ADAKAH SASTERA PERLU DIMATIKAN KALAU PENULIS MAHU HIDUP? .
Bolehkah penulis hidup dengan sastera. Jawapan saya adalah Ya dan Tidak. Sebelum itu kita tentukan dahulu apa maksud sastera.. Senang cerita saya ambil sastera sepertimana yang DBP masukkan dalam kategori Hadiah Sastera Perdana.
Bukan semua penulisan dikira sebagai sastera. penulisan seperti skrip drama tv, novel2 popular, novel2 indie, skrip filem dokumentari, tulisan2 kewartawanan dikira bukan sastera. Yang lain2 ini mempunyai kategori hadiah mereka sendiri.
Bolehkan penulis sastera hidup dengan hasil sasteranya. Jawapan pertama Ya , kerana seorang yang pandai menggunakan bahasa akan mendapat nilai tambah bila dia memohon jawatan editor di dbp, itbm, rtm, dan banyak tempat. Sasterawan2 seperti Keris Mas, Usman Awang, Shahnon Ahmad tidak bergantung rezeki kepada sastera . Mereka berkhidma sebagai editor, Pensyarah dan sebagainya.
Jawapan kedua TIDAK. Adalah mustahil seorang penulis puisi hidup dengan puisi. Orang lain saya tak tahu tapi kalau saya nak buat satu puisi mengambil masa berhari2, malah berminggu. Nak tulis satu cerpen, merangka, menulis, memurnikan ambil masa berbulan. Karya ini dikirim ke majalah, katakan majalah yang paling tinggi bayarannya Dewan Sastera, Dewan Masyarakat. Tapi mereka tak boleh siar karya kita setiap bulan. Kalau siar pun dapat 200 atau 300. Apa yang hendak dimakan? Cerpen2 dan puisi ini kemudian diantologikan. Ambil masa bertahun untuk dinilai, dan melalui proses percetakan dan menunggu pula untuk mendapat royalti. Kalau dipilih untuk KOMSAS, banyak pula cerita bahagian royalti penulis disonglap oleh penerbit .
Maka bagaimana nak hidup dengan sastera? Timbullah idea-idea untuk melariskan jualan dengan pengeluaran buku2 indie. Saya belum dapat kaji, tapi mengikut pendapat umum, buku2 ini tidak menghiraukan aspek keindahan dan kesantunan bahasa. Jadi maknanya tak boleh hiduplah kalau mematuhi rukun rukun sastera itu. ADAKAH SASTERA PERLU DIMATIKAN KALAU PENULIS MAHU HIDUP? .
Untuk mengkomersialkan sastera, penulis mesti mengkomersialkan dirinya. Dalam hal ini, saya ingat sangat kepada Allahyarham Wak Saring. Semasa itu anak saya Raihani mula menunjukkan minat untuk menulis. Lalu Wak Saring dengan selorohnya berkata “Hang nak menulis? Baik hang pi jadi artis dulu. Lepas tu baru orang akan beli buku hang. Kalau hang menulis saja, sampai ketua hang akan jadi macam mak hang”.
Wak Saring memang berseloroh tetapi sinis dan maknanya dalam. Tapi berapa orang boleh komersialkan dirinya seperti Roslan Madun. Dalam kes Roslan Madun yang menghidupkan beliau bukan sastera tetapi aktiviti seni hiburan yang lain. Setakat menjadi penulis sastera tidak akan boleh jual buku biographi seperti Fatah Amin atau Datuk Vida.
No comments:
Post a Comment