PUISI MELAYU TRADISIONAL DALAM LAGU
(Peranannya
Dalam Pembentukan Jatidiri Kebangsaan)
Zurinah Hassan
(kertaskerja Hari Puisi Nasional, 11.5.2013, di Pulau Pinang.
Sebelum adanya penulisan, puisi telah
disebar melalui lisan khasnya dinyanyikan dalam pelbagai bentuk nyanyian. Puisi
Melayu Tradisional (PMT) telah membentuk pemikiran dan mempengaruhi kehidupan
masyarakat Melayu. Khazanah
Puisi tradisional kita mengandungi Pantun, Syair, Gurindam, Seloka, Nazam, (sekadar menyebut jenis-jenis yang lebih
terkenal). Setiap satu dikenali melalui
bentuk/struktur, isi dan fungsi masing-masing.. PMT adalah pusaka bangsa
yang sangat berharga.kerana pada keseluruhannya mengandungi pemikiran dan
nasihat yang bernilai untuk pembentukan masyarakat. Di dalamnya terkandung
mutiara kata dan susunan madah yang membuktikan kebijaksanaan atau kearifan
nenek moyang kita. Seperti karya sastera Melayu yang lain PMT mengandungi pengajaran ke arah kebaikan. Puisi
tradisional boleh dikatakan satu institusi pendidikan informal.
NAZAM
Nazam adalah puisi yang
bertemakan keagamaan seperti menceritakan tentang hukum hakam dan kisah kehidupan Nabi Muhammad saw.Dari sudut
gaya bahasa, terdapat banyak penggunaan perkataan Arab. Ciri signifikan dalam
Nazam ialah ia dimulakan dengan puji-pujian terhadap Allah dan selawat ke atas Nabi. Baris yang berupa
puji-pujian dan selawat ini diulang-ulang hingga ke baris akhir.Nazam biasanya
disampaikan dengan lagu yang agak rancak,lazimnya diiringi paluan rebana.Pada
masa ini nazam biasanya dinyanyikan dalam majlis-majlis berendoi dan
majlis-majlis keagamaan yang lain
GURINDAM
Di antara definisi Gurindam terikat
ialah:
1-
Kamus
Umum Bahasa Indonesia menyebutkan bahawa
: gurindam itu adalah sajak dua baris yang mengandung pengajaran.
2-
Kamus
Dewan (1994:386) menyatakan gurindam ialah sejenis puisi terdiri
daripada dua baris,berisi dengan berbagai-bagai pengajaran.
3- Dalam
Kamus susunan Sutan Mohd Zain, gurindam itu maknanya, sajak yang terjadi dari
dua baris, baris pertama biasanya syarat
dan baris yang kedua akibat.
4-
Sutan
Takdir Alisjahbana (1971) menulis: Gurindam ialah nasihat, pengajaran yang
kebenaran.
5-
Iladam (2003), mendefinisikan gurindam sebagai sebuah
wacana yang mengandung kalimat yang berima. Isinya berunsur nasihat yang
bentuknya semacam bidalan.
SELOKA
Seloka ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang tidak mempunyai struktur
yang khas seperti pantun atau syair. Mengikut Zaaba, seloka ialah karangan berangkap yang memakai
pertentangan bunyi hujung (rima) yang tiada tetap. Bilangan baris pada sebuah
seloka adalah tidak terhad dan bilangan baris pada satu rangkap juga tidak
menentu. Seloka juga tidak mempunyai skima rima yang tetap. Oleh itu boleh
dikatakan seloka lebih mirip kepada ciri free
verse iaitu bentuk puisi moden yang dikenali sebagai sajak pada masa ini.
PUISI TRADISI DALAM NYANYIAN
Kertas ini melihat PMT yang digunakan di dalam lagu-lagu atau nyanyian.
Banyak lagu yang menggunakan pantun (dan syair) terutama lagu-lagu berirama
Melayu Asli.. Sebagai Lirik lagu, PMT
yang disebarkan dalam nyanyian sangat besar pengaruhnya dalam masyarakat. Lagu
dan lirik lagu memainkan peranan yang besar di dalam kehidupan manusia. Misalnya.
lagu yang disiarkan di radio akan berkumandang ke seluruh ceruk rantau,
didengar oleh berjuta-juta orang. Lagu yang popular akan disiarkan berulang
kali Secara sedar atau tidak, secara
langsung atau tidak langsung, secara mendadak atau perlahan, akan meresap dan
berkesan di jiwa dan penghidupan pendengarnya. Lirik lagu menyumbang ke arah
pembentukan minda sesuatu bangsa. Lirik lagu juga menjadi dokumentasi sejarah
sosio budaya sesuatu masyarakat.
Dengan perkembangan IT lagu-lagu
tersebar tanpa had dan sempadan ke seluruh dunia. Lagu lama dan baru
boleh didengar dan ditonton melalui You
tube. Oleh itu lirik lagu harus
diperhatikan agar tidak membawa kesan
negatif. Sebagai hasil seni, lagu dan dendangannya adalah cerminan jatidiri
sesuatu bangsa.
Peranan Lagu dan Nyanyian
·
Lagu dan nyanyian sangat diperlukan oleh manusia untuk menghibur juga melegakan kesakitan dan
stress. Pada zaman dahulu ada lagu untuk bekerja. Para pekerja melaungkan sesuatu seperti
menyanyi ketika menjalankan tugas berat
Ini berperanan mendapatkan ritma supaya dapat bergerak serentak. Lagu ini juga
dapat mengalih fikiran mereka dari kepenatan yang dirasai. Begitu juga lagu
yang dinyanyikan ketika mendodoi anakn.
selain menghiburkan anak, mereka juga tidak jadi mengantuk dan tertidur.
·
KAEDAH BELAJAR
Syair ini dengarkan
olehmu,
Sekalian orang mencari
ilmu;
Di dalam kitab banyak
yang jemu,
Dikarangkan syair
baharu bertemu.
·
Lagu dan sesuatu irama digunakan untuk menarik perhatian.
Misalnya seorang penglipur lara menggunakan irama untuk bercerita. Dalam budaya
lisan seorang penutur dilingkungi oleh audiensnya yang buta huruf yang
menghayati cerita secara pendengaran. Oleh itu tukang cerita harus menguasai
beberapa teknik seni persembahan seperti lakonan dan gerak badan, seni bunyi,
ritma, lagu dan alat muzik untuk bercerita. Mereka ini termasuklah Tok
Selampit, dalang wayang kulit dan Awang Belanga. Peranan tukang cerita ini amat
penting sebelum cerita-cerita dapat dibukukan. Contoh cerita penglipur lara
ialah Hikayat Malim Deman, Malim Dewa, Awang Sulung Merah Muda, Terung
Pipit. Begitu juga cerita binatang, cerita-cerita jenaka seperti Lebai
Malang.
·
Memudahkan hafalan. Irama lagu digunakan untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran, misalnya untuk menghafal nama-nama Tuhan (AsmulHusna) dan
nama nabi-nabi.
Lagu/nyanyian ini dapat dibahagikan kepada:
1)
Lagu tradisi yang diwarisi
turun temurun yang tidak dikenalpasti siapa pencipta irama dan
senikatanya.
2)
Lagu moden yang telah
dirakam dan disebarkan secara komersial
menggunakan instrumen muzikal yang moden.
Lagu Tradisi / Lagu Rakyat;
Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan kepelbagaian seni irama dan lagu yang
diwarisi dari generasi terdahulu dan mungkin mengalami sedikit asimilasi dari
segi aturan lirik, gaya nyanyian atau alat muzik serta cara penyampaiannya yang
dipelbagaikan.
Lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu atau nyanyian yang
berasal dari sesutu kawasan dalam Alam Melayu tidak kira kawasan itu terletak
di negara Indonesia, Malaysia, Singapura,Brunei hatta di mana-mana pelusuk pulau terpencil di Nusantara sekalipun,
dan merupakan lagu-lagu yang amat popular di kawasan tersebut. Biasanya lagu
rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun
senario semasa di kawasan tersebut. Lagu rakyat biasanya akan dinyanyikan
semasa bermain, mendodoikan anak, hiburan setelah penat membanting tulang dan
juga semasa majlis-majlis keraian, didendangkan secara berkumpulan atau
berseorangan. Kanak-kanak juga bermain sambil menyanyi.
samada untuk menghibur hati sambil berayun dibuaian berseorangan atau dengan
kawan-kawan Ada juga lagu yang menjadi sebahagian dari permainan kanak-kanak . Dengan ini menyanyi menjadi kegiatan pencetus
silaturahim (Rahmah Bujang, Dewan Budaya, November 1999).
PMT dalam lagu-lagu rakyat kebanyakannya ialah pantun di samping syair
dan nazam. Lagu-lagu menjadi media untuk menyalurkan nasihat dan pendidikan.
Misalnya ibu atau nenek menghayun buaian
sambil menyanyikan Nazam Sifat Dua Puluh atau Nazam Siti Fatimah.
Nazam ini masih dinyanyikan dalam acara
berendoi . Ia mengandungi lirik yang memberi didikan agama. Sambil menasihati
anak supaya mengenang jasa ibu bapa.
Lagu – lagu tradisi rakyat adalah lagu-lagu yang telah
terlalu tua usianya dan tidaklah dapat dikesan dengan setepatnya bilakah ianya
telah bermula. Namun satu andaian yang mungkin boleh dipakai ialah ianya wujud
semasa masyarakat Melayu menganuti fahaman animism lagi. Lalu dalam hal ini;
lagu-lagu tradisi begini boleh kita klasifikasikan sebagai juga satu bentuk
sastera lama dalam genre puisi. Dengan usaha penggiat-penggiat seperti Datuk Aripin Said dan
Roslan Madon lagu-lagu itu dapat dikembalikan ke tengah masyarakat.
Lagu-lagu rakyat juga boleh dijeniskan kepada lagu-lagu
untuk kanak-kanak, orang muda dan dewasa dan Antara lagu-lagu itu yang digunakan
oleh bomoh dalam upacara perubatannya khususnya jampi serapah atau puja-memuja
minta pertolongan kepada ‘makhluk halus’ .(walau pun sudah jarang didapati lagi).Di antara kategori ini, lagu yang paling
dominan ialah lagu kanak-kanak. Mereka menyanyikan lagu-lagu ketika bermain
contohnya permainan “nenek-nenek”. Ibu-ibu turut menggunakan lagu-lagu
sewaktu hendak menidurkan anaknya dalam buaian manakala nenek pula
menyanyikannya untuk melelapkan mata cucu-cucunya. Dalam hubungan ini jugalah
lagu-lagu rakyat akan dapat digunakan untuk membentuk pekerti yang mulia
orang-orang yang mendengarnya.
Terdapat banyak lagu rakyat atau lagu kanak-kanak yang berunsur nasihat
yang membentuk peribadi mulia berperanan untuk membina jatidiri sebagai warga
yang berkualiti seperti lagu Lagu Burung Kenek-kenek.
BURUNG KENEK-KENEK
Burung kenek-kenek
Hinggap di pohon jati
Pesan datuk nenek
Alah bangunlah pagi-pagi
Burung
kenek-kenek
Hinggap di atas
pagar
Pesan datuk nenek
Rajin-rajinlah belajar
Geleng-geleng sapi Berbulu di telinga
Atur tapak kaki Berdiri lama-lama
Geleng-geleng sapi Sapi berbulu merah
Atur tapak kaki Cepat-cepat melangkah
Burung
Kenek-kenek
Terbang tinggi di
awan
Pesan datuk nenek
pandai-pandai cari
kawan
Burung kenek-kenek
Hinggap di atas bumbung
Pesan datuk nenek
Jangan laku sombong
Burung kenek-kenek
Hinggap di tepi paya
Pesanlah datuk nenek
Jadilah orang mulia
Burung kenek-kenek
Hinggap di batang padi
Pesan datuk nenek
Jadilah orang berbudi
Burung kenek-kenek
Hinggap di tengah laman
Pesan datuk nenek
Jadilah orang beriman
(Dipetik dari lagu rakaman ROSLAN MADON)
Pantun dalam lagu ini berperanan untuk
mendidik kanak-kanak mengajar supaya menjadi insan yang bertaqwa kepada Tuhan.
Patuh pada ibu bapa. Rajin belajar atau
memberi keutamaan kepada ilmu serta tidak mempunyai sikap yang angkuh.
Perkataan pesan dalam lirik lagu ini bererti nasihat.
Kemuliaan ilmu terdapat di dalam banyak lagi lagu termasuk Lagu Lompat si Katak Lompat,
lompat si katak lompat/
lompat tinggi-tinggi,
cepat adik cepat,
cepat rajin mengaji.
Dan,
Buai laju-laju sampai
cucur atap
Belum tumbuh gigi
sudah pandai baca kitab.
Satu lagi contoh
puisi (pantun) dalam pendidikan
DODOI ANAK
Pejamkan mata anakku
sayang
Dalam buaiain ibu
dodoikan
Ibu berdoa kepada
Tuhan
Minta jauhkan
gangguan syaitan
Harum mewangi si
bunga melur
Putih berkembang di
hujung laman
Anakku manis lekaslah
tidur
Ibumu ini banyak
tugasan
Baiknya laku bekal
dunia
Eloknya budi bekalnya
mati
Cantiknya rupa mainan
mata
Indah bahasa penambat
hati
Cepatlah besar anakku
ini
Boleh kuhantar tempat
belajar
Menghadap guru lebai
dan haji
Dunia akhirat biar
sejajar
Pergi ke hulu membeli
buyung
Buyung dibawa pulang
bertiga
Jadikan ilmu sebagai
payung
Payung hidupmu di
hari muka
Menanam temu
dikampung sana
Tanam bersama dengan
halia
Kalau hidupmu sudah
sempurna
Ibu dan bapa tumpang
bahagia
Asalnya kain jadi
pakaian
Ditiup angin jatuh ke
lumpur
Biar menangis dalam
buaian
Jangan menangis di
dalam kubur
(Lagu dan senikata
Meriam Awang Lah)
LAGU KOMERSIAL
Di samping lagu-lagu rakyat, PMT turut disebar melalui
lagu-lagu moden yang dirakam dan disebarkan secara komersial. Adalah menarik
kerana lagu-lagu ini dapat menyebarkan PMT merentas kaum. Bidang
muzik boleh menyatukan rakyat Malaysia dan penyanyinya dari pelbagai kaum
misalnya kumpulan Alley Cats dan Andre Goh yang menyanyi lagu-lagu Melayu Asli
dan dengan itu menyebarkan pantun-pantun.
Lagu-lagu komersial telah menjadi saluran dakwah yang
berkesan. Dakwah tidak terhad kepada lagu-lagu nasyid sahaja. Lagu-lagu popular
juga dianggap berdakwah jika senikatanya menyampaikan sesuatu pesanan positif
untuk kebaikan masyarakat. Sebagai contoh ialah mesej yang disampaikan melalui
lagu Seroja , nyanyian asal S.Effendi dan kini dipopularkan kembali oleh Jamal
Abdillah. Dalam lirik yang dihasilkan oleh Hussein Bawafie ini terdapat
beberapa baris yang amat bermakna dan berkesan (rupa yang elok jangan dimanja dan sekarang bukan zaman bermenung) :
Terdapat
pantun-pantun yang bernilai tinggi dan seterusnya akan dibicarakan di sini.
Pemakalah tidak akan membicarakan lirik sesebuah lagu secara keseluruhan tetapi
akan memetik pantun-pantun tertentu kerana tidak semua pantun di dalam lagu
tersebut berkualiti dan relevan dengan skop perbincangan iaitu pembinaan
jatidiri.
Kain sarung
kain terendak
Memanglah manis kalau dipakai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
(Pandang pandang Jeling jelling, S.M. Salim Siti Nurhaliza)
Memanglah manis kalau dipakai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
(Pandang pandang Jeling jelling, S.M. Salim Siti Nurhaliza)
Pantun ini sama maksudnya dengan:
Jika dilurut padi masak
Jatuh ke tanah
berderai-derai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di
tepi pantai.
Pantun di atas mengingatkan setiap orang untuk mengukur
keupayaan sentiasa sentiasa menyelidiki kekurangan diri. Hidup penuh cabaran dan jika tidak berani mengambil risiko
janganlah menceburi bidang-bidang yang di luar kemampuan. Oleh kerana hidup ini umpama menempuh gelombang di
lautan, maka kita sering dinasihati agar memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan
sebagai persediaan untuk menempuh segala kemungkinan. Seseorang yang tidak
mempunyai cukup persediaan tidak akan dapat mengatasi cabaran yang diumpamakan
sebagai ‘menduga lautan’. Orang yang tidak cukup persediaan diibaratkan sebagai
pengail yang mempunyai kail panjang sejengkal (seperti mana dalam lagu Seri
Langkat):
Seri Langkat Kuala Tungkal, amboi Seri Langkat Kuala Tungkal, amboi
Padi pulut enak rasanya, sayang
Kalaulah kail, kalaulah kail panjang sejengkal
Janganlah laut hendak diduga
Padi pulut enak rasanya, sayang
Kalaulah kail, kalaulah kail panjang sejengkal
Janganlah laut hendak diduga
atau pun takut dilambung ombak. Selain dari
kelengkapan fizikal, setiap orang mesti pula mempunyai persediaan mental. Orang
yang tidak mempunyai keberanian dan keyakinan dianggap sebagai tidak bersedia
untuk menempuh ombak dan gelombang. Mereka dianggap tidak layak untuk berada
berhampiran dengan lalut lalu dinasihati (disindir) agar jangan berumah di tepi pantai
Dalam
lagu SERAMPANG LAUT terdapat pantun ini:
Angin
barat gelombang barat
Barat ditiup si angin timur
Tidak
dirintang muatan sarat
Akibat
laut tempat berkubur
Kapal atau perahu yang belayar di tengah lautan
yang luas adalah simbol perjalanan
manusia yang amat bergantung kepada peliharaan Allah. Seorang pelayar mesti
berhati-hati agar tidak berkubur di tengah lautan. Salah satu sebab kapal
tenggelam di tengah lautan ialah muatan yang dibawa terlalu berat dan tidak
seimbang dengan kemampuan kapal.
Pantun ini menggambarkan satu keadaan dalam pelayaran. Dua
baris pembayang berbunyi (Angin barat gelombang barat/ Barat ditiup si angin
timur) menggunakan unsur alam bagi menimbulkan suasana kekacauan. Terdapat
kata-kata ‘angin’, ‘gelombang, dan ‘ditiup’ yang menggambarkan pergerakan yang
tidak stabil. Terdapat juga dua perkara yang bertentangan iaitu ‘angin barat’
dan ‘angin timur’. Angin barat sedang
bergelombang dan angin timur sedang meniup. Ini adalah keadaan alam yang
menjadi penanda satu keadaan yang tidak tenteram.
Untuk belayar seseorang memerlukan bekalan yang cukup. Namun
begitu dia tidak boleh membawa muatan yang melebihi had yang mampu dimuat di
dalam kapalnya. Oleh yang demikian manusia
perlu memilih barang-barang yang diperlukannya sahaja. Di sini timbul
keperluan untuk mengukur kemampuan diri sebelum melakukan sebarang pekerjaan.
Pantun ini juga memperkatakan perihal membuat pilihan dan menentukan prioritas
di dalam kehidupan. Ia mengandung nasihat supaya menghadkan pilihan kepada
perkara-perkara yang penting dan meninggalkan yang tidak penting.
Orang yang berjaya dan selamat adalah mereka yang bijak
membuat pilihan. Maka pilihlah yang terbaik dan
yang diperlukan sahaja untuk dibawa.
Terlalu banyak muatan yang tidak diperlukan akan menyebabkan perahu
karam di lautan seperti maksud pantun jika ‘tidak dirintang muatan sarat/alamat
laut tempat berkubur’. Pantun ini juga mengandung nasihat agar berpada-pada atau bersederhana di dalam
segala segi. Kalau mahu selamat mestilah
menjaga batas dan sempadan. Dari perspektif Teori Pengkaedahan Melayu ia
mengandungi panduan untuk hidup dengan berimbang iaitu mengimbangi barang-barang
yang dibawa dengan kemampuan had muatan kapal.
Ini menepati ajaran Al-Quran bahawa segala sesuatu dijadikan Allah
adalah dengan ukuran dan imbangan.
Di sini terdapat nasihat peri pentingnya
membuat pilihan yang tepat. Namun begitu sebagai insan yang lemah, manusia
tidak tahu apa sebenarnya yang terbaik untuknya. Justeru itu manusia perlu
selalu berdoa agar diberi pertolongan dan pertunjuk untuk membuat pilihan yang
tepat selaras dengan maksud baris Surah Al-Fatihah yang dibaca di dalam solat
“tunjukkanlah kami jalan yang benar”.
Laut juga digunakan didalam menyuarakan falsafah kepimpinan.
Seorang pemimpin, samada seorang ketua negara, seorang ketua kampung, atau
ketua keluarga di anggap sebagai seorang nakhoda yang harus bijak melayari
bahteranya. Ini terdapat di dalam pantun yang dijadikan senikata lagu Lancang Kuning.
Lancang kuning belayar malam
Haluan menuju ke
laut dalam
Kalau nakhoda kurang faham
Alamat kapal
akan tenggelam
Simbolisme perjalanan
laut sebagai perjalanan hidup telah digunakan oleh pemikir-pemikir Islam. Misalnya
Syeikh Abdul Qadir Jailani yang
mengucapkan:
Waspada dan
hati-hatilah kamu terhadap gelombang samudera dunia, kerana tidak sedikit
makhluk yang karam di dalamnya. Ia merupakan samudera
yang sangat dalam, yang mampu menenggelamkan segala-galanya. Hanya sahaja Allah
akan menyelamatkan daripada hempasan gelombang samudera itu (2003:44).
Selain
laut, objek-objek alam seperti pohon atau tumbuh-tumbuhan juga sering digunakan
di dalam pantun.
Terdapat pantun-pantun yang menyebut
bahagian-bahagian pokok misalnya batang, ranting, buah, dan bunga, serta
jenis-jenis pokok, misalnya lalang, padi, langsat, keduduk, dijadikan simbol
untuk menyampaikan makna pantun mengikut sifat dan fungsi bahagian-bahagian
atau jenis-jenis pokok yang berkaitan.
Benih dan percambahan benih mengandungi makna
tersirat, iaitu permulaan sesuatu kejadian. Hal ini dihuraikan oleh Hashim
Awang melalui Teori Pengkaedahan Melayu dari perspektif Pendekatan Firasat. Di
dalam pantun ia sering ditafsirkan sebagai wujudnya kasih sayang sesama insan dan kasih sayang
Allah terhadap hamba-hambanya.
Terbitlah
fajar menjelang subuh
Murai berkicau terang cuaca
Kalau tanaman sudi tumbuh
Masakan bumi tidak terima.
(senikata
lagu Serampang Lapan)
Pantun
di atas menggambarkan tanaman yang tumbuh. Percambahan dan pertumbuhan benih
menjadi pokok baru adalah satu kejadian dan perubahan yang berlaku pada alam.
Ia adalah penanda kepada kesuburan bumi. Di dalam pantun ini percambahan benih
dijadikan petanda kepada tumbuhnya perasaan kasih sayang lalu membawa nada
gembira iaitu cinta yang dinanti-nanti atau cinta yang berbalas.. Kegembiraan
dibangkitkan oleh suasana yang terdapat di dalam dua baris pembayang :(
terbitlah fajar menjelang subuh/murai berkicau terang cuaca). Terbitnya fajar
adalah kejadian alam yang menjadi penanda bermulanya suatu hari yang baru.
Matahari akan muncul dan keadaan akan menjadi cerah. Hal ini bersesuaian dengan
maksud yang tersurat dan tersirat iaitu
jika orang sudi menanam kasih sayang terhadap dirinya maka dia akan
menyambutnya dengan penuh rasa bahagia. Pemantun menyifatkan dirinya sebagai
tersangat bahagia bila tumbuhnya kasih sayang .
. Perlambangan bumi yang
ditumbuhi biji benih terdapat di dalam Al-Quran sebagai hati yang lembut dan
disirami oleh cahaya pertunjuk manakala hati yang tidak ditumbuhi kasih sayang seperti bumi yang
kering kontang.
Penggunaan simbol
benih dan tumbuh-tumbuhan adalah penciptaan karya yang selaras dengan Al-Quran
kerana terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menyebut tumbuh-tumbuhan
sebagai amthal atau misal
perbandingan. Hal ini mempengaruhi
pemikiran kreatif pencipta-pencipta pantun Melayu seperti yang menjadi
tonggak Teori Pengkaedahan Melayu. Al-Quran menyebut bahawa antara bukti
kekuasaan dan kasih sayang Allah ialah pemindahan benih yang membolehkan proses
percambahan pokok: Hal ini terdapat di dalam ayat yang bermaksud, “Dan Kami
hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih. Yakni angin itu membawa
awan yang mengandungi air hujan, angin juga membawa debu bunga jantan kepada
bunga betina, dari sebatang pokok ke pokok yang lain, dari hasil pertemuan itu
lahirlah buah-buahan” (Surah al-Hijr, ayat 22).
Percambahan pokok juga adalah bukti rahmat Allah seperti
diterangkan oleh ayat yang bermaksud: “Dan sebagai bukti untuk mereka ialah
bumi yang tandus Kami hidupkan dan Kami keluarkan daripadanya biji-bijian. Lalu
mereka makan daripadanya.” (Surah Yaasiin, ayat 33-35)
Pemikir-pemikir Islam juga
menyifatkan hati yang tidak memiliki perasaan kasih sayang seperti tanah yang
tidak ditumbuhi tanaman:
Jika hati lunak, mempunyai rasa belas kasihan dan
kasih sayang, maka keimanan akan tumbuh di dalamnya. Sebaliknya jika hati itu keras,
kejam dan kasar, maka ia tak ubahnya bagaikan tanah yang tandus dan gersang,
sedangkan tanah yang tandus dan gersang itu tidak akan ditumbuhi oleh
tumbuh-tumbuhan” (Syeikh Abdul Qadir Al Jailani 2003: 387).
Selain
benih, pantun Melayu turut menggunakan kata dahan dan ranting. Dahan adalah
lambang keteguhan manakala ranting lebih mudah patah dan gugur ke bumi. Dahan
yang teguh menjadi tempat berteduh.
Justeru itu manusia mencari dahan untuk berteduh atau menjamin
keselamatan diri. Walau bagaimanapun ada
kalanya adalah sukar untuk terus mendapatkan sesuatu yang dihajati, oleh
itu disarankan agar merancang dan
melakukan pekerjaan dan sistematis.
Seandainya tidak berjaya mendapatkan sesuatu yang besar , cubalah
mencapai yang lebih kecil dan lebih mudah. Hal ini diibaratkan jika tidak dapat
menangkap dahan, cubalah menangkap ranting terlebih dahulu.
Anak rusa lari ke pekan
Mati ditembak datuk penghulu
Tiada kuasa menangkap dahan
Menangkap ranting cuba
dahulu
(pantun senikata lagu Serampang Lapan.(nyanyian Abdullah Chik
dan Nona Asiah)
Pantun ini jelas
memperlihatkan hubungan sebab dan akibat. Dua baris pembayang maksud
menceritakan perihal anak rusa yang lari ke pekan lalu mati ditembak oleh Datuk
Penghulu. Anak rusa lari ke pekan ialah satu perlakuan yang luar biasa. Anak
rusa yang secara tabii berada di hutan
telah keluar berlari ke pekan. Akibat dari perlakuan yang bertentangan itu
telah berlaku tragedy iaitu anak rusa ditembak oleh Datuk Penghulu. Dua baris
pembayang maksud itu adalah kejadian yang perlu diambil iktibar terutama di
dalam mencapai kejayaan dalam sesuatu pekerjaan. Ia juga menasihati agar
mengukur kemampuan diri. Jika ‘tidak kuasa menangkap dahan” cubalah dulu untuk
menangkap ranting. Pantun ini memperlihatkan bagaimana setiap kejadian menjadi penanda yang perlu diambil iktibar
dan dijadikan pengajaran.
Hari
ini kita berbangga kerana masih ada kesedaran dari penulis-penulis lirik untuk
mencipta lirik yang mengarah kepada pembinaan jatidiri dan menjunjung adat
pusaka. Lirik lagu ini dalam bentuk pantun yang memperkatakan
kepentingan menjaga adat resam sebagai pembentuk peribadi mulia. Lirik
diperindahkan dengan penggunaan peribahasa dan metafora dari unsur alam.
Zapin Pusaka (Noraniza Idris)ciptaan Fadzil Ahmad
Penulis Lirik : Megamutiara
Salam bertaut di
anjung hari
Madah dan pantun hajat meneman
Malam disambut perenung diri
Kata tersusun buat pedoman
Madah dan pantun hajat meneman
Malam disambut perenung diri
Kata tersusun buat pedoman
Walau di mana bumi kan dipijak
Tetap di situ langit kan dijunjung
Tetap di situ langit kan dijunjung
Secangkir susu belum
dipinta
Sudah sedia di atas dulang
Fikir dahulu sebelum kata
Lidah berbisa bukan kepalang
Sudah sedia di atas dulang
Fikir dahulu sebelum kata
Lidah berbisa bukan kepalang
Walau di mana bumi kan dipijak
Tetap di situ langit kan dijunjung
Tetap di situ langit kan dijunjung
Perawan kampung petik
cempaka
Di petang redup lalu berseri
Jangan dicanggung adat pusaka
Sepanjang hidup malu sendiri
Di petang redup lalu berseri
Jangan dicanggung adat pusaka
Sepanjang hidup malu sendiri
Walau di mana bumi kan dipijak
Tetap di situ langit kan dijunjung
Tetap di situ langit kan dijunjung
Mana kemudi patah
dikerat
Berapa luas biduk kelana
Binasa budi padah melarat
Kerana emas sanggup dihina
Berapa luas biduk kelana
Binasa budi padah melarat
Kerana emas sanggup dihina
Walau di mana bumi kan dipijak
Tetap di situ langit kan dijunjung
Tetap di situ langit kan dijunjung
Di bawah ini ialah contoh unsur syair yang digunakan di dalam
Boria semasa:
Lirik Lagu Boria Anak Tanjung -
Boria Pulau Pinang
Kalimah bismillah bermula kata
Alhamdulillah bersyukur kita
Perihal Pulau Pinang tajuk cerita
Boria Anak Tanjung membawa berita
*
Lainlah buluh lainlah parang
Lain dahulu lain sekarang
Perubahan Pulau Pinang yang cukup terang
Boria Anak Tanjung cuba menerang
Rakyat sekarang pesat pembangunan
Kembang ekonomi mengikut susunan
Bangunan indah kiri dan kanan
Pemimpin berdedikasi memainkan peranan
(Ulang *)
Rakyat hidup berbilang bangsa
Tolong menolong setiap masa
Menabur bakti membuat jasa
Aman damai hidup selesa
Kalimah bismillah bermula kata
Alhamdulillah bersyukur kita
Perihal Pulau Pinang tajuk cerita
Boria Anak Tanjung membawa berita
*
Lainlah buluh lainlah parang
Lain dahulu lain sekarang
Perubahan Pulau Pinang yang cukup terang
Boria Anak Tanjung cuba menerang
Rakyat sekarang pesat pembangunan
Kembang ekonomi mengikut susunan
Bangunan indah kiri dan kanan
Pemimpin berdedikasi memainkan peranan
(Ulang *)
Rakyat hidup berbilang bangsa
Tolong menolong setiap masa
Menabur bakti membuat jasa
Aman damai hidup selesa
PENUTUP.
Puisi Melayu Tradisional khasnya yang
disebarkan melalui lagu-lagu atau nyanyian dapat menyampaikan nasihat dan
panduan hidup bagi mempengaruhi minda dan membina keperibadian bangsa. Usaha
hendaklah dijalankan untuk membanyakkan rakaman lagu-lagu rakyat yang berisi
pantun-pantun nasihat. Di sana sini masih ada pengamal pengamal Puisi Melayu Tradisional yang patut disokong
dan diberikan tunjangan untuk meneruskan kegiatan mereka. Kita faham sesebuah
university sedia mengeluarkan dana ratusan ribu untuk kerja-kerja penyelidikan termasuk
ke atas lagu-lagu rakyat dan PMT yang masih bertaburan. Semua ini adalah
bertujuan untuk mengumpul dan menyelamatkan khazanah budaya.
Usaha untuk menyelamatkan khazanah budaya ini
sepatutnya diiringi dengan menyediakan peruntukan untuk memberi tunjangan
kepada para pengamal agar mereka dapat menjalankan kegiatan. Sekarang ini ada
yang mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk ke sana ke mari. Mereka patut
dilantik ke universiti-universiti (misalnya sebagai Karyawan Tamu) yang dapat
mendampingi mahasiswa-mahasiswa menjalankan kegiatan sambil member pendidikan
secara formal atau tidak formal di dalam bidang ini walaupun mereka tidak
mempunyai ijazah, Sarjana, apatah lagi Ph.D.
Universiti Malaya misalnya boleh berbangga
dengan tradisi melantik pelukis-pelukis
sebagai Karyawan Tamu (Profesor Diraja Ungku Aziz melantik Ibrahim Hussein,
1971-1978).dan membantu mempromosi karya pelukis-Mengikut Naib Canselor UM
sentiasa komited untuk memupuk proses penghasilan karya seni lukis yang
bermutu. Beliau pernah berucap “Seni berperanan penting dalam pembangunan
manusia malahan boleh dianggap sebagai agen perubahan masyarakat. Melalui seni
juga dapat dibentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan dan
tidak mengabaikan nilai-nilai estetika dan moral yang menjadi asset penting
dalam pembangunan Negara.
Kita menyanjung
kemurahan hati ini, dan berharap seniman-seniman kreatif yang lain termasuk penulis kreatif akan
menerima limpahan peluang yang sedemikian.
pelukis.
Maaf sebelumnya nama saya Valeria Armita Rahayu TKI dari Hong-Kong jika lewat Tempat ini saya menceritakan kisah hidup saya niat saya hanyalah semata ingin berbagi tapi semua tergantung Anda percaya atau tidak yg jelasnya ini kisah nyata saya...
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah kini saya bisa menghirup udara segar di indonesia karnah sudah sekian lama saya ingin pulang ke kampung halaman namun tak bisa sebab,saya harus bekerja di negri orang (HongKong) karna ada hutang orang tua yang harus saya lunasi...Singkat cerita namun saya tidak pusing lagi sebab kemaring saya di berikan Info oleh seseorang yang tidak saya kenal,katanya kalau mengalami kesulitan baik dalam Kesehatan atau Ekonomi,Terlilit hutang silahkan minta bantuan sama MBAH WIRANG di Nomer telfon ( 082_346_667_564 ) di jamin bantuan beliau 100% …Jadi saya beranikan diri menghubungi beliau dan menyampaikan semua masalah saya dan alhamdulillah saya bisa di bantu,,,Singkat cerita kini semua hutang orang tua saya sama rentenir semua sudah terlunasi dan punya modal besar untuk buka usaha di indon dan rencana bulan depan saya balek ke indon...
Jadi buat yang pengen seperti saya silahkan hubungi MBAH WIRANG di nomer ( 082_346_667_564 ) Anda tidak usah ragu akan adanya penipuan atau hal semacamnya sebab saya dan yg lainnya sudah membuktikan keampuhan bantuan beliau mungkin sudah waktunya giliran Anda...salam saudara-saudari TKI semua...
Museumpoker agen poker online terbaik Indonesia deposit termurah hadir memberikan layanan taruhan permainan online hingga 11 jenis permainan. Rating kemenangan tertinggi tanpa adanya robot serta admin.
ReplyDelete11 Permainan Dalam 1 Akun
* Poker
* DominoQQ
* Bandar Ceme
* Ceme Keliling
* Capsa Susun
* Super10
* Omaha
* Blackjack
* Superbull
* Capsa Susun (New Versi)
* QQ Spirit
Promo Terbaru MuseumPoker
- Bonus Deposit Harian
- Deposit Via Pulsa Telkomsel & XL / Axis
- Bonus Deposit New Member 20%
- Bonus Mingguan 0.5%
- Bonus Jackpot
Daftar Poker Online
Kontak Resmi
WA : +6282267932581
LINE : museumpoker
Telegram : +6282267932581
Keuntungan Poker Via Linkaja
Agen Poker Online Resmi
Situs IDN Poker Resmi
شركة عزل اسطح بجدة
ReplyDeleteشركة انشاء مسابح بجدة
شركة تسليك مجاري بجدة
شركة تسليك مجاري بالمدينة المنورة