Pada 2hb Ogos saya telah menaiki pesawat ke Bintulu untuk menyertai Hari Puisi Nasional anjuran Gapena dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya juga telah diundang menyampaikan Syarahan utama atas tajuk INTEGRASI DALAM PUISI: ANTARA KONFLIK DAN DILEMA. Acara meriah dan membahagiakan.
Selesai acara syarahan, saya berpeluang mengikut kawan sekampus untuk melawat sekitar Bintulu. Mahmud Yusoff menunjukkan taman hasil karyanya sebagai Artikek Lanskap. Sungguh Taman Tumbina, bagi menumbuhkan bunga-bunga di hati. Pelbagai jenis margastua juga berdialog di sini.