan agar bersikap berani
untuk berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain. Janganlah membiarkan diri
dibelenggu oleh rasa rendah diri. Usman Awang menjadikan puisi dan seluruh karya sastera sebagai alat untuk mempertahankan
identiti dan integriti.
Sastera Melayu mementingkan ciri-ciri didaktik yang amat
mengutamakan penggarapan persoalan-persoalan tentang kepentingan melakukan
kerja-kerja baik dan makruf, di samping turut menyelitkan penyuaraan-penyuaraan
tegas berbentuk larangan supaya meninggalkan perbuatan-perbuatan yang batil
atau kejahatan, demi kebajikan dan kebaikan manusia, khususnya bagi umat Melayu
dan Islam. Selari dengan itu, karya-karya kesusasteraan Melayu juga dengan
berani dan jujur mendedahkan permasalahan-permasalahan kemungkaran,
ketidakadilan, kepura-puraan atau kemunafikan. Ia menentang rasuah dan
kezaliman yang menjadi yang dianggap
menjadi punca kepada berlakunya segala keresahan sosial dan kepincangan hidup
masyarakat serta kegoyahan iman umat Islam. Dengan berpegang kepada teras prinsip
integriti, sasterawan-sasterawan Melayu memberikan gambaran dan pelukisan yang
hidup, jelas dan berkesan untuk membantu ke arah pembangunan ummah. Karya-karya
yang dicipta mampu membentuk peribadi dan akhlak yang tinggi.
INTEGRITI adalah soal hati, panggilan untuk pulang
kepada hati banyak terdapat dalam
sajak-sajak Melayu. Sebagai contoh saya ingin menyebut sajak Aminah Mokhtar berjudul
Siasah dalam buku Berikan Aku Cantiknya
Hati, Dbp 2018.
Usah miliki fikiran kerdil
Wahai minda
Nanti risalah kalifahmu
Hilang ke mana
Usah hanya menghafal slogan
Wahai akal
Nanti timbunan retorikmu
Berbunyi tidak henti
Kesatuan prinsip
Wahai hati nanti kukuhlah nilaimu
Membina kerajaan diri
(hlmn 15).
ANTARA KONFLIK
DAN DILEMA
Berdasarkan pengalaman kreatif sendiri, persoalan
kejujuran dan integriti telah menjadi asas pembinaan beberapa buah puisi. Ada
beberapa aspek integriti yang telah merangsang pemikiran dan menjadi sumber
puisi.
·
Perlunya menjaga
integriti (Bunga di Kolam, )
·
Sejauh mana
kejujuran dan integriti perlu diamalkan.(Jujur Seorang Hamba),
·
akibat-akibat
yang timbul dari tidak mengutamakan integriti. (Pesan Lebai Malang )
·
Persoalan
Integriti yang membawa dilema (Dilema Seorang Melayu).
·
Berintegriti dalam semua perlakuan samada secara terang terangan
atau tersembunyi (Semut)
Keperluan berintegriti dan cabaran dalam memelihara integriti telah menginspirasikan puisi
Bunga Di Kolam (Cerita Dalam
Cerita, ITBM.2010) Bila memandang
bunga-bunga di permukaan sungai atau kolam maka terfikir bagaimana bunga-bunga
itu berkembang dalam warna cemerlang atau tetap putih dikelilingi
air yang tidak bersih. Demikianlah
di dalam kehidupan, banyak perkara yang mencabar namun bagi mereka yang suci
hati, akan berjaya memelihara integriti diri.
BUNGA
DI KOLAMKita sepatutnya belajar
Dari bunga-bunga di kolam
Yang tidak pernah tenggelam.
Kita sepatutnya belajar
Dari kembang teratai
Yang berlumpur di tangkai
Namun tetap terjulang
Dalam warna cemerlang
Kita sepatutnya belajar
Dari kuntum seroja
Yang tumbuh di kasar selut
Dengan kelopak putih lembut
Arus tak selalu tenteram
Sungai tak selalu jernih
Mari belajar dari bunga-bunga di kolam
Untuk mengapung dan bersih
Jujurnya Seorang
Hamba
Pada suatu malam
yang celaka
Raja Ong Maha
Perita Daria
mengecap
kelazatan semangkuk bayam
dengan nikmat
yang luar biasa.
Setelah mendengar
cerita sebenar
dia pun ketawa
bergegar
ketawanya
menggila
dan, bermulalah
huru-hara.
Pada suatu pagi
yang amat hiba
Wan Anum yang
sarat mengandung
merayu belas
kasihan datuk penghulu
meminta seulas
nangka
yang sedang
dibawa menghadap raja.
Setelah melihat
nangka yang tercedera
raja terlalu
murka
dengan marah tak
terkawal
raja kehilangan
akal.
Dikoyaknya perut
isteri laksamana
hanya kerana
seulas nangka
dipancungnya
rakyat sesedap rasa
hanya untuk
menjamu selera.
Segalanya mungkin
tidak berlaku
jika tukang masak
itu
tahu
menyembunyikan rahsia
dan tidak terlalu
jujur
tentang darah
yang tercampur
ke dalam mangkuk
sayur.
Datuk penghulu
itu juga
boleh mencipta
seribu helah
tentang nangka
yang terbelah.
Tapi apakan daya
kerana setia yang
tiada tara
mereka hanya tahu
berkata “ya”
kerana taat yang
tidak terhad
mereka mengangguk
dan menunduk
walau raja sedang
menjilat-jilat
semangkuk lazat
daripada darah rakyat.
Apa yang berlaku
telah berlaku
kerana datuk
penghulu
dan si tukang
masak itu
adalah antara
beribu-ribu
hamba Melayu.
(Nota
Waktu, 2000.
Citra publishing 38).
Sajak JUJUR
SEORANG HAMBA. mencangkok persoalan integriti yang khususnya sifat sifat
kejujuran dan kesetiaan, amanah iaitu berkata benar dan menjalankan tugas yang
dipikul. Dalam situasi ini seorang hamba raja iaitu seorang tukang masak telah
terhiris jarinya dan setitis darah menitis ke dalam sayur yang dimasak. Raja
merasa sayur itu lebih sedap daripada biasa lalu bertanya apakah sebabnya. Si tukang
masak yang terlalu jujur memberitahu raja perkara sebenar. Ini adalah kisah yang diketahui ramai dalam cerita
Raja Bersiung. Raja menjadi ganas dan
seterusnya dengan kejam memakan darah rakyat.
Kisah kedua ialah
petikan daripada episode paling menyedihkan dalam Sejarah Melayu iaitu Sultan Mahmud
Mangkat di julang. Sultan membelah perut
Wan Anum hanya kerana perempuan memakan seulas nangka dari kebun baginda. Tragedi
ini boleh dikatakan berpunca dari kejujuran Tok Penghulu yang menceritakan
kepada raja kejadian sebenar.
Persoalan yang diketengahkan
ialah sejauh mana seseorang dapat memelihara integrity dalam sebuah masyarakat
feudal yang mendidiknya menjadi takut kepada raja. Dan makna ini boleh diperluaskan
kepada ketaksuban rakyat terhadap pemimpin sehingga sanggup melihat rakyat lain
menderita. Bukankah lebih selamat jika
tidak terlalu setia dan jujur atau terlalu memelihara integrity ?
Episod paling
terkenal dalam sastera Melayu dan Sastera Sejarah ialah pertikaman Hang Tuah
dan Hang Jebat. Pertikaman itu terjadi kerana kedua pahlawan mempertahankan
prinsip masing2. Hang Tuah dengan prinsip Pantang Melayu menderhaka manakala
Hang Jebat dengan prinsip “Raja adil raja disembah/raja zalim raja disanggah”.
Jebat telah lama memerhatikan salah laku Raja yang membawa penderitan rakyat.
Jebat adalah dari golongan yang mahu membawa pembaharuan, dengan impian memberi
harapan baru kepada rakyat khususnya rakyat Melayu. Hang Tuah pula berpegang
kepada kesetiaan terhadap Pemerintah sedia ada. Bagi Hang Tuah, sebarang usaha
untuk mengubah perlulah ditentang berhabis-habisan. Ini kerana Hang Tuah
bimbang sebarang pertukaran pemerintah akan menyebabkan orang-orang lain mengambil kesempatan, menjadi berani sehingga
mencabar Ketuanan Melayu. Walaupun Hang
Tuah sedar Tuan yang dipertahankan mempunyai banyak kelemahan dan kerenahnya.
Alangkah sukarnya membuat keputusan
untuk setia kepada raja yang zalim,
dan menzalimi kawan yang setia.
di antara membantah seorang tuan,
dan pentingnya mempertahankan ketuanan
melawan kerenah seorang raja
dan memelihara sebuah kerajaan.
untuk setia kepada raja yang zalim,
dan menzalimi kawan yang setia.
di antara membantah seorang tuan,
dan pentingnya mempertahankan ketuanan
melawan kerenah seorang raja
dan memelihara sebuah kerajaan.
Maka Hang Tuah terpaksa mengambil
keputusan untuk melawan Jebat. Membunuh Jebat bererti mengekalkan status quo.
Kerana kata Hang Tuah:
Yang aku pentingkan bukan seorang raja untuk hari ini
tetapi apa yang lebih aku bimbangkan
ialah bangsaku pada hari esok.
tetapi apa yang lebih aku bimbangkan
ialah bangsaku pada hari esok.
Sajak sepenuhnya
Dilema Seorang Melayu
Maka bangkitlah seorang Hang Jebat
suaranya menongkah angin
melantun ke anjung istana Melaka
“ Raja adil raja disembah,
raja zalim raja disanggah.”
Terkejut Hang Tuah mendengar berita penderhakaan
gementar tubuhnya menyambut titah sultan
sambil tunduk memikirkan
Hingga air matanya mengalir
tidak tertahan-tahan
dadanya bagai akan pecah
dihempas gelombang serba salah.
Alangkah sukarnya membuat keputusan
untuk setia kepada raja yang zalim,
dan menzalimi kawan yang setia.
Bukan mudah untuk membuat pertimbangan
di antara membantah seorang tuan,
dan pentingnya mempertahankan ketuanan
melawan kerenah seorang raja
dan memelihara sebuah kerajaan.
Barangkali
apa yang aku pentingkan bukan seorang raja untuk hari ini
tetapi apa yang lebih aku bimbangkan
ialah bangsaku pada hari esok.
suaranya menongkah angin
melantun ke anjung istana Melaka
“ Raja adil raja disembah,
raja zalim raja disanggah.”
Terkejut Hang Tuah mendengar berita penderhakaan
gementar tubuhnya menyambut titah sultan
sambil tunduk memikirkan
Hingga air matanya mengalir
tidak tertahan-tahan
dadanya bagai akan pecah
dihempas gelombang serba salah.
Alangkah sukarnya membuat keputusan
untuk setia kepada raja yang zalim,
dan menzalimi kawan yang setia.
Bukan mudah untuk membuat pertimbangan
di antara membantah seorang tuan,
dan pentingnya mempertahankan ketuanan
melawan kerenah seorang raja
dan memelihara sebuah kerajaan.
Barangkali
apa yang aku pentingkan bukan seorang raja untuk hari ini
tetapi apa yang lebih aku bimbangkan
ialah bangsaku pada hari esok.
(Pujangga Tidak Bernama,
dbp 1994)
Soal integrity dan tidak berintigriti telah
melahirkan sajak “Pesan Lebai Malang”. Sifat tidak berintegriti telah
menggagalkan hidup Lebai Malang. Watak Lebai Malang dilihat tidak mengutamakan
integriti berdasarkan:
·
Sifat
pura-pura: Lebai Malang berpura-pura warak tetapi sebenarnya tamak
·
Mungkir
janji dengan membatalkan temujanji yang telah dibuat terlebih dahulu.
·
Sentiasa mencongak peluang untuk kepentingan peribadi.
·
Teragak2,
tiada keyakinan diri, tidak mempunyai prinsip yang kuat..
·
Memihak
kepada pihak yang difikirkan lebih memberi keuntungan peribadi.
Begitulah situasi yang berlaku dalam kisah Lebai Malang.
Dia adalah seorang atau sekumpulan yang menjalankan peranan di dalam aktiviti
masyarakat terutama dalam soal2 keagamaan. Lebai Malang ternyata mengejar
kedudukan atau kuasa di dalam masyarakat “bahagia rasanya orang menyanjung”
dilayani dengan hormat dianggap berkuasa untuk memberi keberkatan. Dia
nampaknya menyenangi kedudukannya: (didudukkan
di tengah/ disalami para Jemaah).
Dia mahu
terus mendapat kepercayaan dan sokongan dari semua sehingga datanglah waktu
atau hari di mana dia terpaksa membuat pilihan. Seorang ahli masyarakat datang
menyampai berita kematian. Sebagai pemimpin agama tentulah dia diharapkan untuk
bersama pada acara perkebumian. Lebai Malang tidak keberatan untuk pergi kerana
memang sifatnya suka menjadi orang harapan, didudukkan di tengah jemaah dan
doanya dianggap berkat. Tetapi Allah
menduganya. Sejurus selepas itu tibalah ahli masyarakat yang di sebelah hulu
menjemputnya ke kenduri kesyukuran,
Maka
fikiran Lebai Malang mula berkecamuk. Dia menghabiskan masa untuk berfikir. Dia
telah lebih awal berjanji untuk ke perkebumian jenazah. Dia sedar bahawa
sebagai pemimpin agama, ahli masyarakat sudah tentu menanti kedatangannya.
Tetapi
dia tertarik dengan jemputan yang selepas hulu. iaitu kenduri kesyukuran. Dalam
bayangan Lebai Malang, kenduri tentulah lebih menarik, makanannya tentu lebih
enak. Maka terjadilan konflik dalam diri Lebai Malang. Kemana sepatutnya dia
pergi untuk memberi khidmat. Maka dia memilih ke kenduri.
Situasi
Lebai Malang ini samalah dengan situasi golongan agama yang teragak-agak untuk
memberi sokongan dan akhirnya memilih pihak yang dijangka akan mendatangkan
keuntungan material
PESAN LEBAI MALANG
(Salasilah:
DBP, 2017. 87-89)
Jangan jadi seperti aku
banyak berangan-angan
tetapi salah pertimbangan.
Aku ini hidup di kampung
bahagia rasanya orang menyanjung
dilihat rajin beribadat
dilayani dengan hormat
dikira alim diminta berkat
dijernput ke rumah
didudukkan di tengah
disalami para jemaah.
Suatu hari datanglah undangan
di hilir berlaku kematian
di hulu ada kenduri kesyukuran
aku yang dilihat tenang
diam-diam mencongak peluang
tak siapa menyangka
dalam diam membayangkan
hidangan
kenduri lebih enak
lauknya banyak
tetapi kematian di hulu mengharap
kedatanganku
mereka
yang mengundang terlebih dulu
dan aku telah setuju
kemudian tiba jemputan kenduri
menolak bererti rugi.
lama juga berkira-kira
lauk sedap terbuka selera
banyak bererti laba
tak sedar hari meninggi
mengayuh
ke hulu mengejar kenduri
pantang
menolak rezeki
waktu sudah dekat
aku hampir terlambat
hari panas arus pun deras
aku perlu bekerja keras
jika tidak mahu terlepas
namun, apabila aku sampai
semuanya sudah selesai
dengan penuh kecewa aku ke
hilir pula
berkayuh
sekuat tenaga
namun, kelajuan perahu
terhalang
oleh air yang sedang pasang
aku sampai hampir petang
jenazah sudah sempurna dikebumi
khidmatku tak perlu lagi.
Begitulah dikata orang
malangnya Si Lebai Malang
mudik
menongkah arus
hilir
menongkah pasang
di sana
tak dapat nasi
di sini
tak dapat makan
ke hulu
terlepas habuan
ke hilir terlepas peluang.
Aku yang dilihat warak
sebenarnya tamak
sana mahu ditangkap
sini mahu dikepung
sana mahu dikejar
sini mahu dikendong
ke sana
mengejar peluang
ke sini mengira untung.
Wahai anak cucu
jangan jadi sepertiku
lebih nafsu kurang ilmu
banyak
bermimpi kurang strategi.
Soal integrity juga berkait rapat dengan
penilaian masyarakat terhadap golongan yang terbabit. Dalam Pesan Lebai Malang
terdapat masyarakat yang keliru dan hanya menilai secara luaran. Hal yang sama
dilanjutkan dalam sajak Jangan Risau Pak
Pandir (Salasilah, dbp. 2005)
Jangan
risau Pak Pandir
kebodohan
bukan hanya milikmu
ia
sebenarnya sering berlaku.
Seperti
pada hari itu
Mak
Andeh menyuruhmu
menjemput
Pak Lebai
mencari
alim yang pandai
untuk
berdoa mintakan berkat
pada
kenduri doa selamat
kau yang
dungu
membawa
pulang seekor kambing
kerana
ia berjanggut di dagu
seperti
gambaran isterimu.
Ah, Pak
Pandir jangan tak tahu
kesilapan
seperti itu
memang
mudah berlaku
umpamanya
kami tak arif membezakan
yang
tulen dengan yang palsu
yang
warak dengan yang tamak
kerana
ramai yang pandai menyamar
di
sebalik pakaian dan ucapan
mentafsir
ayat suci
mengikut
agenda peribadi.
Kami
pun mudah terpedaya
dalam
seni retorik
kreativiti
pengiklan
dan
putar belit media
yang
membingungkan dunia.
Kau
tidak keseorangan
sesiapa
pun mudah menjadi keliru
sepertimu.
Sebuah negara dan sebuah tamadun tidak dapat dibina tanpa
integrity. Setiap orang perlu jujur dan memikul tanggungjawab dalam membina masyarakat
tidak kira kita hanya orang kecil seperti semut yang dilihat tidak ada banyak tenaga malah tidak memiliki suara dan
kepakaran berbahasa. Apa yang penting
seseorang tidak perlu bersuara dengan berapi-api untuk menunjuk-nunjuk
kepada ramai bila berbuat kebaikan. Hal ini dinyatakan dalam sajak Semut
(Menghadap ke Pelabuhan/Facing the Harbour, ITBM 2010. Seekor semut yang
menemui setitis manisan akan segera
mengumpul kawan-kawannya walaupun tanpa suara. Ini juga satu keajaiban alam ciiptaan Allah yang
membolehkan makhluk yang bergelar haiwan itu berkomunikasi sesama sendiri walaupun tidak dianugerahi suara dan
bahasa. Sebaliknya manusia yang
dianugerahi suara dan bahasa belum tentu akan memanggil kawan2 yang lain bila
menemui (misalnya) harta kekayaan. Amalan
semut itu ialah simbol integriti kerana memegang amanah untuk membawa kebaikan
kepada alam dan manusia walaupun hal yang dilakukannya tidak diheboh-hebohkan
kepada orang lain. Ini dibuat dengan
keyakinan bahawa kekayaan negara mesti dikongsi dengan adil. Apalah
gunanya hanya sebahagian kecil anggota masyarakat menjadi kaya raya sedangkan
penyamun dan peragut yang mengancam ketenteraman si kaya.
EMUT
Sedikit
manisan tertumpah di lantai
Seekor
semut pun sampai
Beberapa
detik lagi
Bertambah
ramai menghampiri
Lema
kelamaan
Beratur
berderetan
Berduyun
berbarisan.
Aku
melihat dan merasa hairan
Tanpa
suara dan tanpa kata
Semut
memanggil kawan-kawan
Bila
tercium makanan
Memang
telah kupelajari
Haiwan
juga berkomunikasi.
Sedang
aku leka terdengar semut berkata
“janganlah
lupa semuat hanya haiwan
Sekadar tahu menyampai berita.
Yang
benar sahaja
Tidak
secanggih manusia
Kerana
manusia adalah makhluk Tuhan
Yang
memiliki kepandaian
Untuk
mereka- reka cerita
Dan
menyebar dusta
(Cerita dalam Cerita, ITBM 2010).
Kesimpulan:
Integriti dalam Puisi diukur
daripada isi dan penyampaiannya. Isi yang baik adalah isi yang membawa nilai
yang baik dan positif yang dapat memberi teladan kepada orang Islam secara
khusus dan juga kepada bukan Islam. Penyampaian unsur positif di dalam sesebuah
karya ini tidak semestinya bersifat langsung, ia dapat disampaikan secara
halus, tetapi berkesan. Karya-karya ini mestilah selaras ciri-ciri dengan seni
sastera yang dituntut oleh agama Islam yang menjadi teras budaya Melayu. memperlihatkan
pertemuan yang sempurna antara kebenaran, kebaikan dan keindahan bahasa.
Cari Uang Sampingan Dengan Cara Cepat & Praktis
ReplyDeleteSLOTDOMINO | Cukup Dengan 1 User id 8 GAME
- Proses DEPO & WD Hanya 2 Menit
- Minimal DP & WD Rp. 20.000,
- 100% NON ADMIN + 100% FAIR PLAY
LIVECHAT : SLOTDOMINO,com
W.A : +6285974599065
PIN BB : 2BE2DD7E
PIN BB : DBFDDEFE
mmorpg oyunlar
ReplyDeleteinstagram takipçi satın al
tiktok jeton hilesi
tiktok jeton hilesi
antalya saç ekimi
referans kimliÄŸi nedir
instagram takipçi satın al
METÄ°N PVP
instagram takipçi satın al
perde modelleri
ReplyDeletemobil onay
Mobil Odeme Bozdurma
Nft nasıl alinir
ANKARA EVDEN EVE NAKLÄ°YAT
trafik sigortası
dedektör
web sitesi kurma
aşk kitapları