Petikan kertas kerja Seminar Sebahtera, Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya, 27.10.2015. kertas ditulis bersama Dr. Tg.Intan Marlina Tengku Mohd Ali
dan Dr. Madiawati Mamat @ Mustaffa
Lirik
lagu ialah susunan kata-kata yang disesuaikan pada sebuah melodi atau lagu.
Lirik lagu memainkan peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Secara sedar
atau tidak, lagu akan cepat dihayati dalam jiwa setiap pendengarnya, malahan
turut menyumbang ke arah pembentukan minda sesuatu bangsa. Walau bagaimanapun ada segelintir masyarakat
berpendapat bahawa lagu-lagu kontemporari tidak mempunyai nilai estetika yang
tinggi kepada para pendengar. Lagu
tersebut sekadar menjadi halwa telinga sahaja dan bersifat sementara. Kamus Besar Bahasa Indonesia (1990:
528), mendefinisikan lirik lagu sebagai karya puisi yang dinyanyikan. Lagu atau
seni nyanyian memerlukan media bahasa untuk menyampaikan idea dan gagasan. Perbincangan dalam kertas kerja ini tertumpu
kepada Lirik Lagu sebagai karya kreatif yang memiliki nilai puisi dianalisis
dari sudut penggunaan idea dan gagasan dan daripada susunan bahasanya. Lirik yang baik haruslah ada unsur positif,
mempunyai unsur emosi dan menyampaikan pemikiran yang memberi sesuatu kesedaran
kepada masyarakat atau mengajak ke arah kebaikan. Seperti dalam puisi, bahasa
dalam sebuah lirik yang baik juga bertujuan memberi kesan dan suasana emotif
tertentu untuk mempengaruhi perasaan dan fikiran penikmat lagu tersebut. Seperti puisi, bahasa dalam lirik lagu juga
mengekspressi pemikiran dan perasaan, memiliki unsur-unsur berupa emosi,
imaginasi, idea, nada, irama, kata-kata yang membawa kesan kepada
pancaindera. Penggunaan struktur puisi
dilihat pada strukturnya sama ada mengambil untuk puisi Melayu moden atau puisi
Melayu tradisional, misalnya menggunakan rima syair, iaitu “a a a a” dan rima
pantun “a b a b”. Seorang penulis lirik seperti seorang penyair akan meringkas
dan memadatkan maknanya dengan memilih diksi yang terbaik, ekonomi dan tidak
membazir. Penulis lirik juga menggunakan gaya bahasa puitis termasuk metafora
atau perlambangan, aliterasi, asonansi, personifikasi dan hiperbola. Akan
diperhatikan juga penggunaan unsur alam sebagai simbolisme dan peranan alam
dalam membangkitkan emosi. Kesimpulannya, unsur-unsur puisi memainkan peranan
penting dalam sesebuah lagu terutama dalam pemilihan diksi terbaik, puitis dan
harmoni.
Sering
kita mendengar lagu-lagu yang menyebut atau menggambarkan alam seperti laut dan
pantai, gunung-ganang, bukit-bukau, padang hijau, sungai mengalir, ataubunga berkembang. Di samping itu terdapat
unsur waktu dan cuaca seperti siang dan malam, pagi dan petang, atau panas dan
hujan.Hal ini adalah kesinambungan dari lagu Melayu asli yang sebahagian
besarnya merupakan pantun pantun yang sangat kaya dengan unsur alam.Penggunaan
ini diteruskan dalam sebahagian lirik kontemporari. Elemen alam membina suasana
dan emosi yang sesuai dengan makna. pemikirandalam lirik lagu. Nilai estetika
tercapai melalui perlukisan perlambangan dan penyampaian pemikiran yang jitu
dan memberi manfaat kepada pendengar menepati nilai sastera yang indah dan
berfaedah.
Penggunaan alam sebagai latarbelakang
atau sebagai perlambangan dapat
membangkitkan suasana yang sesuai dengan peristiwa yang digambarkan,
misalnya hujan turun ketika terjadi sesuatu peristiwa yang menyedihkan. Hujan
dikaitkan dengan tangisan, seolah-olah seluruh alam turut sama berduka dan
bersimpati, seperti lagu nyanyian Sudirman: “Hujan yang turun bagaikan airmata/bertambah
sedih bertambah pilu”.
Penggunaan perlambangan dapat dilihat dalam
beberapa buah lirik lagu seperti dalam berikut:
Menaruh
Harapan.
(Penulis
Lirik: Habsah Hassan)
Sepanjang
perjalanan ini
Lembah dan lurah
kulewati
Ketenangan yang
kucari
Belum kutemui
Menghimpun doa
bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat kuberteduh
Dulu aku sendiri
Kini aku sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diriku
Tiada tempat kumengadu
Seperti burung kepatahan sayap
Di hati kecil ku
menaruh harapan
Selagi hidup belum
sudah
Aku akan terus
melangkah
Kuyakin rahmat buatku
Di hadapan menunggu.
Lirik “Menaruh Harapan” menggambarkan
perjalanan seseorang yang bersendirian mencari ketenangan dan kebahagiaan yang
dikatakan belum ditemui. Perjalanan ditempuh dengan tabah tanpa rasa putus
asa.Lirik ini menggunakan perlambangan dari unsur tumbuh tumbuhan. Mencari
kasih sayang diumpamakan sebagai mencari pepohon
rimbun. Kegagalan untuk menemui apa yang dicari disifatkan sebagai bertemu
“dahan yang rapuh”. Penggunaan pepohon yang rimbun untuk
kedamaian dan kasih sayang sering ditemui di dalam puisi, malah dalamal-Quran jugamenggunakan
pohon subur dan rimbun sebagai misal perbandingan bagi kasih sayang Allah
sepertimana maksud ayat: “Dan
sebagai bukti untuk mereka ialah bumi yang tandus Kami hidupkan dan Kami
keluarkan daripadanya biji-bijian”. (Surah Yaasiin, ayat 33-35).Di samping itu
terdapat banyak contoh puisi yang menggunakan daun-daun hijau sebagai kasih
sayang dan dahan yang rapuh untuk maksud kemusnahan. Sebagai contoh ialah sajak
“Segalanya Padamu Ibunda” karya
Dharmawijaya. (Puisi Sepanjang
Zaman, 1989:243)
Kau
adalah ladang segala kesabaran
Tegak teguh merimbuni pohon ketabahan.
Kau tak rela daun-daun harapan
Gugur luruh menampar genggaman.
Seterusnya
terdapat ungkapan“seperti burung kepatahan sayap”. Ungkapan ini dilihat daripada maksud yang
tersirat menggambarkan ketidakupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu
tindakan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupannya. Ini digambarkan melalui simbol “burung”yang
kepatahan sayap. Burung yang sebelum ini
bebas terbang ke mana-mana sahaja tidak dapat bergerak dan melakukan apa-apa
disebabkan sayapnya yang patah. Gambaran
ini merupakan simile jika dilihat dari sudut gaya bahasa perbandingan.
Nilai
estetika lirik ini juga terdapat pada pemikiran yang diajukan bahawa seseorang
mesti terus melangkah tanpa rasa putus asa. “Aku akan terus melangkah”
menyatakan peribadi yang tabah berikhtiar dengan penuh harapankerana yakin
bahawa Allah tidak akan mensia-siakan ikhtiar dan doa hamba-Nya. Ketabahan dan
keyakinan ini adalah selaras dengan ajaran Islam bahawa setiap manusia wajib
berikhtiar dan tidak berputus asa daripada rahmat Allah, menepati maksud ayat
‘janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah”(Surah Yusuf, ayat 12).
Dedaun Masa
(Penulis Lirik: M.Nasir)
Dedaun masa
Berguguran satu satu
Lambang hidup insan
Meniti rangkaian
perjuangan
pahit getir kehampaan
Tapi itu hanyalah ujian
Esok kan datang kedamaian
Dan sinar mentari
menyerlah hidupmu
Tabahkan hati mu
Oh insan
Dedaun masa
Berguguran satu satu
Lambang hidup insan
Meniti rangkaian
perjuangan
untuk hidup bahagia.
(Penulis Lirik: M.Nasir)
Dedaun masa
Berguguran satu satu
Lambang hidup insan
Meniti rangkaian
perjuangan
pahit getir kehampaan
Tapi itu hanyalah ujian
Esok kan datang kedamaian
Dan sinar mentari
menyerlah hidupmu
Tabahkan hati mu
Oh insan
Dedaun masa
Berguguran satu satu
Lambang hidup insan
Meniti rangkaian
perjuangan
untuk hidup bahagia.
Sebuah lagi lagu yang menggunakan perlambangan dari unsur
tumbuhan ialah “Dedaun Masa” (lirik oleh M.Nasir). Tajuk lagu adalah metafora Dedaun Masa. Penulis lirik menggunakan
daun bagi menggambarkan masa atau hari hari yang dihadapi oleh setiap manusia.
Daun menghadap tiupan angin dan akan
gugur ke bumi. Tiupan angin adalah cabaran yang dihadapi manusia yang dirumuskan
sebagai “meniti rangkaian perjuangan”. Daun daun akan gugur begitu juga umur
manusia akan semakin berkurangan. Dari segi
pemikiran, lirik ini mengutarakan bahawa setiap kehidupan itu adalah perjuangan
dan menyarankan tiap insan harus gigih menghadapinya.Saranan yang sama dibawa
oleh lirik “Menaruh Harapan”.
Sebuah
lagi lirik yang padat dengan gambaran alam ialah Aku Hanya Pendatangoleh Habsah Hassan mengisahkan harapan
dan cinta yang hilang. Walaupun lagu ini
bertemakan percintaan, tetapi penggunaan unsur-unsur perlambangan seperti unsur
tumbuhandan sungai yang mengalir merupakan perlambangan terhadap harapan dalam
percintaan yang tidak pernah padam.
Aku hanya Pendatang’
(Penulis Lirik: Habsah Hassan)
Aku bagai seorang pendatang
Ke sempadan yang mengasingkan
Sedang dulu di sini aku bermesra denganmu
Kedatangan tiada sambutan
Dan senyuman tiada balasan
Langkah kaki sampai di sini terhenti
(korus )
Ku mencari
Kembali pohon hijau nan rendang
Di situlah kita berteduh
Dan sungainya
Bertali arus air mengalir
Bagai takkan berakhir
Dijadikan perlambangan
Tanda setianya percintaan
Dua insan
Perjalanan di tanah gersang
Tanpa sungai dan pohon rendang
Kau dan aku demikian diibaratkan
Ke sempadan yang mengasingkan
Sedang dulu di sini aku bermesra denganmu
Kedatangan tiada sambutan
Dan senyuman tiada balasan
Langkah kaki sampai di sini terhenti
(korus )
Ku mencari
Kembali pohon hijau nan rendang
Di situlah kita berteduh
Dan sungainya
Bertali arus air mengalir
Bagai takkan berakhir
Dijadikan perlambangan
Tanda setianya percintaan
Dua insan
Perjalanan di tanah gersang
Tanpa sungai dan pohon rendang
Kau dan aku demikian diibaratkan
Unsur alam digunakan bagi membuat perbandingan antara masa
bercinta dan masa berputus cinta. Waktu bercinta adalah daerah yang dipenuhi
pohon pohon hijau yang rendang dengan sungai mengalir menandakan kesuburan.
Akhirnya apabila perasaan cinta telah berubah daerah yang sama menjadi “tanah
gersang tanpa sungai dan pohon rendang”.
Selain
tumbuh tumbuhan, penulis lirik juga menggunakan perlambangan dari unsur waktu,
peredaran hari (pagi, petang, malam, siang), cuaca (panas, hujan, mendung)
peredaran musim (panas sejuk gugur dan musim bunga). Penggunaan ini dapat
dilihat jelas dalam lirik Isabela nyanyian kumpulan Search. Penulis lirik
dikenali sebagai Bob.
Isabela
(Penulis Lirik: Bob)
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah…
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah…
Terbayang lambaiannya
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta
Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeda
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan…
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeda
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan…
Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella….
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella….
Perlambangan
yang dominan dalam lirik ini merupakanunsur peredaran hari dan perubahan musim
yang memberi kesan visual dan deria rasa seperti sejuk dan panas.Isabella
adalah lirik naratif iaitu lirik yang mengandungi cerita. Cerita yang
dikisahkan ialah pertemuan dan percintaan dua insan dari duniayang dikatakan
mempunyai “adat yang berbeda”. Pertemuan yang indah digambarkan sebagai “dunia
berseri bunga cinta”. Kehangatan
perasaan dimunculkan melalui gambaran yang menimbulkan deria rasa iaitu “salju
terbakar kehangatan” yang juga merupakan satu hiperbola. Perbezaan adat itu telah memisahkan mereka.
Kesedihan dan perasaan kehilangan itu diumpamakan seperti “Siang jadi
hilang/Ditelan kegelapan malam”.
Tenggelam dalam keasyikan bercinta adalah seperti “terlenahingga musim berubah”. Perasaan cinta mengatasi segalanya sehingga
mengatasi sinar matahari itu sendiri. “mentari menyepi bernyalalah api
cinta”.Apabila cinta menjadi lara kerana perpisahan yang diakibatkan oleh “adat
yang berbeda” keadaan ini digambarkan sebagai cinta “gugurbersama daun daun
kekeringan”.
Lirik lagu Isabela ini dipilih untuk analisis bukan
sahaja kerana unsur alam yang digunakan tetapi dikemukakan sebagai contoh
sebuah lirik lagu yang mengalami gangguan dari segi plot dan penceritaan.
Perjalanan cerita agak mengelirukan. Kisah dimulakan dengan pertemuan dengan
seseorang yang bernama Isabella, pertemuan membungakan cinta dan mereka
terpaksa berpisah kerana adat yang berbeza. Tetapi setelah dikatakan terjadi
perpisahan terdapat pula baris-baris yang mengandungi harapan ”moga dibukakan
pintu hatimu untukku” dan ”akan terbentang jalan kiranya kau setia”.
Penceritaan terganggu. Selepas menggambarkan perpisahan, lirik menyatakan
harapan semoga ”dibukakan pintu hati untukku” dan , seolah-olah cinta itu belum
terjadi.
Lagu Senandung Anak Laut adalah contoh yang
baik perbezaan antara penulisan kreatif dan penulisan deskriptif. Dalam bentuk
tulisan deskriptif, hal ini merupakan sebuah berita mengenai ribut yang berlaku
di Laut China Selatan dan seorang nelayan telah hilang. Namun dalam bentuk penulisan kreatif, iaitu
lirik lagu, peristiwa itu diekspressidengan memasukkan gambaran suasana alam.
Suasana yang alam yang digunakan ini menceritakan keadaan hidup nelayan yang
daif dan berfungsi untuk membina perasaan yang intensif. .
Lagu
dimulakan dengan gambaran seorang nelayan dalam sebuah biduk di laut China
Selatan. Burung camar hinggap di
jejarinya yang dikatakan sedang bermimpi.Bermimpi juga berkait dengan tertidur, keletihan memberi gambaran nelayan
sudah berhari-hari berada di laut. Mimpi juga dikaitkan dengan harapan nelayan
tentang untung nasibnya. Mimpinya
adalah tentang duyung, satu unsur
fantasi dan tentang untung, satu unsur realiti kehidupan yang dihadapi Bermimpi
tentang untung nasib dipadankan dengan biduk yang hanyut satu keadaan yang sering
dikaitkan dengan untung yang akan timbul atau tenggelam. Keadaan alam
seterusnya ialah langit yang mendung dan laut yang bergoncang bererti ribut
telah turun.Dan yang bergoncang adalah biduk dan kehidupan nelayan.Nelayan tidak dapat mengawal biduk lalu dikatakan “biduk sesat
haluan”. Nelayan hanya dapat berserah
dan bertawakal dan dia tidak dapat berbuat apa apa kerana Sang mentari
terlindung pantai tak kelihatan. Dari sinilagu ini beralih menceritakan seorang ibu sedang menyusu bayi yang kehausan
dalam pondok kecil beratap rumbia. Segala galanya menekankan kepada kedaan kemiskinan
hidup dan harapan untuk anak yang sedang menangis. Baris “Ufuk timur hilang dari pandangan” adalahgambaran alam
yang menutup segala harapan.
Burung camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak Laut China Selatan
Dalam mimpi berkata sang duyung
Wahai nelayan kau anak laut
Disini tempatmu disini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan ada balasannya
Mega mendung laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung pantai tak kelihatan
Tawakal jalan akhirnya
Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil dia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan
Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini kau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang jangan kau lupakan
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak Laut China Selatan
Dalam mimpi berkata sang duyung
Wahai nelayan kau anak laut
Disini tempatmu disini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan ada balasannya
Mega mendung laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung pantai tak kelihatan
Tawakal jalan akhirnya
Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil dia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan
Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini kau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang jangan kau lupakan
Sebuah lagu
yang penuh nasihat dan bernada sinis ialah Akar
dan Bumi yang dipopularkan oleh Kumpulan Amok.Pada keseluruhannya lagu ini
menempelak golongan-golongan tertantu yang tidak mahu berusaha sendiri dan
hidup banyak mempergunakan orang lain. Hal ini adalahberbeza dari golongan bawahan
yang berusaha sendiri ,dan mereka akhirnyadapat mengecap kejayaan. Maksud
inilah yang mahu disampaikan dengan imej kelapa bali yang akarnya mencengkam
bumi. Hal ini dapat dilihat dalam lirik
lagu di bawah:
Tinggi-tinggi kelapa bali
Kental berdiri akar di bumi
Walau bermusim di terik mentari
Tidak sekali lupakan diri
Kental berdiri akar di bumi
Walau bermusim di terik mentari
Tidak sekali lupakan diri
Bila menari dongak ke langit
Langkah mu sumbang salahkan bumi
Silap sendiri tak dipeduli
Terbiar sudah membuta tuli
Baru tengadah menyesal diri
Langkah mu sumbang salahkan bumi
Silap sendiri tak dipeduli
Terbiar sudah membuta tuli
Baru tengadah menyesal diri
Ikutkan rasa kelak binasa
Kerasnya hati membawa mati
Pentingkan dosa sumpah bertakhta
Megah ilusi mejadi mimpi
Panasnya diri bagai dibakar api
Kerasnya hati membawa mati
Pentingkan dosa sumpah bertakhta
Megah ilusi mejadi mimpi
Panasnya diri bagai dibakar api
Tinggi-tinggi kelapa bali
Walaupun tinggi kental berdiri
Tidak pernah lupa diri
Walaupun tinggi kental berdiri
Tidak pernah lupa diri
Tidak pernah megah diri
Mencengkam akar di bumi
Mencengkam akar di bumi
Rimbun-rimbun daun dedalu
Tinggi di atas sombongkan diri
Pandang langit lupa bumi
Menumpang menunggu mati
Tinggi di atas sombongkan diri
Pandang langit lupa bumi
Menumpang menunggu mati
Tinggi-tinggi kelapa bali
Kental berdiri
Akar di bumi
Walau bermusim di terik mentari
Tidak sekali lupakan diri
Kental berdiri
Akar di bumi
Walau bermusim di terik mentari
Tidak sekali lupakan diri
Oleh yang demikian, jelas memperlihatkan penciptaan lirik
lagu kontemporari memperlihatkan usaha untuk menerapkan pemikiran dan falsafah
hidup melalui metafora dan perlambangan dari unsur alam seperti tumbuh
tumbuhan, peredaran hari dan perubahan musim juga laut dan cuaca.
Kesimpulan
Bentuk atau sturtur lagu yang terikat dengan bentuk puisi
seperti pantun atau syair memberikan kesan penyampaian dan irama yang lebih
menarik. Susunannya yang teratur dan rentaknya lebih halus. Manakala pemilihan
gaya bahasa yang sesuai dapat menyampaikan maksud secara berkesan dan tinggi
dengan nilai keindahan yang dapat memberi kesan emosi kepada pendengar.
Gabungan pemikiran dan perlambangan yang menggunakan unsur-unsur alam dan
tempatan dalam lirik lagu kotemporari pula dapat menghasilkan sebuah karya
bukan sahaja dapat diamati dengan mata kasar tetapi lebih daripada itu dapat
memberi pelbagai tafsiran yang boleh menjelaskan makna sesebuah lagu.
Lirik-lirik lagu kotemporari yang menggunakan unsur-unsur
puisi dalam akan memberi nilai tambah kepada sesebuah lagu. Lirik yang digarap
dengan struktur, gaya bahasa puitis dengan makna dan perlambangan puisi yang
sesuai dapat “nyawa” atau “kehidupan” kepada sesebuah karya. Lagu-lagu seumpama
ini bukan sahaja bersifat kontemporari dalam zamannya tetapi juga diminati sepanjang
zaman (evergreen). Lagu-lagu
kontemporari perlu menyelitkan penggunaan unsur-unsur puisi bagi menghasilkan
sebuah karya yang mempunyai keseimbangan dari segi bentuk, susunan bait-bait
kata, pemilihan gaya bahasa dan pemikirannya.
Akhirnya jelas bahawa nsur-unsur puisi memainkan peranan penting dalam
sesebuah lagu terutama dalam pemilihan diksi terbaik, puitis dan harmoni agar kekal
diminati dan diingati sepanjang zaman.
Bibliografi
Aminudin Mansor, 2011. Sajak-Sajak
A. Latif Mohidin: Kajian Estetika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aripin Said. 1996. Puisi
Warisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang
Azman Awang Pawi, 2003. Licentia Poetica
Puisi Mutakhir Malaysia. Sarawak: Universiti Malaysia Sarawak.
Harun
Mat Piah, 1997. Puisi Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Keraf,
Gorys, 2009 (Cetakan ke-19). Diksi dan Gaya Bahasa. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.
Mawar
Safei dan Norida Kamari, 2006. “Sastera
Melayu dan Muzik: Satu Tinjauan Umum”. Jurnal Beringin, Jilid 2, 123-135. Kuala Lumpur: Akademi Seni Kebangsaan.
Zurinah
Hassan, 2010. Unsur Alam Dalam Puisi Melayu Moden. Bangi: Penerbit UKM.
Atar
Semi, 1988. Anatomi Sastra. Padang:
Angkasa Raya.
Hairul
Anwar Harun, 2012.Lirikan Lirik.
Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
No comments:
Post a Comment