ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Wednesday, April 25, 2018


 PRU DI NEGARA PAK PANDIR.


Pak Pandir tersenyum lebar kerana dirinya sudah sah diumumkan sebagai calon PR. Semakin dekat PRU  Mak Andih  semakin risau melihat keadaan Pak Pandir yang tidak tidur siang malam asyik berkempen.  
Mak Andik cuba memberi nasihat “Berpada-padalah bekempen.  Jangan sampai tidak berehat,  takut jatuh sakit”.
Pak Pandir melenting “Bukankah saya sudah dimumkan sebagai calon. Mestilah bekerja kuat. Awak pun mesti membantu. Kalau menang, beruntung kita”
 “Untung? Untung apa? Kalau  semua calon parti awak menang pun tak kan boleh membentuk kerajaan, bilangan tak cukup. Dah berpecah belah pula, ada yang keluar menubuh parti baru”
“ Ahh itu jangan risau. Kami memang tak berharap untuk menubuh kerajaan, tapi kita lawan. Menang beberapa kerusi pun tak apa. Nanti kami menjadi sangat berharga.
“Berharga macam mana?”
Maka dijawab Pak Pandir “Awak tak pandai politik. Sekarang ada  dua parti terbesar yang berharap untuk memerintah negara. A dan B  Dijangka pertandingan sengit. Keduanya akan dapat banyak undi, kalau kalah pun tak berapa banyak.  Haa masa tu lah kita tunggu, tentu ada yang akan datang, memujuk dan sanggup membeli kita untuk menyertai mereka. Mereka akan sanggup memberi puluhan juta kepada kami yang sekarang ini mereka caci dan maki".

Mak Andih geleng kepala. Sebenarnya hal beli membeli YB ni Mak Andih sudah lama dengar.
  

Saturday, April 21, 2018


BAGAIMANA SAYA BOLEH MENJADI AHLI GAPENA.

Soalan ini pernah  ditanya kepada saya oleh beberapa orang khasnya mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan.  Pada masa yang sama masih ramai yang keliru bila menyebut  PENA dan GAPENA.  Bila ada jemputan ke rumah Gapena atau Rumah Pena, ramai juga yang kurang pasti yang mana satukah .  Adakah rumah di Jalan Bellfield atau Jalan Lapangan Terbang Lama.
Saya beri sedikit keterangan di sini.
1      Anda tidak boleh menjadi ahli Gapena. Tetapi anda mesti menjadi ahli persatuan penulis yang bergabung dengan gapena. Kalau anda ahli Pena secara automatic anda adalah ahli Gapena.
PENA (singkatan kepada Persatuan Penulis Nasional Malaysia) ditubuhkan pada 12 Januari 1961 di Universiti Malaya. Pada masa ini PENA  telah mendapat rumah untuk menjalankan aktiviti dan pentadbirannya. Antara kegiatan PENA yang terkenal ialah  Malam Baca Puisi yang biasanya diadakan pada Hari Jumaat setiap awal bulan. Acara ini sangat digemari. Ramai yang datang untuk bertemu mesra sambil membuat persembahan di pentas. 

Selain PENA, banyak lagi Persatuan Penulis yang ditubuhkan di seluruh negara khasnya sejak 1950 Persatuan persatuan ini pada keseluruhannya bertujuan memperjuangkan maruah bangsa, sastera dan budaya bangsa. Namun begitu, persatuan2 ini bergerk sendiri tanpa penyelarasan. Oleh yang demikian PENA telah mengatur satu pertemuan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 20 September yang dihardiri oleh 13 buah badan penulis dari seluruh Malaysia. Hasilnya tertubuhlah GABUNGAN PENULIS NASIONAL MALAYSIA (singkatnya GAPENA).  GAPENA yang lahir secara rasmi pada 23 Oktober 1970, pada asalnya dianggotai oleh 13 buah badan penulis dari seluruh negara,

Tujuan utama penubuhan GAPENA ialah  menyatupadukan penulis-penulis tanahair yang menulis dalam Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, memperjuangkan hak-hak dan kepentingan penulis, memberi sumbangan material  dan moral secara positif serta menyatukan rakyat Malaysia  di bawah satu bahasa.

Jadi, anda boleh menjadi ahli GAPENA dengan mendaftar sebagai ahli persatuan-persatuan Penulis seperti di bawah
1.       Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI)
2.       Badan bahasa sabah (BAHASA)
3.       Dewan Persuratan Melayu Pahang ( DPMP)
4.       Ikatan Persuratan Melayu, Melaka
5.       Lembaga Bahasa Melayu, Melaka
6.       Lembaga Pembangunan Sastera Perak (LEPAS)
7.       Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar
8.       Persatuan Kebajikan Penulis Selangor- KEMUDI
9.       Persatuan Penulis Johor ( PPJ)
1.    Persatuan Penulis Kelantan (PPK)
1.     Persatuan Penulis Kuala Lumpur- Kalam
1      Persatuan Penulis Melaka (PENAMA)
1.     Persatuan Penulis Nasional  ( PENA)
1.    Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2pnp)
1.     Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
1.     Persatan Penulis Dan PeminaT Sastera Perak (PENTAS)
1.     Persatuan Penulis Perlis
1.    Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA)
1.    Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA)
2.    Persatuan Ddterawan Terengganu  (PELITA)
2.    Persatuan Seniman Dan Penulis Kelantan ( PUSPA)
2.    Persatuan Karyawan Sarawak  (PEKASA).


RUMAH GAPENA DI JALAN BELLFIELD berdekatan Dewan Bahasa.

Thursday, April 19, 2018



Pada waktu meleset ini elok juga membuat bahan kecantikan sendiri. Siapa suka boleh ikut cara saya. Rendam beras bersama air kunyit dan sedikit serbuk kayu manis (jgn bnyk takut pedih kalau kulit tak tahan). RENDAM 2 hari dlm peti sejuk. Blender dgn daun pegaga dan daun pandan. Buat bulat2 dan jemur. Kalau rajin buat sama bulat. Saya tak rajin kikiki. Nak pakai campur air. kULIT MUKA ANDA AKAN JADI LEBIH PUTIH, BERSIH, LICIN. Anda dapati lebih mudah untuk menyapu bedak. Bedah akan mudah melekat dan tahan lebih lama di muka anda. Bagus untuk yang suka berselfie Selamat mencuba.
 
Wacana ini membicarakan satu persoalan penting dalam survival sastera iaitu bagaimana produk sastera dapat dijual kepada masyarakat.