Assalamualaikum kawan-kawan,
Hari Ahad, 11 Februari, saya membaca tulisan Siti Jarum di Mingguan
Siti Jarum bercerita tentang orang sukan yang bergaya sakan dengan hadiah ganjaran yang diberikan oleh negara bila mereka berjaya meraih tempat di peringkat antarabangsa. Hadiah itu bukan calang-calang hadiah. Wang RM beratus-ratus ribu. Hal ini memang perkara biasa. Ahli sukan dianugerahi wang ringgit beratus-ratus ribu dan macam-macam. Ingat lagi tak Misbun Sidik dan adik-adiknya yang mendapat tanah berekar-ekar dari kerajaan Selangor yang makmur dan pemurah itu?
Lalu Siti mengeluh kerana ahli-ahli seni (maksudnya pelakon-pelakon dan pembuat-pembuat filem) yang tak diberikan ganjaran setinggi itu bila mereka menang award di peringkat antarabangsa. Khalid Saleh dan Rosyam Nor misalnya pernah terima award festival internasional (sekurang-kurangnya untuk wilayah
Siti Jarum memang benar. Tapi Siti, nasib orang-orang seni filem dan seni-seni lain tidaklah seburuk nasib orang sastera. Orang filem, penyanyi dan apa saja yang berurusan dengan dunia glamour dan dunia hiburan berpeluang mendapat macam-macam hadiah.
Tapi pernahkah anda dengar orang sastera dapat sebanyak itu?
Hadiah Sastera Perdana, dulunya dikenali sebagai Hadiah Sastera
Wang hadiah dinaikkan ke seribu sekarang ini. Itu pun orang nak komplen. Saya sendiri dengar. Satu hari akhir tahun 2004, beberapa hari selepas dapat hadiah, saya pergi UM nak dengar Syarahan Perdana Rahman Shaari. Rasa lapar pula lalu ke kantin. Order makanan. Baru suap ke mulut, tiba-tiba datang seorang Profesor dan berkata, “kerajaan banyak bagi duit pada sasterawan, apa faedahnya?” Masya Allah, tercekik saya.
.
Saya tak sangka. Sebagai orang intelektual dia sepatutnya sokong. Tak
Kita juga selalu berbincang tentang anak-anak muda kita yang lebih cenderung ke hiburan. Kita kata ini gejala tak baik kerana mereka sepatutnya mengutamakan ilmu. Tapi kita bagaimana? Adakah kita memberi contoh teladan yang baik? Kalau kita sendiri mengagung-agungkan hiburan, bagaimana nak mendidik generasi muda agar mencintai amal dan ilmu? Lihat, siapa yang mengagungkan dunia glamour dan hiburan? Ramainya penghibur yang dapat anugerah datuk. Hingga tak sampai 30 tahun pun dah dapat datuk. Ramai penulis tak dapat apa-apa sampai ke tua. AMN pun tak ada.
Bila diadakan sesuatu seminar sastera dan pemikiran, para pembentang kertaskerja pun dipanggil memerahkan otak untuk menyebarkan buah fikiran. Mereka pun dibayar sekitar RM300 atau RM400. Okay lah konon. Tetapi sebelum berseminar biasanya diadakan majlis perasmian. Di situ biasanya ada sedikit hiburan. Seorang dua penyanyi akan dijemput dan dibayar sekurang-kurang RM 2-3 ribu.
Tak pa lah, apa nak buat. Sasterawan tulen akan terus menulis tak kira ganjaran. Cuma malangnya Hadiah Sastera Perdana yang sekarang dah jadi 2 tahun sekali itu pun menimbulkan tanda tanya. Suatu ketika dulu hadiah disampaikan di pertengahan tahun. Misalnya, untuk tahun 94/95, hadiah disampaikan di pertengahan tahun 96. Lepas tu lambat sedikit, akhir tahun baru diumumkan. Apa jadi untuk 2004/2005? Sepatutnya hadiah sudah disampaikan di akhir tahun 2006. Tapi ini belum dengar apa-apa cerita walaupun dah masuk 2007. Apa dah jadi? Sama-samalah kita tunggu. Ini kerja biasa bagi sasterawan. TUNGGU!!!
.