PEMBINAAN
METAFORA DALAM BAHTERA BAHASAKU.
Oleh
Zurinah Hassan
Adi
Badiozaman Tuah, Bahtera Bahasaku.Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,2016.
Metafora: Kamus Dewan memberi erti metafora sebagai “Pemakaian
kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud
yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan.”
Mengikut Owen Thomas (1969) metafora ialah “ A means of expressing one thing in
term of another” atau yang diterjemahkan oleh Rahman Shaari sebagai “pernyataan
sesuatu dengan menyebut yang lain (Rahman Shaari: 1993:1).
METAPHORE:
meta dan phore . Meta
bererti perrtukaran atau peralihan (sense of change of position or condition) dan
Phore bermaksud pembawa atau bearer Di sini maksudnya perubahan dan peralihan
yang telah berlaku kepada makna perkataan disebabkan penggunaan sesuatu
perkataan yang menjadi Pembawa peralihan tersebut.
Perbandingan
dua perkara yang berlainan atau berbeza, tetapi mempunyai persamaan hanya di
dalam konteks yang dibandingkan. Sebagai contoh, pulau dan impian adalah dua
perkara yang berbeza, tetapi mempunyai persamaan di dalam konteks kedua-duanya
adalah jauh dan memerlukan usaha penyair untuk sampai ke sana. Dari kaitan ini
terciptalah metafora‘pulau impian’ Metafora
telah digunakan sejak awal sejarah kehidupan manusia. Manusia menggunakan
metafora untuk memberi keterangan tentang sesuatu yang abstrak atau sesuatu
konsep yang baru dan sukar untuk diterangkan. Cara yang terbaik ialah
mengaitkannya dengan sesuatu perkara yang konkrit , atau fenomena yang dikenali
dan mudah difahami oleh masyarakat.
Metafora
juga terbentuk dengan adanya tindakan untuk membandingkan sesuatu konsep atau
abstraksi dengan sesuatu yang konkrit dan lebih dekat atau lebih dikenali oleh
masyarakat. Objek alam merupakan sumber metafora yang terpenting (Zurinah
Hassan, 2001). Penyair amat akrab dengan alam seperti laut, sungai, gunung,
awan , hujan dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Sehubungan dengan itu, H.B.
Jassin pernah menulis, “Seniman yang halus perasaannya sangat rapat hubungannya
dengan alam sekitar. Dalam angan-angannya alam itu hidup juga dan
tumbuh-tumbuhan, batu-batu dan bunga-bungaan baginya ialah makhluk yang bernyawa
(H.B.Jassin. 1968:114)
Penciptaan
puisi dengan penggunaan alam sebagai metafora ini adalah merupakan penciptaan
yang berlandaskan Al-Quran, kerana kitab suci Al-Quran juga diturunkan dengan
mengandungi perumpamaan dan misal perbandingan terutama yang dikaitkan dengan
unsur-unsur alam. Al-Quran menggunakan perlambangan atau Amsal yang diertikan
sebagai “menyerupakan sesuatu dengan sesuatu yang lain dan mendekatkan sesuatu
yang abstrak dengan sesuatu yang inderawi (konkrit)” (Ahsin W. Al-Hafidz, 2005:24).
Kitab suci Al-Quran juga diturunkan dengan keindahan ayat-ayat yang mengandungi
metafora dan misal perbandingan daripada objek-objek alam. Bahkan, Allah SWT
berfirman dengan jelas tentang penggunaan unsur
Bahtera Bahasaku yang
menjadi judul kumpulan ini adalah sebuah metafora yang mengumpamakan bahasa
sebagai perjalanan menaiki bahtera dan tentunya menempuh laut yang berombak dan
badai. - perjalanan diri dan perjalanan kehidupan.
Alam amat penting di dalam proses
kreatif
Proses kreatif
telah berlaku melalui pertemuan penyair dengan alam, iaitu melalui proses interaksi, interpretasi, dan integrasi dengan
alam.
Memberikan
anggota tubuh badan manusia
Ia merangkak
Dengan lidah terjulur
Dengan dada penuh nanah
Dan menyanyi
(sajak Sungai Kelang,
Latiff Mohidin)
Memberikan
sifat-sifat yang lazimnya ada pada manusia spt penyayang, sabar, pengasih,cemburu,
setia kpd objek alam
Pantaiku Shamsuddin
Jaafar
Senja ini kita bertemu
Panmtaiku yang setia
Selamanya aku mengenangmu
dalam mimpi
Betapa kesetianmu tak
berubah
Dharmawijaya (peny>)
Lafu Kehidupan 1983:230)
melakukan
perbuatan manusia, misalnya sekelopak bunga menanti fajar pagi di dalam sajak
“Pengemis” oleh T.Alias Taib.
Dari peluhnya
Terpercik harapan
Bagai sekelopak bunga
Menanti fajar pagi.
Maarof (peny.) Bahasa
Alam 1983:82)
Teratai
Suatu malam
teratai ditanam
dalam tenteram
suatu subuh
teratai tumbuh
penuh angkuh
suatu senja
teratai dibelai
penuh mesra
suatu waktu
teratai layu
tiada sedu.
Kuala Tatau 71
Puisi
ini dengan jelasnya membicarakan tentang teratai. Pada rangkap 1 pembaca
mendapat maklumat teratai ditanam di tengah malam Maklumat ini mungkin sahaja
merujuk kepada bunga teratai yang literal. Teratai ditanam, teratai dibelai dan
akhirnya teratai layu. Ia ditanam, tumbuh dan kemudian layu. Hal ini adalah
proses yang biasa. Namun begitu rujukan literal
beralih beralih menjadi rujukan
metaforikal. Tetapi”meta” kepada
rujukan berlaku dan pembawa meta
tersebut berada pada rangkap kedua
iaitu perkataan “angkuh”. Sifat angkuh ialah sifat manusia sedangkan
bunga teratai tidak memiliki sifat-sifat tersebut. Maka apabila tiada logika berlakulah metafora. Dua
unsur alam yang mendominasi perkembangan puisi ini ialah unsur tumbuhan, (
teratai) dan unsur peredaran hari iaitu malam, subuh dan senja.. Di sini
terdapat pemberian sifat manusia kepada teratai iaitu angkuh. Teratai melalui
peredaran hari hingga ke senja bila ia dibelai penuh mesra. Namun suatu waktu
teratai layu tiada sedu. Teratai yang tumbuh harus berhadapan dengan proses
kelayuan. Ini berlaku pada suatu waktu atau bila2 waktu yang tidak dinyatakan
atau disebut secara spesifik samada siang atau malam, subuh atau petang,
Rujukan metafora yang dibawa oleh kata “angkuh” dihubungkan dengan sifat
fizikal bunga tersebut yang cantik dan cenderung kepada kesombongan. Setelah teratai
beralih kepada rujukan metaforikal dengan kata angkuh maka seluruh rujukan yang
lain seperti menanam, tumbuh, peredaran hari malam, subuh dan senja juga beralih
kepada rujukan metaforikal. Sajak ini juga mengandungi elemen perasaan seperti
“harapan” iaitu harapan si penanam dalam menumbuhkan teratai, kasih sayang yang
disampaikan melalui “membelai”.. Namun Teratai
yang tumbuh menghadapi saat layu. Kelayuan itu adalah akibat daripada sifat
angkuh .
Penggunaan waktu
seterusnya ditemui dalam “Kedatanganku”
(4)
suatu senja
aku datang
bertandang
darah bergulung
hati kosong
dada terbuka
terketar rasa
meminta-minta
Perjalanan
hari yang disejajarkan dengan perjalanan diri terdapat dalam sajak Malam ( 51)
dan Malam II (55). Dalam Malam , waktu
malam menjadi waktu yang memberi kebebasan untuk berimaginasi dan mengekspressi dengan lebih kreatif. Namun begitu perkiraan utama ialah kepada
“waktu yang singkat dan terhad yang menuntut seseorang untuk cepat bertindak.
kerana tanpa
pamitan
kuketuk pintu
kamarmu
..............................
menari dan
menyanyi
mencari dan
mengejar bayang sendiri
dari sudut ke
sudut
di atas sebuah
pentas kosong
tanpa muzik dan
lagu
tanpa pengarah dan
penonton
Penyair
mentafsir erti kesingkatan
perjalanan malam. Di sini berlaku proses
interpretasi (mentafsir). Proses pembinaan metafora berlaku dengan memberi
unsur perasaan kepada malam, iaitu sifat setia. “malam, dalam dakap setianya “
Penyatuan atau integrasi antara perjalanan
malam dan perjalanan diri disebut pada baris:
dengan kesementaraan kehadiranmu
dan keterhadan ruang pergerakanku
Malam
11
semakin terasa keterasingan diri
di tengah-tengah dasarmu
bila subuh sudah begitu hampir
dan jawapan belum juga ada
bagi soalan bisu yang lama itu juga
tentang erti kewujudan, cinta dan rindu
satu kembara yang tidak pernah menemukan
ketetapan
kerana keterhadan ruang dan daya fikir
apabila terpenjaranya jasad dan perasaan
di kamar usang dan sempit ini
dan jawapan belum juga ada
bagi soalan bisu yang lama itu juga
tentang erti kewujudan, cinta dan rindu
kerana keterhadan ruang dan daya fikir
apabila terpenjaranya jasad dan perasaan
di kamar usang dan sempit ini
di tengah-tengah lautan sepi
yang dan semakin menjadikan diri lebih
terasing
dalam hilir mudik gerak arus kali waktu
bila sampai di perhentian ini
masih belum juga mempunyai kekuatan
untuk menjadikan dirimu seorang teman
buat berbicara dan bermesra.
Lagu Malam
(16
lihat itu bulan pucat
sepi menghantu di kejauhan sana
bebayang hitam daunan menari
MALAM
BUTA
ada mimpi tua
di pondok tua
pada malam buta
tidak bersayap
merebah mimpi di atas atap.
Selain
sajak-sajak yang disebut di atas, unsur waktu terdapat di dalam sajak-sajak
lain . Dalam Puisi (53) “Katakanlah Malam Sepi Ini di Manakah Puncanya Rindu
Ini di Manakah Akhirnya (54).
Citra perjalanan
juga terdapat dalam sajak Dalam
Perjalanan (27), membawa gambaran
perjalanan diri. Penyajak memperkatakan tentang perjalanan dan hubungan yang
“terlalu payah” dalam perjalanan semakin jauh terasa kau tidak akan hilang
seakan bayang sendiri Citra perjalanan dibina dengan imej mengejar kaki yang
berlari dari ruang ke ruang, ke muara dan pulau.
Antara
sajak yang agak lama saya kenali ialah Tasikmu Tidak Akan Berkocak (40).
Waktu Senja di Pantai Aku
Mencari Erti Kewujudan (43)
“Waktu Senja di Pantai
Aku Mencari Erti Kewujudan II” (44)
kira kau mahu tahu juga
sekembalimu nanti
dari perjalanan yang jauh
yang aku tahu hampir menemui noktahnya
pasti sekali di sini
telah kupesan pada laut, kerikil dan pasir
untuk menyanyikan puisi rinduku
kira kau masih mahu tahu juga
mengapa pelabuhan terlalu sepi
dan aku tidak ada menantimu
untuk menghadiah sekalung bunga
mengertilah
penantian yang terlalu lama dan amat
menyeksa
telah membunuh kepercayaan
dan menghancur hati seorang perempuan.
aku sudah tidak kuasa lagi membilang
tempat
persinggahan dalam perjalanan ini
terlalu sementara untuk bermakna
sedang aku lebih dari mengerti
yang
kekal adalah pelabuhanmu
aku sudah tidak kuasa lagi membilang
tempat
persinggahan dalam perjalanan ini
terlalu sementara untuk bermakna
sedang aku lebih dari mengerti
yang
kekal adalah pelabuhanmu
Imej perjalanan laut menjadi metafora yang
ketara dalam sajak Kembara Ini (57).
telah kita harungi lautan ini
bersama perahu usang
melawan badai dan arus
yang tidak pernah mahu bersimpati
dan ingin memahami
erti pelayaran yang belum selesai
dalam mencari pelabuhan dan
tempat singgahan yang belum bernama
untuk diijabkabulkan
dengan semangat waja
dalam satu kembara bernama hidup
Metafora dari alam
lautan terdapat dalam sajak-sajak lain, misalnya Waktu Senja di Pantai Aku Mencari Erti Kewujudan (III)(59)
pantai,
aku pun mencari jejak-jejak semalam
di dadamu
antara pasang surut air laut
berlarian antara kerikil-kerikil tajam
memberanikan diri untuk minta diterima
dalam kewujudanmu
duduk dan bercermin di permukaan laut
antara sisik-sisik ombak dan buih-buih
melihat wajah-wajah retak
Jeti
Tua, Sampan Kolek dan Sebuah Kampung (86).
i
Jika jeti menjadi
tempat berangkat, maka sampan kolek adalah kenaikannya yang pertama dalam
perjalanan meneroka zaman.
sampan kolek
adalah peneroka zaman
pesisir waktu
mengharungi lautan hidup
memuat dan memunggah pengalaman
pada setiap tempat singgahan
bernama usia
betapa
kita telah didewasakan
oleh
air laut, hujan malam, dan gerimis senja
setelah
sekian lama dalam kembara
( Pertemuan
111 (67))
Erti Dewasa (87)