Wednesday, October 26, 2016
Friday, August 19, 2016
Sunday, June 26, 2016
Zurinah
Hassan ialah Sasterawan Negara Malaysia yang ke 13 dan sasterawan wanita
pertama yang dianugerahi gelaran tersebut.
Selain itu beliau menerima Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write
Award ) pada 2004 dan Hadiah Puisi Sunthorn Phu (Hadiah Puisi Negara ASEAN)
pada 2013. Zurinah menulis dalam pelbagai genre dan hingga kini menghasilkan
kumpulan puisi, kumpulan cerpen, novel, kajian sastera dan memoir. Walaupun
lebih dikenali sebagai Penyair, Zurinah juga pernah memenangi Hadiah Sastera
Perdana, Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Buku Perpustakaan Negara untuk cerpen
dan memoir. Karyanya telah diterjemahkan
ke beberapa bahasa, misalnya bukunya Menghadap ke Pelabuhan telah terbit dengan
terjemahan Bahasa Inggeris, Bahasa Spanish, Bahasa Russia dan Peranchis.
Zurinah
Hassan dilahirkan pada 13 Jun 1949 di Alor Setar, Kedah, mendapat pendidikan
awal di sekolah Melayu Tikam Batu, Sekolah Convent Sungai Petani dan Sekolah
Sultanah Asma Alor Setar sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kanan
Penerangan, menjadi tenaga Pengajar di Universiti Malaya dan Universiti Sains
Malaysia selain Karyawan Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Zurinah
memperolehi ijazah Sarjana dari UPM dan Ph.D dari Universiti Malaya. Beliau
dianugerahi Bintang Kebesaran Darjah Setia Diraja Kedah pada 2013.
Nama : ZURINAH BINTI HASSAN
Gelaran : SN Datuk Dr.
Tarikh Lahir : 13
Jun 1949
Tempat : Bakar Bata, Alor Setar, Kedah
Alamat Tetap : No.2, Jalan
Pinggir, 8/1L, Seksyen 8,
40000
Shah Alam, Selangor.
E-mel : zurinahhassan@gmail.com
Blog : Interprestasi/ On Malaysian
Literature
PENDIDIKAN
ii.
Menyambung pendidikan rendah di Sekolah Inggeris Sungai
Layar – Special Malay Class (1961-1963)
iii.
Memasuki sekolah menengah di Sekolah Convent Sungai
Petani (1964-1966)
iv.
Meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah
Sultanah Asma, Alor Setar (1967-1970)
v.
Melanjutkan pelajaran ke Universiti Pulau Pinang
(sekarang Universiti Sains Malaysia) dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera
(Kemanusiaan) pada tahun 1974 (1971-1974)
vi. Melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti
Putra Malaysia dan mendapat Ijazah
Sarjana pada tahun 2001 (1998-2001)
vii. Menyambung pelajaran ke peringkat kedoktoran di
Universiti Malaya dan berjayamemperoleh Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 2008
(?-2008).
KERJAYA
i.
Pegawai Penerangan di Jabatan Penerangan, Kementerian
Penerangan Malaysia
ii.
Ketua Cawangan Pengurusan Maklumat, Kementerian
Penerangan Malaysia
iii.
Karyawan Tamu di Institut Tamadun dan Alam Melayu, UKM
iv.
Pakar Perunding di Akademi Pengajian Melayu, UM
BUKU
KUMPULAN PUISI
1974. Sesayup Jalan. Pulau Pinang: Biro
Penerbitan USM.
1977. Di Sini Tiada Perhentian.Kuala Lumpur:
Pewarna.
1985 Keberangkatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
1988 Kuala Lumpur and Other Places. ?:
Pencetakan Al-Huda.
1994 Pujangga Tidak Bernama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2004 Pesanan dari Gunung Ledang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2005 Salasilah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2000. Nota Waktu (antologi puisi bersama Limm Swee Tin). Kuala Lumpur: Citra
Publishing Sdn. Bhd.
2010. Menghadap ke Pelabuhan/Facing the Harbour.
Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.
2014 Cerita dalam Cerita. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku
Malaysia.
KUMPULAN CERPEN
1989. Meneruskan Perjalanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2004. Menjelang
Pemilihan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
NOVEL
1991. Hatimu Aishah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
BUKU KAJIAN/ESEI
DAN KRITIKAN
1994. Sembilan Cabaran Wawasan 2020. Shah Alam: Pewarna.
1996. Sasterawan Negara Usman Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2003. Memoir
Zurinah Hassan Menjejak Puisi.
Bangi: Penerbit UKM.
2010. Unsur
Alam dalam Puisi Melayu. Bangi:
Penerbit UKM.
2011. Puisi
Melayu Tradisional-Pantun, Syair, Gurindam, Seloka. ?: Pekan Ilmu.
2013. Catatan Perjalanan Seni Zurinah Hassan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.
BUKU TERJEMAHAN
2012. Menghadap ke Pelabuhan/Frente el Puerto. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku
Malaysia. (antologi puisi dengan terjemahan bahasa Spanish)
2013. Menghadap ke Pelabuhan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku
Malaysia. (antologi puisi dengan terjemahan bahasa Rusia)
2014. Menghadap ke Pelabuhan/ ‘Minato ni Tachimukatte’. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku
Malaysia. (antologi puisi dengan terjemahan bahasa Jepun)
2015. Menghadap ke Pelabuhan/En Regardant le Port. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku
Malaysia. (antologi puisi dengan terjemahan bahasa Perancis) Lharmattan Paris
dan ITBM Malaysia.
BEBERAPA TULISAN TENTANG KARYA ZURINAH HASSAN
1. Muhamad Fadzil Yusoff. Kosmologi Dalam Puisi-puisi
Zurinah Hassan. Tesis PhD. Universiti
Putera Malaysia. 2012.
2. Ahmad Kamal Abdullah.
Zurinah Hassan: Jaring dan Siklus Kepenyairannya dalam Ahmad Kamal
Abdullah (peny.) GEJALA: Esei dan
Kritikan Puisi Melayu Moden 1955-1986.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989.
3. Shafie Abu Bakar.
“Zurinah Hassan” dalam Jambak 2.
Ahmad Kamal Abdullah (peny.). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.
4. Susilawati Kamaruzzaman.
“Zurinah Hassan, Zaihasta, Siti Zainon Ismail” dalam Kesusasteraan Melayu Moden 1970-1979.
Penyusun Siti Aisah Murad. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010.
5. Membunga@Siti Meriam Yaacob. “Sajak ‘Salam Perempuan dari
Penjara’ dan ‘Suara Wanita’”. Perisa, Jurnal Puisi Melayu. Jilid 12.2004: 88-91.
6. Lim Swee Tin. “Zurinah Hassan: Kebersahajaan dan Kesederhanaan
yang Mengasyikkan”. Dewan Sastera. Disember 2004: 17-20.
7. Nor Hashimah Haji Jalaludin. “Kepenyairan Zurinah Hassan
Ditinjau dari Sudut Stilistik”. Dewan
Bahasa. Ogos 1985: 579-591.
8. Rahman Shaari. “Sajak-sajak Konfesional Zurinah Hassan”. Dewan Sastera. Disember 2004: 27-29.
9. Ramli Isin. “Kepenyairan Zurinah Hassan yang Tidak Pernah
Putus dan Surut”. Dewan Sastera. Disember 2004: 12-15.
10. S. Jaafar.
“Zurinah Hassan Melulis Itu Satu Tanggungjawab”. Dewan
Sastera. Julai 1986: 18-21.
11. Selina S.F. Lee.
“Unsur Prosa Dalam Puisi-Puisi Manusia dan Wanita Melayu”. Dewan
Sastera. Mac 2000: 22-24.
12. Siti Zainon Ismail.
“Zurinah Hassan Mengangkat Isu Manusia dan Wanita Melayu”. Dewan Sastera. Disember 2004: 21-26.
13. A. Rahman Napiah.
“Unsur Alam Dalam Puisi Melayu Moden Karya Zurinah Hassan” kertas kerja yang dibentangkan dalam Bersama Tokoh Penulis Tanah Air, Zurinah
Hassan, anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
pada 23 November 2011.
14. Arbak Othman.
“Idealisme Budaya dan Jati Diri Bangsa yang Tercalar dalam Puisi Zurinah
Hassan dalam Kumpulan Salasilah”
kertas kerja yang dibentangkan dalam Bersama
Tokoh Penulis Tanah Air, Zurinah Hassan, anjuran Pusat Pengajian Bahasa,
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 23 November 2011.
15. Hamzah Hamdani.
“Menjejak Puisi dan Memoir Zurinah Hassan” kertas kerja yang dibentangkan dalam Bersama Tokoh Penulis Tanah Air, Zurinah
Hassan, anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
pada 23 November 2011.
16. Kamariah Kamarudin.
“Perutusan Muhasabah” dalam Kumpulan Cerpen Menjelang Pemilihan”. Kertas
kerja yang dibentangkan dalam Bersama
Tokoh Penulis Tanah Air, Zurinah Hassan, anjuran Pusat Pengajian Bahasa,
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 23 November 2011.
17. Muhammad Haji Salleh.
“Bahawa Aku Pernah Hidup: Zurinah
Hassan Sebagai Pentafsir Waktu dan Peristiwa” dalam Seminar Kefahaman Budaya ke
VIII. Anjuran bersama Dewan Bahasa dan
Pustaka Wilayah Utara dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan Pelajar
Universiti Sains Malaysia. Dikelolakan
oleh Persatuan Sastera USM pada 18 Disember 2004.
18. Rosnah Alias.
Diri, Keluarga dan Masyarakat Dalam Puisi-puisi Zurinah Hassan. Latihan Ilmiah. Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Sains
Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1989.
19. Shabariah Mohamad Zakwan.
Falsafah Waktu Dalam Puisi-puisi Karya Zurinah Hassan. Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, 1989.
20. Samsina Ab Rahman, Muhamad Fadzil Yusoff. “Pemaknaan Kosmologi Biotik dalam Kumpulan
Puisi Salasilah karya Zurinah Hassan
dari Perspektif Teori Pengkaedahan Melayu”, Persidangan Kebangsaan Alam dalam
Kesusasteraan, 16-17 Julai 2010, Universiti Sains Malaysia.
21. Samsina Ab Rahman, Muhamad Fadzil Yusoff. “Kosmologi Biotik Alam Fauna dalam
Puisi-puisi Zurinah Hassan Menerusi Perspektif Teori Pengkaedahan Melayu”,
dalam Kelestarian Bahasa:Satu Rumpun Satu Ikatan. Penerbit UPM.2011
PETIKAN UCAPAN/KERTASKERJA
Puisi Melayu Tradisional khasnya yang disebarkan melalui lagu-lagu atau nyanyian telah berperanan untuk menyampaikan nasihat dan panduan hidup bagi mempengaruhi minda dan membina keperibadian bangsa. Usaha hendaklah dijalankan untuk membanyakkan rakaman lagu-lagu rakyat yang berisi pantun-pantun nasihat. Di sana sini masih ada pengamal pengamal Puisi Melayu Tradisional yang patut disokong dan diberikan tunjangan untuk meneruskan kegiatan mereka. Seperti yang difahami, sesebuah university sedia mengeluarkan dana untuk kerja-kerja penyelidikan termasuk ke atas lagu-lagu rakyat dan PMT yang masih bertaburan demi mengumpul khazanah budaya. Usaha untuk menyelamatkan khazanah budaya ini sepatutnya diiringi dengan menyediakan peruntukan untuk memberi tunjangan kepada para pengamal agar mereka dapat menjalankan kegiatan.
Kertaskerja Hari Puisi Nasional, PERANAN PUISI DALAM PEMBENTUKAN JATIDIRI BANGSA . Kertaskerja Hari Puisi Nasional, Pulau Pinang.10 Mei 2013
Apakah pentingnya sastera di dalam era dunia tanpa sempadan ini? Sastera kita adalah budaya kita. Itulah jati diri dan akar bangsa. Ketika terlalu leka membina dan mengejar kebendaan, kita lupa sekettika kepada akar bangsa ini. Akibatnya, anak-anak menjadi pohon-pohon yang tidak berakar. Maka mudahlah ditumbangkan oleh angin yang lalu.
Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi, Penerbit UKM, Bangi 2003:275
Sebuah puisi sebagai sebuah karya kreatif membawa pemikiran dan perasaan pengarang yang teradun dalam media bahasa.. Insya Allah selagi dipinjamkanNys kesihatan dan daya kreativiti, saya akan terus berpuisi dengan pegangan sebagai karya kreatif puisi harus membawa unsur posittif, menyampaikan pemikiran yang meninggikan martabat kemanusiaan.
Parakata Untuk Kumpulan Puisi Ceerita Dalam Cerita, Itbm 2014,
Penggunaan unsur alam memperlihatkan bahawa kreativiti penyair Melayu dipengaruhi oleh agama Islam. Dalam aspek ini penyair melihat alam fizikal yang dapat dilihatt, didengar, disentuh, dan dirasai melalui pancaindera manusia sebagai tanda kebesaran Allah. Hal ini adalah selaras dengan peringatan yang banyak terdapat di dalam kitab suci Al-Quran.
Unsur Alam Dalam Puisi Melayu Moden, Ukn Bangi:2010: 1113.
Saturday, June 11, 2016
MEMPERKASAKAN PENULIS WANITA SARAWAK
(Kertaskerja
Seminar/ Expo Buku Malaysia, di Kuching 15 Mach 2016)
Dalam memperkatakan
perkembangan penulis wanita di Malaysia, dua buah buku utama yang sering dijadikan rujukan ialah
antologi Kembang Melati, Pyan Husayn dan
Suhaimi Haji Muhammad (penyelenggara),
Dewan Bahasa dan Pustaka 1982, dan
antologi Mustika Diri, Ahmad Kamal
Abdullah dan Siti Aishah Murad (penyelenggara), Dewan Bahasa dan Pustaka 1994.
Antologi Kembang Melati memuatkan karya tujuh orang penyair wanita iaitu
Salmi Manja, Anis Sabirin, Maimoonah
Haji Omar, Zurinah Hassan, Nor Aini Muhammad, Siti Zainon Ismail dan Zaihasra. Antologi Mustika
Diri melibatkan penulisan dalam
semua genre iaitu puisi, cerpen, drama dan esei sastera. Di dalam Kembang Melati belum terdapat seorang pun penulis wanita
dari Sarawak manakala Mustika Diri mengabadikan satu nama iaitu Ratnawati Jamil yang lahir di Kuching
Sarawak. Beliau menulis sajak, cerpen, drama, esei dan pernah memenangi hadiah
kedua dalam peraduan menulis cerpen kanak-kanak dbp Sarawak (1981). Hal ini memberi gambaran bahawa pertumbuhan
penulis wanita Sarawak boleh dianggap terkebelakang jika dibandingkan dengan Semenanjung
dan Sabah. Dari Sabah penulis2 wanita yang turut menghiasi Mustika Diri ialah Mariam Omar,Obasiah Haji Usman, Sairah Haji Antin,
Siti Hadiah, Siti Rahmah Ibrahim, dan Zaiton Ajmain,
Maklumat seterusnya tentang
penulis wanita Sarawak didapati daripada Hamzah
Hamdani , Sastera Melayu di Sarawak, Dewan
Bahasa dan Pustaka 2004. Buku ini memberi sumbangan besar dalam menggariskan perkembangan
sastera di Sarawak Hamzah telah
melakukan kajian yang menyeluruh dan menulis di bawah pelbagai tajuk
penting.
Dalam buku Hamzah Hamdani ditemui beberapa penulis
wanita. Antara nama-nama yang muncul di peringkat awal ialah Latifah Shebli , Hajijah
Jais, Jamilah Morshidi.
Jamilah Morshidi, menghasilkan kumpulan cerpen
Di Hujung Harapan. (1988), Gadis Bernama Lina (1990) Santubung
Sang Puteri, Buntat Teloh, 2000, Kenyalang Terbang Bebas dbp 1987.
Hajijah Jais menyelenggara kumpulan cerpen Wali
(dbp 1990), yang merupakan antologi pertama memuatkan cerpen cerpen karya penulis
wanita Sarawak, termasuklah Hajijah Jais, Jamilah Morshidi, Lena Piee,
Ratnawati Jamil dan Sarimah Alit. Antara yang pernah membuat resensi terhadap
kumpulan ini ialah Dr. Hazami Jahari. (Walau bagaimanapun ketika penulis berjaya
menghubungi sebahagian penulis untuk mendapatkan keterangan lanjut, ada yang
membuat pengakuan yang mereka tidak berkarya lagi dan merasa tidak
selesa untuk bercakap tentang penulisan.)
LATIFAH
SHEBLI
Latifah
Haji Shebli adalah nama yang penting dalam sejarah pertumbuhan penulis Sarawak, terlakar di arus perdana seiring
dengan Adi Badiozaman Tuah, Saaie Driss,
Zaini Oje, dan lain-lain. Sebagai penyair wanita Latifah mula menulis
seangkatan, malah lebih awal daripada Siti Zainon Ismail dan Zurinah Hassan,
iaitu sejak era Biro
Kesusasteraan Borneo. Menurut Hamzah Hamdani Biro Kesusasteraan Borneo adalah
badan yang bergerak sejak 1959 dan berjasa dalam memberi makna dan kehidupan
kepada pertumbuhan sastera di Sarawak. Hamzah turut menyebut nama Latifah
Shebli sebagai nama penulis yang aktif pada era biro ini. Selain Latifah Haji
Shebli terdapat beberapa nama wanita yang lain seperti Maliah Hj Shebli, Salbiah
Painah, serta pengarang lelaki yang lain termasuk Madzhi Johari dan Ahmad Sabu.
Biro ini menerbit buku dan majalah. Latifah bersama Maliah telah menghasilkan
antologi puisi Kembang Setangkai Layu
Ditugu-.1974.
Selepas
era biro, kehidupan sastera digerak oleh
PEBAS, singkatan kepada Persatuan
Bahasa Dan Sastera Sarawak. Latifah terus
menulis dan menyumbang bakti melalui kegiatan badan penulis khasnya PEBAS, yang
bergabung dengan GAPENA bagi menjayakan Hari Sastera di Sarawak 1974.
Latifah
menonjol di bidang puisi dan telah meraih Anugerah Sastera Sarawak bagi
kategori puisi tahun 2000. Selain puisi,
Latifah juga menulis cerpen dan rencana.
Karyanya tersiar di akhbar dan majalah termasuk
Dewan Sastera, Jendela Sarawak,
Horison, Dewan Siswa.Sabah Times, Daily
Express. Latifah turut memenangi Hadiah
Puisi Kebangsaan Esso-Gapena yang dianjurkan dalam usaha mencari sajak-sajak
yang sesuai dibaca di dalam Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan (SDPHK) yang
telah diadakan sejak tahun 1984. Sajaknya yang terpilih dan turut menjadi teks
SDPHK berjudul “Kita Anak Merdeka” Dalam antologi Malaysia Dalam Puisi, selenggaraan Ahmad Kamal Abdullah dan Ahmad Razali
Yusof, dbp 1991 terdapat sajak Latifah, “Tanah Lahirku”. Sajak Latifah “Aku Menjadi Lebih Berani” turut
dipilih untuk KOMSAS dan dimuattkan dalam antologi Anak Laut.
“Aku Menjadi Lebih Berani” menyatakan bahawa dalam persahabatan
yang lebih penting ialah kejujuran dan keihlasan bukan sifat luaran. Penyajak
berani menghadapi cabaran kerana dia lebih memahami hatinya dan
sahabatnya.
Aku Menjadi Lebih
Berani
Kali ini
kau berbaju
biru
dan bajuku
ungu
sayang,
hanya aku tahu
hatimu
tidak
setulus hatiku
yang
berbaju ungu.
Bila
begini, sebilah pisau aku tidak gentar
sepatah
kata,
bisa, aku
merasa.
Hati dan
rasa mengajarku
aku menjadi
lebih berani.
Dewan
Sastera, September 2011 menyiarkan beberapa buah sajak LS dalam ruangan Penyair Bulan Ini.
Antaranya “Yasin
di Perkuburan”, “sebatang lidah”, “tanah runtuh”, dan lain-lain. Bagi saya yang
paling berkesan adalah puisi yang disiarkan dalam ruangan Ujana Klasik iaitu PANTUN DONGENG SAWARAK
Bismillah cerita dimula,
Bulak cerita bulaklah aku;
Cerita Pak Tua tersangat gila,
Hendak berkahwin Aru Gaharu.
Bulak cerita bulaklah aku;
Cerita Pak Tua tersangat gila,
Hendak berkahwin Aru Gaharu.
Tidur susah menutup mata,
Tidur bergolek di atas papan;
Sehabis nyawa mengumpul harta,
Untuk membeli rantai berlian.
Tidur bergolek di atas papan;
Sehabis nyawa mengumpul harta,
Untuk membeli rantai berlian.
Ejek mengejek cuit mencuit,
Berhari-hari duduk mengata;
Rantai berharga jutaan ringgit,
Berhari-hari duduk mengata;
Rantai berharga jutaan ringgit,
Anak negeri miskin melata
(Dewan Sastera,2011)
(Dewan Sastera,2011)
Penulis Wanita Sarawak Terkini.
Pertumbuhan
penulis wanita di Sarawak pada masa ini memperlihatkan perkembangan yang sangat
pesat. Selepas Latifah nama yang
menonjol ialah Jamilah Morshidi.
Antara yang dihasilkan ialah novel Kenyalang
Terbang Bebas di samping cerpen. Novel ini memaparkan kehidupan orang
Melayu di tebing Sungai Sarawak yang kebanyakannya bekerja sebagai pendayung
sampan.Persaolan utama yang menarik ialah hakisan tebing sungai akibat ombak
yang dibawa oleh kapal-kapal besar yang mengancam rumah-rumah di tebing sungai.
Perkembangan
semasa boleh dianggap satu pertumbuhan yang memberangsangkan. Bilangan penulis
wanita dan bilangan karya boleh dikatakan naik mendadak. Terdapat nama-nama
seperti Rosani Hiplee (puisi), Radzemah Bolhassan (cerpen dan novel) dan Beb
Sabariah (novel) yang melakar warna
kesusasteraan negara menembusi pelbagai media pada peringkat
kebangsaan seiring dengan
penulis-penulis Sarawak seperti Adi Badiozaman Tuah, Jeniri Amir, Jong
Chian Lai, Awangku Merali Pengiran Muhammad, Saie Driss, Zainal Abidin Suhaili
(Abizai), Jais Sahok, Dahiri Saini , Hajijah Jais, Hipani Alwi, Hazami Jahari,
Jaafar Hamdan, Roslan Jomel, Rosani Hiplee, Jaya Ramba dan Poul Nagang dan
ramai lagi,
BEB
SABARIAH
Mungkin yang paling dikenali pada
masa ini ialah Bibi Sabariah kerana novelnya Tirani dipilih sebagai teks KOMSAS. BS mula aktif dalam penulisan
karya kreatif pada tahun 1999 , menulis cerpen, puisi dan rencana’ Mula
berjinak melalui KEPEZI kumpulan Zaharah
Nawawi, menerbitkan antologi cerpen selenggaraan Zaharah Nawawi termasuk Memori Sebuah Rindu terbitan dbp.
antologi pengucapan puisi hari wilayah. Karyanyaaa disiarkan di Mingguan Malaysia, Utusan Sarawak, Dewan Sastera dan Wanita. Pada tahun 2001 meraih Hadiah Penghargaan
bagi kategori Puisi dan menjadi Naib Johan Sayembara Menulis Cerpen sempena 50
tahun DBP
RADZEMAH
BOLHASSAN.
Kegiatan
dan karya yang dihasilkan oleh Radzemah Bolhassan membuktikan bahawa pertumbuhan penulis wanita Sarawak
sedang berkembang pesat dan membanggakan. Radzemah mula menulis pada 1991 dan
kini adalah antara penulis wanita angkatan baru yang sangat prolifik dan sedang
aktif menyumbang kepada perkembangan sastera kebangsaan melalui buku-buku yang
telah diterbitkan. Beliau lebih aktif menulis dalam genre cerpen dan novel di
samping menulis puisi dan rencana.
Setakat
ini Radzemah telah berjaya meraih anugerah:
-
Penulis Harapan Sarawak anjuran PUSAKA Kerajaan
Negeri Sarawak dalam Genre Novel pada tahun 2001
-
Anugerah Sastera Negeri Sarawak 2014 (Kategori
Novel)
Kumpulan Cerpen:
Sajadah Ibadah, ITBM 2013
Sagu, Ikan Salai, ITBM 2013
Bunga Pelake, Pelangi Publishing
2014
Ayun Tibow, ITBM 2015
NOVEL
KARYA RADZEMAH BOLHASSAN
Bil
|
Judul Karya/Buku
|
Media/Penerbit
|
Tarikh Siar/Terbit
|
|
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
|
Kupohon Kemaafan
Menanti Keadilan
KorBan Kasih
Keruh Di Muara
Bukan Kerana Dia
Pertaruhan Naluri
Penghujung Resah
Nilai Sebuah Pengertian
Dahlia
NIlai Kasih
Merisik Cinta
Korban Kasih
Hati Nurani
Mata Hati
Rindu di Aspal Mimpi
Kmiliki Cinta
Kerana Kidjang
Kundai
Misteri Telaga TumBratma
Bulan Ungu dalam Hati
Pelangi di Hati Abah
Citra Warisan-Kerana Payak
Citra Warisan-Rahsia Rh
Pjg Sok
Citra Warisan-Sekiu Oh
Sekiu
Citra Warisan-Kain Tenun
Qaseh
Citra Warisan-Salai Lumek
Iqbal Membina Jaya
Simpang 302
|
Rhythm Publishing
Rhythm Publishing
Rhythm Publishing
Rhythm Publishing
Rhythm Publishing
Rhythm Publishing
Rhythm Publishing
Dewan Bahasa & Pustaka
Utusan Publishing
Utusan Publishing
Utusan Publishing
Utusan Publishing
Tintarona
Dewan Bahasa, KL
Tintarona
Cerdik Publishing
DBP, Kuching
Pelangi Sdn. Bhd
Pelangi Sdn Bhd
Pelangi Sdn Bhd
Pelangi Sdn Bhd
Pelangi Sdn Bhd
Pelangi Sdn Bhd
Pelangi Sdn Bhd
Pelangi Sdn Bhd
Pelangi Sdn Bhd
DBPKL
DBPKL
|
1998
1998
1999
2000
2001
2001
2001
2001
2003
2003
2004
2004
2006
2006
2007
2007
2008
2011
2011
2011
2011
2013
2013
2013
2013
2013
2014
2015
|
|
KEGIATAN
SASTERA
·
Pengerusi Kelab
Penggiat Sastera Sarikei (KEPESSA)
yang
telah ditubuhkan pada tahun 2001 dibawah naungan DBP Cawangan Sarawak
·
Ketua 1 PEKASA
Cawangan Sarikei bermula pada tahun 2011
Novel Radzemah sering bertolak dari latar budaya
khasnya budaya Sarawak dan suku kaum yang unik. Kundai, misalnya memperlihatkan keindahan dan kekayaan seni pusaka
yang dilambangkan oleh sanggul yang diperbuat dengan rambut sendiri. Sanggul
ini diyakini akan menaikkan seri wanita yang memakai. Membuat sanggul itu
sendiri memerlukan kemahiran kerja tangan yang dipelajari dan dipusakai dari
generasi yang lebih tua. Perempuan dituntut untuk bersanggul kemas. Kerana
mengikut kepercayaan kalau gadis membiarkan rambut terurai tidak bersanggul dia
seolah-olah mendoakan kematian ayah ibunya dan kalau sudah berkahwin ibarat
mendoakan kematian suaminya. Memang di dalam masyarakat Melayu anak-anak gadis
dilingkungi oleh pelbagai pantang larang dan kepercayaan. Ada perkara yang sama
dengan komuniti lain dan ada yang terlalu asing. Misalnya ajaran untuk menanam
rambut di perdu pokok pisang untuk melebatkan rambut juga terdapat dalam
masyarakat di mana saya dibesarkan. Namun begitu perkara sanggul yang dibuat
dengan rambut sendiri belum pernah didengari.
Novel Kundai
walaupun mengisahkan perhubungan dan percintaan tetapi membawa mesej kebanggaan
terhadap pusaka warisan. Watak Ahadan memelihara sanggul ibunya yang melambangkan kasih sayang terhadap kesenian
bangsa, manakala Mawar adalah watak gadis yang telah membuktikan kebijaksanaan,
kelayakannya dan kemampuannya untuk mewarisi pusaka dan memikul tanggungjawab
sebagai puteri Sarawak yang berbangsa dan berbudaya
Misteri Telaga Tum Bratma berkisar
kepada kepercayaan penduduk dan pantang larang yang berkait dengan cerita asal
usul kampung. Ia mengisahkan Salihin yang mengidap penyakit misteri, iaitu
sejenis kedal sejak memakan buah nangka. Yang menarik, pengarang tidak
bertujuan untuk menguatkan kepercayaan terhadap pantang orang tua-tua tetapi
bertujuan menempelak sikap takbur anak muda tersebut ketika menunjuk-nunjuk
yang dia berani melanggar larangan yang diwarisi turun temurun.
Satu
lagi warna warisan Sarawak yang mahu dipertahankan ialah keharmonian hidup
dalam rumah rumah panjang. Perjuangan untuk mempertahankan rumah panjang menjadi
intipati novel Rahsia Rumah Panjang Sok.
Sementara itu novel Pelangi Di Hati Ayah memaparkan konflik antara tanggungjawab kepada
keluarga dan tanggungjawab untuk memajukan masyarakat. Konflik berlaku di dalam
keluarga seorang guru yang dihantar mengajar di pedalaman meninggalkan isteri
dan anak-anak untuk menguruskan kehidupan mereka sendiri.
Novel
novel Radzemah Bolhassan juga sering
berkisar tentang kecekalan dan semangat khasnya remaja untuk mencari kejayaan
dalam hidup. Dalam Salai Lumek
diperlihatkan kecekalan dan semangat Kadri, seorang anak nelayan yang sangat sukakan
laut dan bercita-cita menjadi nelayan. Dia akhirnya menjadi nelayan moden yang
Berjaya berkat usaha dan kecekalan menambah ilmu. Kerana Payak memaparkan semangat
seorang budak perempuan bernama Mahani yang dianggap lembam. Dia berjaya memperluaskan perniagaan payak menjadi produk industri
kecil untuk membela nasib keluarganya.
Rosani Hiplee
Rosani Hiplee dilahirkan di Kuching,
Sarawak merupakan Penerima Hadiah Karyawan Harapan Negeri Sarawak tahun 2000,
Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak tahun 1996 (puisi), 2007 (puisi) dan 2010
(puisi & esei kritikan sastera). Beliau meraih Hadiah Sastera Perdana
Malaysia 2009/2010 (puisi eceran). Manakala pada tahun 2014, beliau telah
menerima Anugerah Penulis Sarawak genre Puisi. Karya-karya beliau pernah
disiarkan di akhbar dan majalah tempatan
dan nasional seperti Utusan Sarawak,
Utusan Borneo, Berita Minggu, Berita Harian, Dewan Siswa, Dewan Sastera, Tunas
Cipta, Karya, Dewan Bahasa, Dewan Budaya, Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat,
Tamadun Islam, Turut dimuat dalam antologi Cinta Bersulam Anekdot
dan Risalah Melayu Nan Serumpun, yang
diterbitkan oleh Persatuan Sasterawan Numera Malaysia (2014) dan Antologi Puisi Pangkor 4 (2014) yang diterbitkan
oleh Yayasan Kampung Karyawan Malim. Kumpulan puisi perseorangan ialah Sari Rahsia Terindah (DBP 2006) dan Cinta Perempuan yang Cantik (DBP 2011) dan
Titik! ( ITBM 2014) kumpulan cerpen
pertama berjudul Membusur Jantung
Bidadari (2014).Kumpulan puisi Sepasang Cerita bakal terbit sedikit masa
lagi, sedang dalam proses penerbitannya oleh pihak Institut Terjemahan Buku
Malaysia.
Rosani Hiplee menulis dalam pelbagai
tema.Seperti penyair lain sering mengharapkan kesejahteraan dan jalan untuk
kesejahteraan ialah keikhlasan. Oleh itu
sifat sifat hipokrasi adalah mendukacitakan Ini terungkap dalam sajak Damai Itu
Nyata Indah 5.
Tak
ingin kuberpaling ke wajah hipoklrasi
Segalanya
nyata melukakan
Senyumnya
bergaris sinis
Madahnya berbelah
dursila
batinnya tidak
dekat manusianya sirna jati diri.
Lalu rumput tidak
lagi nyaman dipijak
Langit biru kelam
bercahaya
Angin rakus
merusuh mandala
Matahari bonda
menyusup di horizon jingga
Segalanya angkara
sengketa kata
Bias tujahan kata
iri yang mnghancur susila bangsa.
Dalam
Cinta Hutan Lambir ditemui kecintaan kepada alam dan kehijauan alam. Penyair
melihat deru percik air terjun adalah
bicara alam penuh rahsia.
Gambaran
pendakaian sebagai “berpaut dari pohon
ke pohon”,.membayangkan harapan dan pergantungan kepada alam.
Penyair
merasa terkilan kerana keindahan alam sering dimusnahkan angkara rakus kuasa.
Harapan dan nada yang sama ditemui dalam Kinabalu
Kota Ayu. Perkampungan Di Atas Air.
Sebuah
sajak yang menarik ialah Taman Ini
(8) . Penyair menggambarkan kehidupan Manusia di alam Tuhan yang luas ini
umpama beluncas yang meniti dahan mencari daun-daun muda atau seperti rama-rama
yang merayap dalam rimba yang tebal dan beraneka warna. Beluncas harus waspada dan jangan terlalu
lupa diri sehingga mabuk dengan keenakan daun hijau. Sang rama-rama juga jangan
leka dengan tarian yang bersimpang siur hingga kesesatan dan kehilangan arah
tuju.
di taman ini
pernah ada angin alpa menderu
terhumbanlah diri
ke parit hayat
terkapai-kapai
dalam hanyir nista
putik impian
berbunga dosa
Pulanglah mencari
dan memohon ditunjukkan jalan yang benar.
tapi wangi mimpi
firdausiMu
kembalikan aku ke
alur benar.
Dalam gerismi
rindu nasuha
Kutegarkan kudrat
melayah yakin
Menuju ke taman
impian
Bersama puput
sabda cinta terindah
Hanya kepadaNya.
8
Rosani juga
menulis tema keagamaan kesyahduan Ramadan
Cinta dan kasih
sayang memanusiakan dalam “Jangan Dibunuh Cinta” 10.
keburukan perang
dalam kota di sana.
perang gila cetus
sengsara.
Tema
keagamaan terdapat dalam sajak .Perjalanan Mencari Cinta, Kisah Rubiatul
Adawiyah, Ketika Cinta Bersujud. .
MEMPERKASAKAN PENULIS WANITA SARAWAK
Penulis wanita Sarawak seperti juga penulis
lelakinya, harus melihat kepada kelebihan dan keunikan persekitaran yang boleh
dijadikan bahan berkarya. Sarawak mempunyai banyak bahan warisan dan tradisi
sastera rakyat yang sangat kaya. Semua ini menghidangkan bahan yang boleh dimanfaatkan.
Apatah lagi orang barat sangat gemar kepada unsur-unsur exotic yang dimiliki oleh Sarawak. Di sinilah
dahulu Pangeran Md SAlleh atau Pangeran Shahbandar menulis syair terkenal di
Nusantara iaitu Syair Rakis.Walaupun syair tersebut dikaitkan dengan Brunei,
namun keindahan pantai dan gunung Sarawak inilah yang telah memperkaya ide dan
memperindah lenggok bahasanya.
Penulis wanita Sarawak harus lebih bersedia untuk
membuka minda, meluaskan interaksi dengan penulis lelaki dan wanita di seluruh
negara maupun di arena antarabangsa.