ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Tuesday, November 20, 2018

INTEGRITI DALAM PUISI: ANTARA KONFLIK DAN DILEMA

Ucaptama Hari Puisi Naasional, Bintulu Sarawak.
Oleh Sasterawan Negara Zurinah Hassan

Integriti adalah perkataan yang membawa maksud memiliki prinsip moral yang kuat. Integriti dikaitkan dengan memiliki kejujuran, bermaruah dan hal ini telah terbukti  dalam setiap perlakuan.  Kamus Dwibahasa DBP, 1985, memberi definisi integriti sebagai  kejujuran,  ketulusan; kesempurnaan dan keutuhan.
       Oleh yang   demikian, seorang yang berintegriti sentiasa sedar akan tanggungjawab dan akan berusaha menjalankan tanggungjawab atau tugas yang diamanahkan dengan sesempurna mungkin tanpa melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

            Ensaiklopedia Wikipedia bebas mencatatkan bahawa “Integriti  berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus ke arah perwatakan seseorang.  Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dan lain lain.
Hampir tidak ada puisi Melayu yang menggunakan perkataan integrity apatah Tela lagi dalam puisi tradisiona. Bagi pihak saya sendiri, kalau ada pun perkataan integriti yang telah saya gunakan ialah dalam versi terjemahan sajak  “Bunga di Kolam”
 ( yang dimuatkan dalam buku terbaru A Journey Through Prose and Poetry terbitan bersama IIUM Press dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2018), berbunyi:
THE WATER FLOWERS
We should learn a lesson
From the  water garden,
from the flowers that never sink

We should  learn
from the lotus 
how the muddy stems
hold the flower above
Brilliant and lustrous,
We should all learn 
From the water lily
in the water so muddy
keeping white petals  in purity

Our path may be gloomy,
As the  river is sometimes  dirty
Let us learn from the water  plants
To uphold  our integrity
A Journey Through Prose and Poetry (IIUM Press and Dewan Bahasa dan Pustaka 2018: 139)

Integriti dan kejujuran dalam puisi dan penciptaan puisi Melayu

Integriti adalah persoalan  moral atau akhlak. Sehubungan dengan itu Integriti dalam penciptaan karya sastera  melibatkan niat dan cara dalam berkarya  serta  penilaian pembaca terhadap nilai moral yang dikemukakan. Pantun Melayu turut menyentuh  integrity bila menyindir seseorang yang tidak jujur atau bercakap “di belakang lain  di hadapan lain”:
Dari Bentan ke Tanjung Kandis
     Belayar ditimbang angin utara
Lagi berdepan mulutnya manis
     Balik belakang lain bicara.

Persoalan Integriti telah menjadi komponen penting dalam teori teori sastera tempatan yang mengutamakan nilai kejujuran dan kebaikan kepada masyarakat. khasnya dalam perkembangan sastera Islam.  Penciptaan puisi Melayu turut  berlandaskan nilai-nilai Islam yang mengajar kejujuran, mencipta dengan niat yang baik semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan memperbaiki keadaan manusia,  Penciptaan seni termasuk puisi dianggap sebagai pengabdian kepada Allah Azzawajalla.  
Hal ini boleh dilihat dalam  konsep Sastera Islam yang dikemukakan oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Shahnon merumuskan pegangannya sebagai “Sastera kerana Allah”. Tersimpul dalam ungkapan ‘kerana Allah’, ialah soal-soal kebenaran, kebaikan dan keindahan. Konsep ini juga mengutamakan sastera yang berhikmah kepada manusia. Perkembangan kesusasteraan Melayu sejak 1986 menyaksikan pembinaan teori sastera taabudiyah diikuti oleh takmilah, Pengkaedah Melayu dan beberapa lagi teori tempatan yang menitikberatkan penciptaan sastera dengan niat untuk membawa kebajikan.
Dalam Teori Pengkaedahan Melayu misalnya, Penciptaan sastera berhubungkait dengan pemaparan nilai-nilai murni dan sifat-sifat terpuji. Karya yang baik diukur daripada keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada agama, masyarakat, dan negara. Setiap karya yang dihasilkan oleh penulis atau pengarang mempunyai kaitan dengan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam persekitaran. Justeru, karya sastera harus difahami sebagai satu keseluruhan yang bermakna, kerana unsur-unsur yang membentuk sesebuah teks itu mengandungi erti yang memberi gambaran lengkap tentang kemanusiaan dan kemasyarakatan.
Pada pendapat Hashim Awang ”Sastera Melayu  terbentuk dan berkembang mekar dengan ciri serta fungsi yang tersendiri dan teristimewa, khusus dan jelas dalam lingkungan alam, nilai, dan tradisi bangsanya. Ia adalah kesusasteraan yang lahir dari hati nurani dan daya kreativiti bangsa Melayu yang beragama, yang berbudaya, yang beridentiti, dan yang bermaruah” . (Hashim Awang: 2002:10)
Di dalam perkembangan persajakan Melayu terdapat sejumlah yang besar  puisi-puisi Melayu moden yang sarat dengan peringatan supaya bangun sebagai bangsa yang beridentity dan berintegrity. Sajak “Jiwa Hamba” karya Sasterawan Negara Usman Awang adalah seruan agar bersikap berani untuk berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain. Janganlah membiarkan diri dibelenggu oleh rasa rendah diri. Usman Awang menjadikan puisi dan seluruh karya  sastera sebagai alat untuk mempertahankan identiti dan integriti.
Sastera Melayu mementingkan ciri-ciri didaktik yang amat mengutamakan penggarapan persoalan-persoalan tentang kepentingan melakukan kerja-kerja baik dan makruf, di samping turut menyelitkan penyuaraan-penyuaraan tegas berbentuk larangan supaya meninggalkan perbuatan-perbuatan yang batil atau kejahatan, demi kebajikan dan kebaikan manusia, khususnya bagi umat Melayu dan Islam. Selari dengan itu, karya-karya kesusasteraan Melayu juga dengan berani dan jujur mendedahkan permasalahan-permasalahan kemungkaran, ketidakadilan, kepura-puraan atau kemunafikan. Ia menentang rasuah dan kezaliman yang menjadi yang  dianggap menjadi punca kepada berlakunya segala keresahan sosial dan kepincangan hidup masyarakat serta kegoyahan iman umat Islam. Dengan berpegang kepada teras prinsip integriti, sasterawan-sasterawan Melayu memberikan gambaran dan pelukisan yang hidup, jelas dan berkesan untuk membantu ke arah pembangunan ummah. Karya-karya yang dicipta mampu membentuk peribadi dan akhlak yang tinggi.

INTEGRITI adalah soal hati, panggilan untuk pulang kepada  hati banyak terdapat dalam sajak-sajak Melayu. Sebagai contoh saya ingin menyebut sajak Aminah Mokhtar berjudul Siasah dalam buku Berikan Aku Cantiknya Hati, Dbp 2018.
Usah miliki fikiran kerdil
Wahai minda
Nanti risalah kalifahmu
Hilang ke mana

Usah hanya menghafal slogan
Wahai akal
Nanti timbunan retorikmu
Berbunyi tidak henti

Kesatuan prinsip
Wahai hati nanti kukuhlah nilaimu
Membina kerajaan diri
(hlmn 15).

ANTARA KONFLIK DAN DILEMA
Berdasarkan  pengalaman kreatif sendiri, persoalan kejujuran dan integriti telah menjadi asas pembinaan beberapa buah puisi. Ada beberapa aspek integriti yang telah merangsang pemikiran dan menjadi sumber puisi.
·         Perlunya menjaga integriti (Bunga di Kolam, )
·         Sejauh mana kejujuran dan integriti perlu diamalkan.(Jujur Seorang Hamba), 
·         akibat-akibat yang timbul dari tidak mengutamakan integriti. (Pesan Lebai Malang )
·         Persoalan Integriti yang membawa dilema (Dilema Seorang Melayu).
·         Berintegriti dalam semua perlakuan samada secara terang terangan atau tersembunyi (Semut)
Keperluan berintegriti dan cabaran dalam memelihara integriti  telah menginspirasikan  puisi  Bunga Di Kolam (Cerita Dalam Cerita, ITBM.2010)  Bila memandang bunga-bunga di permukaan sungai atau kolam maka terfikir bagaimana bunga-bunga itu berkembang dalam warna cemerlang atau tetap putih  dikelilingi  air yang tidak bersih.  Demikianlah di dalam kehidupan, banyak perkara yang mencabar namun bagi mereka yang suci hati, akan berjaya memelihara integriti diri.
BUNGA DI KOLAM
Kita sepatutnya belajar
Dari bunga-bunga di kolam
Yang tidak pernah tenggelam.

Kita sepatutnya belajar
Dari kembang teratai
Yang berlumpur di tangkai
Namun tetap terjulang
Dalam warna cemerlang

Kita  sepatutnya belajar
Dari kuntum seroja
Yang tumbuh di kasar  selut
Dengan kelopak  putih lembut

Arus tak selalu tenteram
Sungai tak selalu jernih
Mari belajar dari bunga-bunga di kolam
Untuk mengapung dan bersih

Jujurnya Seorang Hamba

Pada suatu malam yang celaka
Raja Ong Maha Perita Daria
mengecap kelazatan semangkuk bayam
dengan nikmat yang luar biasa.

Setelah mendengar cerita sebenar
dia pun ketawa bergegar
ketawanya menggila
dan, bermulalah huru-hara.

Pada suatu pagi yang amat hiba
Wan Anum yang sarat mengandung
merayu belas kasihan datuk penghulu
meminta seulas nangka
yang sedang dibawa menghadap raja.

Setelah melihat nangka yang tercedera
raja terlalu murka
dengan marah tak terkawal
raja kehilangan akal.

Dikoyaknya perut isteri laksamana
hanya kerana seulas nangka
dipancungnya rakyat sesedap rasa
hanya untuk menjamu selera.

Segalanya mungkin tidak berlaku
jika tukang masak itu
tahu menyembunyikan rahsia
dan tidak terlalu jujur
tentang darah yang tercampur
ke dalam mangkuk sayur.

Datuk penghulu itu juga
boleh mencipta seribu helah
tentang nangka yang terbelah.

Tapi apakan daya
kerana setia yang tiada tara
mereka hanya tahu berkata “ya”
kerana taat yang tidak terhad
mereka mengangguk dan menunduk
walau raja sedang menjilat-jilat
semangkuk lazat daripada darah rakyat.

Apa yang berlaku telah berlaku
kerana datuk penghulu
dan si tukang masak itu
adalah antara beribu-ribu
hamba Melayu.

(Nota Waktu, 2000. Citra publishing 38).

Sajak JUJUR SEORANG HAMBA. mencangkok persoalan integriti yang khususnya sifat sifat kejujuran dan kesetiaan, amanah iaitu berkata benar dan menjalankan tugas yang dipikul. Dalam situasi ini seorang hamba raja iaitu seorang tukang masak telah terhiris jarinya dan setitis darah menitis ke dalam sayur yang dimasak. Raja merasa sayur itu lebih sedap daripada  biasa lalu bertanya apakah sebabnya. Si tukang masak yang terlalu jujur memberitahu raja perkara sebenar.  Ini adalah kisah yang diketahui ramai dalam cerita Raja Bersiung.  Raja menjadi ganas dan seterusnya dengan kejam memakan darah rakyat.
Kisah kedua ialah petikan daripada episode paling menyedihkan dalam Sejarah Melayu iaitu Sultan Mahmud Mangkat di julang.  Sultan membelah perut Wan Anum hanya kerana perempuan memakan seulas nangka dari kebun baginda. Tragedi ini boleh dikatakan berpunca dari kejujuran Tok Penghulu yang menceritakan kepada raja kejadian  sebenar. 

Persoalan yang diketengahkan ialah sejauh mana seseorang dapat memelihara integrity dalam sebuah masyarakat feudal yang mendidiknya menjadi takut kepada raja. Dan makna ini boleh diperluaskan kepada ketaksuban rakyat terhadap pemimpin sehingga sanggup melihat rakyat lain menderita.  Bukankah lebih selamat jika tidak terlalu setia dan jujur atau terlalu memelihara integrity ?

Episod paling terkenal dalam sastera Melayu dan Sastera Sejarah ialah pertikaman Hang Tuah dan Hang Jebat. Pertikaman itu terjadi kerana kedua pahlawan mempertahankan prinsip masing2. Hang Tuah dengan prinsip Pantang Melayu menderhaka manakala Hang Jebat dengan prinsip “Raja adil raja disembah/raja zalim raja disanggah”. Jebat telah lama memerhatikan salah laku Raja yang membawa penderitan rakyat. Jebat adalah dari golongan yang mahu membawa pembaharuan, dengan impian memberi harapan baru kepada rakyat khususnya rakyat Melayu. Hang Tuah pula berpegang kepada kesetiaan terhadap Pemerintah sedia ada. Bagi Hang Tuah, sebarang usaha untuk mengubah perlulah ditentang berhabis-habisan. Ini kerana Hang Tuah bimbang sebarang pertukaran pemerintah akan menyebabkan orang-orang lain   mengambil kesempatan, menjadi berani sehingga mencabar Ketuanan Melayu.  Walaupun Hang Tuah sedar Tuan yang dipertahankan mempunyai banyak kelemahan dan kerenahnya.

Alangkah sukarnya membuat keputusan
untuk setia kepada raja yang zalim,
dan menzalimi kawan yang setia.
di antara membantah seorang tuan,
dan pentingnya mempertahankan ketuanan
melawan kerenah seorang raja
dan memelihara sebuah kerajaan.

Maka Hang Tuah terpaksa mengambil keputusan untuk melawan Jebat. Membunuh Jebat bererti mengekalkan status quo. Kerana kata Hang Tuah: 

Yang aku pentingkan bukan seorang raja untuk hari ini
tetapi apa yang lebih aku bimbangkan
ialah bangsaku pada hari esok.

Sajak sepenuhnya
Maka bangkitlah seorang Hang Jebat
suaranya menongkah angin
melantun ke anjung istana Melaka
“ Raja adil raja disembah,
raja zalim raja disanggah.”

Terkejut Hang Tuah mendengar berita penderhakaan
gementar tubuhnya menyambut titah sultan
sambil tunduk memikirkan
Hingga air matanya mengalir
tidak tertahan-tahan
dadanya bagai akan pecah
dihempas gelombang serba salah.

Alangkah sukarnya membuat keputusan
untuk setia kepada raja yang zalim,
dan menzalimi kawan yang setia.
Bukan mudah untuk membuat pertimbangan
di antara membantah seorang tuan,
dan pentingnya mempertahankan ketuanan
melawan kerenah seorang raja
dan memelihara sebuah kerajaan.

Barangkali
apa yang aku pentingkan bukan seorang raja untuk hari ini
tetapi apa yang lebih aku bimbangkan
ialah bangsaku pada hari esok.

(Pujangga Tidak Bernama, dbp 1994)

Soal integrity dan tidak berintigriti telah melahirkan sajak “Pesan Lebai Malang”. Sifat tidak berintegriti telah menggagalkan hidup Lebai Malang. Watak Lebai Malang dilihat tidak mengutamakan integriti berdasarkan:
·         Sifat pura-pura: Lebai Malang berpura-pura warak tetapi sebenarnya tamak
·         Mungkir janji dengan membatalkan temujanji yang telah dibuat terlebih dahulu.
·        Sentiasa mencongak peluang untuk kepentingan peribadi.
·         Teragak2, tiada keyakinan diri, tidak mempunyai prinsip yang kuat..

·         Memihak kepada pihak yang difikirkan lebih memberi keuntungan peribadi.

Begitulah situasi yang berlaku dalam kisah Lebai Malang. Dia adalah seorang atau sekumpulan yang menjalankan peranan di dalam aktiviti masyarakat terutama dalam soal2 keagamaan. Lebai Malang ternyata mengejar kedudukan atau kuasa di dalam masyarakat “bahagia rasanya orang menyanjung” dilayani dengan hormat dianggap berkuasa untuk memberi keberkatan. Dia nampaknya menyenangi kedudukannya: (didudukkan di tengah/ disalami para Jemaah).

Dia mahu terus mendapat kepercayaan dan sokongan dari semua sehingga datanglah waktu atau hari di mana dia terpaksa membuat pilihan. Seorang ahli masyarakat datang menyampai berita kematian. Sebagai pemimpin agama tentulah dia diharapkan untuk bersama pada acara perkebumian. Lebai Malang tidak keberatan untuk pergi kerana memang sifatnya suka menjadi orang harapan, didudukkan di tengah jemaah dan doanya dianggap berkat.  Tetapi Allah menduganya. Sejurus selepas itu tibalah ahli masyarakat yang di sebelah hulu menjemputnya ke kenduri kesyukuran,

Maka fikiran Lebai Malang mula berkecamuk. Dia menghabiskan masa untuk berfikir. Dia telah lebih awal berjanji untuk ke perkebumian jenazah. Dia sedar bahawa sebagai pemimpin agama, ahli masyarakat sudah tentu menanti kedatangannya.

Tetapi dia tertarik dengan jemputan yang selepas hulu. iaitu kenduri kesyukuran. Dalam bayangan Lebai Malang, kenduri tentulah lebih menarik, makanannya tentu lebih enak. Maka terjadilan konflik dalam diri Lebai Malang. Kemana sepatutnya dia pergi untuk memberi khidmat. Maka dia memilih ke kenduri.

Situasi Lebai Malang ini samalah dengan situasi golongan agama yang teragak-agak untuk memberi sokongan dan akhirnya memilih pihak yang dijangka akan mendatangkan keuntungan material 
PESAN LEBAI MALANG
(Salasilah: DBP, 2017. 87-89)

Jangan jadi seperti aku
banyak berangan-angan
tetapi salah pertimbangan.

Aku ini hidup di kampung
bahagia rasanya orang menyanjung
dilihat rajin beribadat
dilayani dengan hormat
dikira alim diminta berkat
dijernput ke rumah
didudukkan di tengah
disalami para jemaah.

Suatu hari datanglah undangan
di hilir berlaku kematian
di hulu ada kenduri kesyukuran
aku yang dilihat tenang

diam-diam mencongak peluang
tak siapa menyangka
dalam diam membayangkan hidangan
kenduri lebih enak lauknya banyak
tetapi kematian di hulu mengharap
kedatanganku
mereka yang mengundang terlebih dulu
dan aku telah setuju
kemudian tiba jemputan kenduri
menolak bererti rugi.

lama juga berkira-kira
lauk sedap terbuka selera
banyak bererti laba
tak sedar hari meninggi
mengayuh ke hulu mengejar kenduri
pantang menolak rezeki

waktu sudah dekat
aku hampir terlambat
hari panas arus pun deras
aku perlu bekerja keras
jika tidak mahu terlepas
namun, apabila aku sampai
semuanya sudah selesai
dengan penuh kecewa aku ke hilir pula
berkayuh sekuat tenaga
namun, kelajuan perahu terhalang
oleh air yang sedang pasang
aku sampai hampir petang
jenazah sudah sempurna dikebumi
khidmatku tak perlu lagi.

Begitulah dikata orang
malangnya Si Lebai Malang
mudik menongkah arus
hilir menongkah pasang
di sana tak dapat nasi
di sini tak dapat makan
ke hulu terlepas habuan
ke hilir terlepas peluang.

Aku yang dilihat warak
sebenarnya tamak
sana mahu ditangkap
sini mahu dikepung
sana mahu dikejar
sini mahu dikendong
ke sana mengejar peluang
ke sini mengira untung.

Wahai anak cucu
jangan jadi sepertiku
lebih nafsu kurang ilmu
banyak bermimpi kurang strategi.

Soal integrity juga berkait rapat dengan penilaian masyarakat terhadap golongan yang terbabit. Dalam Pesan Lebai Malang terdapat masyarakat yang keliru dan hanya menilai secara luaran. Hal yang sama dilanjutkan dalam sajak  Jangan Risau Pak Pandir (Salasilah, dbp. 2005)

Jangan risau Pak Pandir
kebodohan bukan hanya milikmu
ia sebenarnya sering berlaku.

Seperti pada hari itu
Mak Andeh menyuruhmu
menjemput Pak Lebai
mencari alim yang pandai
untuk berdoa mintakan berkat
pada kenduri doa selamat
kau yang dungu
membawa pulang seekor kambing
kerana ia berjanggut di dagu
seperti gambaran isterimu.

Ah, Pak Pandir jangan tak tahu
kesilapan seperti itu
memang mudah berlaku
umpamanya kami tak arif membezakan
yang tulen dengan yang palsu
yang warak dengan yang tamak
kerana ramai yang pandai menyamar
di sebalik pakaian dan ucapan
mentafsir ayat suci
mengikut agenda peribadi.

Kami pun mudah terpedaya
dalam seni retorik
kreativiti pengiklan
dan putar belit media
yang membingungkan dunia.

Kau tidak keseorangan
sesiapa pun mudah menjadi keliru
sepertimu.

Sebuah negara dan sebuah tamadun tidak dapat dibina tanpa integrity. Setiap orang perlu jujur dan memikul tanggungjawab dalam membina masyarakat tidak kira kita hanya orang kecil seperti semut yang dilihat tidak ada banyak  tenaga malah tidak memiliki suara dan kepakaran berbahasa. Apa yang penting  seseorang tidak perlu bersuara dengan berapi-api untuk menunjuk-nunjuk kepada ramai bila berbuat kebaikan. Hal ini dinyatakan dalam sajak Semut (Menghadap ke Pelabuhan/Facing the Harbour, ITBM 2010. Seekor semut yang menemui setitis manisan akan segera  mengumpul kawan-kawannya walaupun tanpa suara. Ini juga satu  keajaiban alam ciiptaan Allah yang membolehkan makhluk yang bergelar haiwan itu berkomunikasi sesama sendiri  walaupun tidak dianugerahi suara dan bahasa.  Sebaliknya manusia yang dianugerahi suara dan bahasa belum tentu akan memanggil kawan2 yang lain bila menemui (misalnya) harta kekayaan.  Amalan semut itu ialah simbol integriti kerana memegang amanah untuk membawa kebaikan kepada alam dan manusia walaupun hal yang dilakukannya tidak diheboh-hebohkan kepada orang lain. Ini dibuat dengan  keyakinan bahawa kekayaan negara mesti dikongsi dengan adil. Apalah gunanya hanya sebahagian kecil anggota masyarakat menjadi kaya raya sedangkan penyamun dan peragut yang mengancam ketenteraman si kaya.
EMUT
Sedikit manisan tertumpah di lantai
Seekor semut pun sampai
Beberapa detik lagi
Bertambah ramai menghampiri
Lema kelamaan
Beratur berderetan
Berduyun berbarisan.

Aku melihat dan merasa hairan
Tanpa suara dan tanpa kata
Semut memanggil kawan-kawan
Bila tercium makanan
Memang telah kupelajari
Haiwan juga berkomunikasi.

Sedang aku leka terdengar semut berkata
“janganlah lupa semuat hanya haiwan
Sekadar  tahu menyampai berita.
Yang benar sahaja
Tidak secanggih manusia
Kerana manusia adalah makhluk Tuhan
Yang memiliki kepandaian
Untuk mereka- reka cerita
Dan menyebar dusta
(Cerita dalam Cerita, ITBM 2010).

Kesimpulan:
Integriti dalam Puisi diukur daripada isi dan penyampaiannya. Isi yang baik adalah isi yang membawa nilai yang baik dan positif yang dapat memberi teladan kepada orang Islam secara khusus dan juga kepada bukan Islam. Penyampaian unsur positif di dalam sesebuah karya ini tidak semestinya bersifat langsung, ia dapat disampaikan secara halus, tetapi berkesan. Karya-karya ini mestilah selaras ciri-ciri dengan seni sastera yang dituntut oleh agama Islam yang menjadi teras budaya Melayu. memperlihatkan pertemuan yang sempurna antara kebenaran, kebaikan dan keindahan bahasa.